Takrif hadis la asla lahu atau tidak ada asal baginya memang berbeza dengan hadis maudhu' atau palsu. Tetapi dari segi hukumnya ia adalah sama sahaja iaitu tidak boleh diamalkan dan disebarkan.
Kata Ustaz Dr Khafidz Soroni:
"Ada pun hadis yang sampai kepada kita
pada hari ini dalam keadaan tiada bersanad dan hanya didakwa sebagai hadis maka
hadis sebegini dipanggil sebagai hadis yang 'tiada sumber asal'. Kedudukannya
hampir sama seperti hadis palsu. Tidak boleh disebarkan dan diamalkan. Pastinya
hadis yang tidak bersumber dan palsu ini tidak dapat dijadikan pegangan serta
sandaran umat Islam."
Kata beliau lagi:
"Jika sesuatu hadis tidak ditemui
sumbernya setelah dijalankan proses takhrij melalui kaedah tertentu maka besar
kemungkinan hadis yang dicari itu memang tidak bersumber. Maka berat pada
jangkaan, hadis yang tidak mempunyai sumber asal ini mirip kepada hadis palsu
yang perlu ditinggalkan. Juga menjadi kewajipan kita untuk menjelaskan
kedudukannya kepada orang lain."
Sumber:
Kepentingan Pelaksanaan Proses Takhrij Hadis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan