Soalan:
Jika seseorang merasa bahawa dirinya telah disihir, bolehkah
dia pergi kepada orang yang dikatakan pakar dalam rawatan sihir untuk menyiasat
perkara tersebut dan menghilangkan sihir itu jika mampu? Adakah perbuatan ini
dianggap sebagai syirik kepada Allah?
Jawapan Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili:
Diharamkan untuk pergi kepada tukang sihir, sama ada
bertujuan untuk melakukan sihir atau merawat sihir. Kesemua itu, sebagaimana
yang dinyatakan dalam hadis Nabawi, adalah sejenis syirik kepada Allah, kerana
ia merupakan suatu kepercayaan terhadap pengetahuan tentang perkara ghaib atau
merawat penyakit melalui perantaraan selain daripada Allah SWT.
Sesiapa yang mendatangi tukang sihir dan tidak
mempercayainya, solatnya tidak akan diterima selama empat puluh malam. Sesiapa
yang mempercayainya, maka sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang
diturunkan kepada Muhammad SAW yang mana Allah SWT telah mewahyukan kepadanya
tentang perkara-perkara ghaib. Tiada yang mengetahui perkara ghaib melainkan
Allah SWT.
Sumber:
Fatawa Mu’asirah oleh Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili


Tiada ulasan:
Catat Ulasan