Rabu, 21 Julai 2021

Status Hadis: Cintakan Kucing Sebahagian Daripada Iman

Gli di Masjid Hagia Sophia

حُبُّ الْهِرَّةِ مِنَ الإِيمَانِ

“Cintakan kucing sebahagian daripada iman.”

Pandangan Ulama Tentang Hadis Ini

Imam al-Saghani dalam kitab al-Maudhu’at menghukumkannya sebagai palsu dan hukum beliau diakui dan dipersetujui para ulama selepasnya seperti:

1 - Mulla Ali al-Qari dalam al-Masnu’ Fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’ dan al-Asrar al-Marfu’ah Fi al-Akhbar al-Maudhu’ah.

2 - Al-‘Ajluni dalam Kasyf al-Khafa.

3 - Muhammad Darwish al-Hut dalam Asna al-Mathalib Fi Ahadith Mukhtalifah al-Maratib.

4 - Al-Qawu’ji dalam al-Lu’lu’ al-Marsu’.

5 - Al-Fattani dalam Tazkirah al-Maudhu’at.

Syeikh Abdul Aziz al-Siddiq al-Ghumari dalam al-Tahani pula mengulas hadis ini dengan katanya: “Tidak ada asal baginya.”

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan