Hadis yang bersendirian seorang perawi
dalam kalangan tabiin meriwayatkannya daripada seorang sahabat.
Juga dikatakan, iaitu hadis yang bersendirian
seorang perawi meriwayatkannya berbanding semua perawi yang lain, dan tidak ada
seorang pun selain dari beliau yang meriwayatkannya.
Sebagai contoh:
Hadis ‘Sesungguhnya amalan itu dengan niat’ yang hanya seorang sahabat sahaja yang
meriwayatkannya iaitu ‘Umar.
Kemudian dalam kalangan tabiin hanya Alqamah
sahaja yang meriwayatkannya.
Daripada Alqamah pula, hanya Muhammad
bin Ibrahim al-Taimi sahaja yang meriwayatkannya.
Manakala daripada al-Taimi hanya Yahya
bin Sa’id al-Ansari sahaja yang meriwayatkannya.
[Kamus Istilah Hadis, Sayyid Abdul
Majid al-Ghauri, hlm. 389]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan