Imam Malik, imam Dar al-Hijrah al-Nabawiyyah (Madinah), dilahirkan pada tahun 95H, dan meninggal dunia pada tahun 179H, semoga Allah meredainya.
Beliau telah ditimpa kemiskinan sehingga beliau menjual kayu
kasau bumbung rumahnya.
Al-Qadhi 'Iyadh, syeikh mazhab Maliki pada zamannya, berkata
dalam kitabnya, Tartib al-Madarik li Ma'rifat A'lam Mazhab Malik, pada Bab
Permulaan Malik Menuntut Ilmu dan Kesabarannya Terhadapnya:
“Ibn al-Qasim berkata: Menuntut ilmu telah menyebabkan
Malik terpaksa meruntuhkan bumbung rumahnya lalu menjual kayu-kayunya!
Kemudian, dunia datang melimpah kepadanya selepas itu.”
Kemudian, al-Qadhi 'Iyadh menukilkan:
“Malik berkata: Perkara ini - iaitu ilmu - tidak akan
diperoleh sehingga dirasai di dalamnya rasa kefakiran.”
Sumber:
Safahat Min Sabr al-‘Ulama oleh Syeikh Abdul Fattah
Abu Ghuddah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan