الْفِتْنَةُ
نَائِمَةٌ لَعَنَ الله مَنْ أَيْقَظَهَا.
“Fitnah itu tidur. Allah melaknat
sesiapa yang mengejutkannya.”
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Dailami dalam al-Firdaus dan al-Rafi’e dalam kitab al-Tadwin Fi Akhbar Qazwin daripada hadis Anas
bin Malik.
Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari menghukumkannya
sebagai palsu namun beliau tidak menyatakan sebab kepalsuannya. (Lihat: Mausu’ah
Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari, jil. 17, hlm. 191).
Agakkan saya, mungkin kerana beliau merasa curiga dengan hadis ini apabila melihat sanadnya penuh dengan perawi-perawinya yang tidak ditemui sebarang
maklumat tentang mereka.
Tambahan lagi, hadis ini tidak diriwayatkan dalam
kitab-kitab hadis yang awal dan masyhur sebaliknya hanya diriwayatkan pada kurun
terkemudian oleh al-Dailami (kurun ke-6 Hijrah) dan al-Rafi’e (kurun ke 7
Hijrah). Kebiasaannya hadis-hadis yang hanya diriwayatkan dalam kitab-kitab
sebegini adalah bermasalah, sama ada daif mahupun palsu.
Wallahu a’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan