Beliau ialah Abu Bakr Ahmad bin Muhammad bin Harun bin Yazid al-Baghdadi al-Khallal (meninggal 311 Hijrah).
Al-Zahabi dalam Siyar A’lam al-Nubala’ berkata: "Beliau
mempelajari ilmu fiqh daripada ramai murid Imam Ahmad dan beliau telah
mengembara ke Parsi, Syam dan Semenanjung Arab untuk mempelajari ilmu fiqh Imam
Ahmad, fatwa-fatwa dan jawapan-jawapannya.
Beliau mengambil ilmu daripada ulama-ulama besar dan
kecil sehingga beliau mengambil ilmu daripada murid-muridnya sendiri dan
mengumpulkan dengan teliti.
Sebelum beliau, tidak wujud bagi Imam (Ahmad) satu mazhab
yang tersendiri sehinggalah beliau menjejaki ucapan-ucapan Imam Ahmad,
mencatatnya, dan menyusunnya selepas tahun 300 Hijrah. Semoga Allah Ta'ala
merahmatinya."
Al-Khatib al-Baghdadi berkata dalam Tarikh Baghdad: "Al-Khallal
mengumpulkan ilmu-ilmu Ahmad, mencarinya, mengembara untuknya, menulisnya dan
menyusunnya menjadi kitab-kitab. Tidak ada seorang pun dalam kalangan mereka
yang mengikuti mazhab Ahmad yang lebih lengkap dalam usaha itu daripada
beliau."
Dalam kitab al-Sunnah, al-Khallal memanjangkan
perbincangan tentang duduknya Nabi sallahu ‘alaihi wasallam bersama Allah
di atas ruang lebih yang berbaki daripada Arasy.
Beliau juga memasukkan nukilan daripada beberapa ahli hadis
tentang pengkafiran orang yang mengingkarinya, menuduhnya dengan bidaah,
berfahaman Jahmiyyah dan lain-lain yang jika dibaca oleh seseorang yang tidak
pernah mendengar tentang Islam, dia akan menyangka bahawa khabar ini adalah
rukun daripada rukun-rukun Islam.
Di dalamnya juga terdapat pendustaan terhadap Imam Ahmad
bahawa kononnya Imam Ahmad sangat ingin mendengar riwayat ini (Nabi sallahu
‘alaihi wasallam bersama Allah di atas Arasy) kerana riwayat ini tidak
sampai kepadanya melalui sanad yang pendek (‘uluw).
Di dalamnya disebutkan
bahawa kononya Allah memanggil: "Wahai Daud, mendekatlah
kepadaKu."
Maka Nabi Daud
terus mendekat sehingga menyentuh sebahagian daripada-Nya dan Allah
berkata: "Berada di hadapanKu."
Maka Nabi Daud
berkata: "Wahai Tuhan, dosaku, dosaku."
Maka Allah berkata
kepadanya: "Berada di belakangKu dan peganglah kakiKu."
Sumber:
Al-Tajsim Fi al-Fikr al-Islami oleh Dr Suhaib
al-Saqqar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan