![]() |
Kubur yang didakwa Kubur Nabi Hud di Yaman |
Nabi Hud Disebut dalam al-Quran sebanyak tujuh kali.
Keturunannya: Baginda adalah Hud bin Shalagh bin
Arfakhsyaz bin Sam bin Nuh.
Kaumnya: Baginda diutus kepada kaum 'Ad yang tinggal
di tanah al-Ahqaf (banjaran pasir) di Hadhramaut, Yaman. Mereka adalah orang
Arab yang tinggal di istana-istana besar dan menyembah berhala.
Allah berfirman: "Dan kepada kaum 'Ad (Kami utus)
saudara mereka, Hud. Dia berkata, Wahai kaumku! Sembahlah Allah, tidak ada
tuhan bagimu selain Dia. (Apa yang kamu sembah selain daripadaNya) hanyalah
rekaan kamu semata-mata." [Surah
Hud: 50]
Dakwahnya: Kaum 'Ad menyembah berhala selepas kaum
Nuh. Mereka terpedaya dengan kekuatan dan kediaman mereka yang besar.
Hud menyeru dan menasihati mereka, tetapi mereka tidak
menyahut seruannya, malah bersikap sombong dan mengingkari nikmat Allah.
Allah menahan hujan selama tiga tahun supaya mereka kembali
bertaubat, namun mereka tetap menderhaka terhadap rasul mereka. Maka Allah
menghantar angin kencang ke atas mereka selama tujuh malam dan lapan hari
secara berterusan.
Allah berfirman: "Dan juga pada (kisah) kaum 'Ad,
ketika Kami kirimkan kepada mereka angin yang membinasakan, yang tidak
meninggalkan sesuatu pun yang dilandanya melainkan dijadikannya seperti debu."
[Al-Zariyat: 41, 42]
Kewafatannya: Hud hidup selepas kebinasaan kaumnya, menyembah Allah sehingga baginda meninggal dunia dan dikebumikan di Hadhramaut, selatan Yaman dan ada yang mengatakan di Damsyik.
Khulasah al-Anba’ Fi Qasas al-Anbiya’ karangan Syeikh Dr Hisyam al-Kamil Hamid al-Syafi’e al-Azhari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan