من قال سبحان الله وبحمده يوم العيد ثلثمائة مرة وأهداها لأموات المسلمين دخل في كل قبر ألف نور ويجعل الله في قبره إذا مات ألف نور.
“Barang siapa membaca Subahanallai wabihamdihi pada hari raya sebanyak 300 kali, kemudian dihadiahkan bagi orang mati daripada Muslimin, dimasukkan di dalam tiap-tiap kuburnya itu seribu nur dan dijadikan Allah Ta’ala baginya di dalam kubur seribu nur apabila setelah mati ia.”
Ulasan:
1 - Hadis ini ditemui dalam kitab Nuzhah al-Majalis
karangan Abdul Rahman al-Safuri (m. 894H) tanpa dinyatakan sumber asalnya.
Setelah dicari juga tidak ditemui dalam mana-mana kitab hadis.
2 - Sebagaimana yang saya pernah tulis sebelum ini, kitab Nuzhah
al-Majalis antara kitab yang diperingatkan oleh para ulama agar tidak
diambil hadis daripadanya kerana terdapat banyak hadis palsu di dalamnya.
3 - Syeikh 'Alawi bin 'Abbas al-Maliki menyebutkan dalam
kitab beliau al-Manhal al-Lathif (hlm. 59, c: Rabithah al-Nur) bahawa
ulama menyatakan bahawa terdapat beberapa buah kitab yang dilarang diambil
hadis daripadanya kecuali selepas disemak semula, antaranya ialah kitab Nuzhah
al-Majalis kerana banyak hadis palsu di dalamnya.
3 - Muhaddith Dimasyq, Burhanuddin al-Naji (m. 900H) memberi peringatan agar tidak dibaca kitab ini, bahkan al-Hafiz al-Sayuthi (m. 911H) mengharamkan membacanya. Pesanan yang sama turut disampaikan oleh Syeikh Dr Muhammad Abu Syahbah dalam kitab beliau, al-Wasith Fi Ulum Wa Mustholah al-Hadith (hlm. 354, c: 'Alam al-Ma'rifah).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan