Syeikh Daud al-Fathani rahimahullah dalam kitab al-Durr al-Thamin (ms. 5, baris ke-8 dari bawah) menyebutkan hadis:
كَانَ اللَّهُ وَلَا شَيْءَ مَعَهُ وَهُوَ الْآنَ
عَلَى مَا عَلَيْهِ كَانَ.
“Adalah
Allah maujud dan tiada ada sertanya itu suatu dan iaitu sekarang seperti barang
yang ada dahulu atasnya.”
Takhrij:
1 - Hadis dengan lafaz ini tidak ditemui dalam mana-mana kitab
hadis. Bahagian awal hadis tersebut (كَانَ
اللَّهُ وَلَا شَيْءَ مَعَهُ) diulas oleh
Syeikh Dr Salahuddin al-Idlibi dalam risalah beliau berkenaan hadis كَانَ اللَّهُ وَلَا شَيْءَ غَيْرُهُ sebagaimana berikut:
“Saya
tidak temuinya dalam mana-mana jalur hadis tersebut. Tidak dalam Sahih
al-Bukhari dan tidak selainnya meskipun saya telah mentakhrijnya daripada lebih
20 buah sumber daripada sumber-sumber Sunnah Nabawiyyah.”
Menurut
beliau lagi, sesiapa yang menyandarkannya kepada Sahih al-Bukhari maka dia
telah keliru.
2 - Adapun
lafaz yang diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari, ada dua:
Pertama
(hadis no. 3191):
كَانَ
اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ
“Allah wujud dan tidak ada sesuatu selainNya.”
Kedua (hadis no. 7418):
كَانَ اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ
شَيْءٌ قَبْلَهُ
“Allah
wujud dan tidak ada sesuatu sebelumNya.”
3 - Ibnu Taimiyyah dalam Naqd
Maratib al-Ijma’ terkeliru apabila mengatakan al-Bukhari meriwayatkan hadis
ini dengan tiga lafaz:
a - كَانَ اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ قَبْلَهُ
b - كَانَ اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُه
c - كَانَ اللَّهُ وَلَا شَيْءَ مَعَهُ
Sedangkan al-Bukhari hanya meriwayatkan dengan dua lafaz sahaja sebagaimana yang saya sebutkan sebelum ini.
4 - Bahagian kedua hadis tersebut iaitu وَهُوَ الْآنَ عَلَى مَا عَلَيْهِ كَانَ, menurut Ibnu Hajar dalam Fath al-Bari, ia tidak ada dalam mana-mana kitab hadis sebagaimana yang dimaklumkan oleh Ibnu Taimiyyah. Menurut Mulla Ali al-Qari dalam al-Masnu’ Fi Ma’rifah al-Hadith al-Maudhu’ pula, ia adalah daripada kalam ahli sufi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan