مَنْ عَمِلَ بِما عَلِمَ، وَرَّثَهُ اللهُ عِلْمَ ما لَمْ يَعْلَمْ
“Sesiapa yang beramal dengan apa yang dia ketahui, Allah
akan mengurniakan kepadanya ilmu yang belum dia ketahui.”
Penilaian Hadis:
1 – Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah menyebutkan dalam tahqiq
Risalah al-Mustarsyidin (ms. 100) karya al-Harith al-Muhasibi:
“Ini bukanlah sebuah hadis (sabdaan Nabi Muhammad SAW).
Sebaliknya, berdasarkan riwayat, ia adalah ucapan Nabi Isa bin Maryam AS.
Al-Hafiz Abu Nu'aim telah berkata di dalam kitab al-Hilyah (Jilid
10, Halaman 15) selepas membawakan riwayat ini berserta sanadnya secara marfu' (disandarkan
kepada Nabi SAW), dengan kenyataan berikut:
"Ahmad bin Hanbal menyebutkan ucapan ini bersumberkan
daripada sebahagian Tabi'in, daripada Nabi Isa bin Maryam AS. Namun, ada
sebahagian perawi yang keliru (waham) lalu menyangka bahawa Imam Ahmad
menyebutkannya daripada Nabi SAW, lantas perawi tersebut mereka-reka
(memalsukan) sanad ini ke atasnya."
Adapun ucapan al-Hafiz al-'Iraqi di dalam kitab Takhrij
Ahadith al-Ihya' (Jilid 1, Halaman 122):
“Abu Nu'aim telah meriwayatkannya di dalam al-Hilyah
daripada hadis Anas dan beliau mendaifkannya”
Ia mengandungi kepincangan kerana Abu Nu'aim tidak sekadar
mendaifkannya, sebaliknya beliau menyatakan bahawa sanad riwayat tersebut
adalah palsu (maudu'), sebagaimana teks ucapannya yang telah disebutkan
sebelum ini.”
2 – Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari dalam kitab Irsyad al-Talib al-Najib menyenaraikan hadis ini dalam senarai hadis yang tiada asal usul baginya (la asla lahu) atau palsu. (Rujuk: Mausu’ah Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari: 9/456)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan