Ia adalah sesuatu yang dinukilkan kepada kita
oleh Nabi sallahu ‘alaihi wasallam dengan menyandarkannya kepada Allah.
Hadis ini dinamakan dengan nama tersebut (suci atau tinggi) disebabkan penyandarannya
kepada Zat Yang Maha Suci, suci daripada segala yang tidak layak bagi Allah.
Ia juga dinamakan dengan al-Hadith al-Ilahi
dan al-Hadith al-Rabbani.
Hadis Qudsi ialah daripada kalam Allah, iaitu
lafaz dan maknannya turun dari sisi Allah. Ada yang berpendapat, maknanya
sahaja dari Allah, tetapi lafaznya ialah lafaz Nabi sallahu ‘alaihi wasallam.
[Kamus Istilah Hadis, Sayyid Abdul
Majid al-Ghauri, hlm. 212]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan