Soalan:
Jika dua orang ulama berbeza pendapat dalam suatu hukum
syarak, lalu ulama yang pertama berkata: "Boleh", manakala ulama yang
kedua berkata: "Tidak boleh". Maka, adakah kita perlu berpegang
dengan hukum yang lebih berat, atau dengan hukum yang lebih ringan?
Jawapan Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili:
Wajib bertanya kepada seorang ulama yang lain atau lebih
untuk mengenal pasti sejauh mana kebenaran pendapat salah seorang daripada dua
ulama tersebut. Pada ketika itu, amalan hendaklah dilaksanakan berdasarkan
pendapat yang lebih sahih dalilnya serta lebih menepati sifat warak dan
berhati-hati.
Walau bagaimanapun, tiada halangan untuk mengambil pandangan
yang lebih ringan kerana wujudnya keperluan atau keuzuran.
Hukum asalnya adalah beramal dengan azimah (hukum Allah
kepada hamba-Nya dalam keadaan biasa), adapun rukhsah (keringanan) pula, ia
boleh diamalkan secara kadangkala disebabkan keuzuran dan keadaan luar biasa
yang mendesak.
Sumber:
Fatawa Mu’asirah oleh Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili


Tiada ulasan:
Catat Ulasan