Rabu, 25 Mac 2026

Hukum Menyertai Tarekat Sufi

Soalan:

Apakah hukum melazimi sesetengah tarekat sufi - yang saya maksudkan ialah wirid-wirid yang tidak menyalahi zahir syariat - dan amalan tersebut dilazimi tanpa bimbingan seorang syeikh tarekat atau tanpa izinnya?

Jawapan Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili:

Tarekat-tarekat sufi yang manhaj atau wirid-wiridnya bertepatan dengan al-Quran al-Karim dan Sunnah adalah dijunjung tinggi dan diterima.

Syeikh hanyalah sekadar pemberi peringatan atau pembimbing. Dibolehkan untuk melazimi wirid-wirid tersebut melalui jalan syeikh ini ataupun tanpanya kerana tiada perantara di antara hamba dengan Tuhannya. Wasilah (jalan perantara) yang disyariatkan hanyalah ketaatan, ibadat, dan amal-amal soleh.

Sumber:

Fatawa Mu’asirah oleh Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili

Tiada ulasan:

Catat Ulasan