Soalan:
Apakah hukum tarekat sufi?
Jawapan Syeikh Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti:
Tarekat sufi dihukum berdasarkan kesesuaian atau
percanggahannya dengan hukum syariat Islam yang ditunjukkan oleh Kitab Allah
dan Sunnah Rasul-Nya.
Sesungguhnya tarekat-tarekat ini, dengan kepelbagaian dan
perbezaannya, tidak lain hanyalah pendekatan yang pelbagai dan berbeza untuk
mendidik jiwa dan menyucikannya daripada sifat-sifat tercela dan
penyakit-penyakit (hati).
Tidak diragukan bahawa matlamat ini adalah disyariatkan dan
diperlukan. Bagaimana tidak, sedangkan seluruh syariat Islam berpusat pada
penyucian jiwa dan meningkatkannya kepada akhlak yang mulia.
Tetapi tidak cukup bahawa matlamat itu sendiri mulia dan disyariatkan,
malah cara untuk mencapainya juga mesti disyariatkan.
Tidak diragukan bahawa ramai pembimbing dan mereka yang
bertanggungjawab menjaga tarekat sufi melampaui batas syariat Islam dalam
banyak pendekatan dan kaedah pendidikan yang mereka gunakan untuk pengikut
mereka, sama ada dengan sengaja atau tidak.
Tarekat-tarekat ini menjadi batil dan tidak dibenarkan dalam
keadaan ini, walau apa pun yang dikatakan tentang matlamatnya yang benar dan
mulia. Bahkan, yakinlah bahawa matlamat yang disyariatkan dalam neraca Islam
tidak akan tercapai melainkan melalui berpegang teguh kepada neraca Islam itu
sendiri.
Sumber:
Ma’a al-Nas oleh Syeikh Muhammad Sa’id Ramadan
al-Buti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan