Khamis, 2 Julai 2026

Hadis Palsu: Sabar Perangai Isteri Dapat Pahala Nabi Ayyub

 مَنْ صَبَرَ عَلَى سُوءِ خُلُقِ امْرَأَتِهِ وَاحْتَسَبَ الْأَجْرَ مِنَ اللَّهِ أَعْطَاهُ اللَّهُ  مِنَ الثَّوَابِ مِثْلَ مَا أَعْطَى أَيُّوبَ عَلَى بَلَائِهِ

"Sesiapa yang bersabar terhadap keburukan perangai isterinya dan mengharapkan ganjaran (pahala) daripada Allah, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala yang diberikan kepada Nabi Ayyub atas ujian yang menimpanya."

Sumber Hadis:

Hadis ini merupakan sebahagian daripada hadis yang sangat panjang yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Usamah dalam Musnad al-Harith melalui sanad:

Daud bin al-Muhabbar daripada Maisarah Abd Rabbih sehingga kepada Abu Hurairah dan Ibnu ‘Abbas.

Penilaian Hadis:

1 - Al-Haithami dalam kitab Bughyah al-Bahith berkata:

“Ini adalah hadis maudu' (palsu). Walaupun sebahagian kandungannya terdapat di dalam hadis-hadis bertaraf hasan melalui sanad yang lain. Ini kerana sesungguhnya Dawud bin al-Muhabbar adalah seorang pendusta.”

2 - Al-Hafiz al-Busiri menyebutkan hadis ini dalam kitab Ithaf al-Khiyarah al-Maharah, pada:

“Bab mengenai khutbah yang dipalsukan (direka) oleh Dawud bin al-Muhabbar atas nama Rasulullah SAW."

33 - Al-Hafiz Ibnu Hajar al-Asqalani dalam kitab al-Matalib al-‘Aliyyah berkata:

“Ini adalah hadis maudu' (palsu) yang dibawakan oleh al-Harith panjangnya kira-kira lima helaian. Individu yang dituduh (memalsukannya) ialah Maisarah bin 'Abd Rabbih, semoga dia tidak diberkati.”

Kesimpulannya, hadis ini adalah palsu dan tidak boleh disebarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan