Khamis, 26 Jun 2025

Status Hadis: Aku Adalah Cahaya Di Hadapan Tuhanku

 كنت نورا بين يدي ربى قبل خلق آدم بأربعة عشر ألف عام.

“Dahulu aku adalah cahaya di hadapan Tuhanku sebelum penciptaan Adam selama empat belas ribu tahun.”

Ulasan:

Hadis ini disebutkan dalam beberapa kitab seperti al-Mawahib al-Ladunniyah karya al-Qastalani, Kasyf al-Khafa karya al-‘Ajluni dan lain-lain. Mereka menyandarkannya kepada kitab al-Ahkam karya Ibnu al-Qattan dan tidak dibawakan sanadnya.

Hadis ini telah dihukumkan sebagai palsu oleh Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari.

Beliau berkata dalam kitab Irsyad al-Tullab al-Najib: “Hadis ini telah dinisbahkan kepada riwayat Ali Zainal Abidin daripada bapanya daripada datuknya dan ia adalah dusta yang direka-reka.”

Beliau berkata lagi dalam kitab Qasas al-Anbiya’: “Ia adalah palsu meskipun diriwayatkan melalui sanad Zainal Abidin daripada bapanya daripada datuknya alaihim as-salam. Sesungguhnya kepalsuan padanya adalah daripada orang sebelum Zainal Abidin dan ia adalah dusta yang diada-adakan ke atasnya.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan