Rabu, 18 Mac 2026

Menari Semasa Berzikir: Fatwa Dr Wahbah al-Zuhaili

 

Soalan:

Apakah hukum menari semasa berzikir?

Jawapan Syeikh Dr Wahbah al-Zuhaili:

Ini adalah sebahagian daripada bidaah yang mungkar yang telah ditegaskan pengharamannya oleh para ulama syariat, walaupun golongan sufi melakukannya dengan pelbagai takwilan, Allah lebih mengetahui hakikat sebenarnya. Perbuatan tersebut sama sekali tidak wajar serta tidak diterima di sisi syarak.

Imam Al-Qurtubi rahimahullah dan para ulama yang lain telah memberikan peringatan untuk membantah perbuatan tersebut dan seumpamanya, seperti penggunaan simbal dan gendang di dalam tafsir beliau:

﴿وَمِنَ النَّاسِ مَن يَشْتَرِي لَهْوَ الْحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللَّهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا ۚ أُولَٰئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُّهِينٌ﴾

"Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan. Dan ada pula orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan. Merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan." (Surah Luqman: ayat 6)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan