Soalan:
Saya seorang pelajar di fakulti perubatan. Bolehkah saya
memberikan rawatan di wad bersalin, memandangkan terdapat golongan wanita (bidan)
di negara saya yang melakukan pekerjaan ini tetapi tanpa pendidikan formal?
Jawapan Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili:
Selagi anda masih seorang pelajar, janganlah anda melakukan
apa-apa pun daripada perkara ini melainkan pada apa yang didedahkan kepada para
pelajar lelaki dan pelajar perempuan dalam sesi pembelajaran di bilik kuliah.
Selain daripada itu adalah tidak dibenarkan.
Selepas tamat pengajian, sekiranya terdapat golongan wanita
yang mahir melakukan pekerjaan tersebut, maka wanita yang ingin bersalin tidak
dibenarkan pergi ke klinik doktor lelaki.
Doktor lelaki juga tidak dibenarkan melihat aurat wanita,
melainkan dalam keadaan darurat atau ketiadaan kepakaran yang mencukupi
daripada kalangan wanita.
Hal ini kerana pemeriksaan perubatan yang dilakukan sesama
jantina adalah lebih ringan keburukan atau kemudaratannya, lebih jauh daripada
sebarang fitnah, dan lebih menyucikan jiwa di sisi agama.
Sumber:
Fatawa Mu’asirah oleh Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili


Tiada ulasan:
Catat Ulasan