مَنْ لَمْ يَحْزَنْ لِمَوْتِ العَالِمِ، فَهُوَ مُنَافِقٌ مُنَافِقٌ مُنَافِقٌ. قالها ثلاث مرات.
“Sesiapa yang tidak bersedih kerana kematian seorang alim, maka
dia adalah munafiq, munafiq, munafiq. Diucapkan sebanyak 3 kali.”
Hadis ini dimuatkan dalam kitab Lubab al-Hadith,
sebuah karya yang dinisbahkan kepada al-Hafiz al-Sayuthi. Tetapi bagi sesiapa
yang biasa membaca karya-karya al-Hafiz al-Sayuthi, pasti akan meragui kesahihan penisbahan
kitab kepada beliau, kerana hadis-hadis dalam kitab ini disebutkan tanpa
disertai takhrij hadisnya dan bukanlah adat kebiasaan al-Hafiz al-Sayuthi yang
merupakan seorang ahli hadis, menyebutkan hadis tanpa disebutkan takhrijnya.
Berdasarkan carian, hadis ini tidak ditemui dalam
mana-mana rujukan hadis yang bersanad. Jadi ia boleh dianggap sebagai
hadis yang tidak ada asal baginya. Oleh itu ia tidak boleh diamalkan dan
disebarkan.
Kitab Tanqih Qaul al-Hathith karya Syeikh Nawawi al-Jawi yang mensyarahkan kitab Lubab al-Hadith |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan