Isnin, 12 Mei 2025

Orientalisme dan Orientalis

Orientalisme secara istilah bermaksud pengkhususan yang diamalkan oleh orang Barat dalam kajian mengenai Timur, merangkumi aspek bahasa, sejarah, agama, budaya, dan peradabannya, berdasarkan pelbagai sudut ilmiah.

Berdasarkan itu, kita dapati:

a - Orientalisme tidak terhad kepada kajian Barat tentang dunia Arab atau Islam, tetapi merangkumi juga tamadun India, China, Jepun dan tamadun Timur yang lain juga.

Namun akibat munculnya perhatian terhadap negara-negara Islam, wujud kecenderungan untuk memfokuskan kepada kawasan geografi ini berbanding dunia Timur dan kita sedia maklum bahawa sesetengah orientalis mengkhususkan diri dalam kajian terhadap negara-negara atau peradaban tertentu. Oleh itu sebahagian mereka digelar sebagai Arabis (pengkaji Arab) dan pengkajian Arab (Arabisme) merupakan salah satu cabang Orientalisme kerana ia merupakan kajian khusus mengenai dunia Arab Timur.

b - Orientalisme boleh juga merujuk kepada amalan seorang penyelidik Timur dalam kajian mengenai Timur.

Maka, boleh untuk menggelar seorang penyelidik Jepun (sebagai contoh) yang mengkaji isu-isu Islam sebagai seorang Orientalis. Ini adalah penggunaan istilah secara longgar yang diwajarkan kerana ia bermula dari luar suasana Islam dan menggunakan metodologi kajian Barat.

c - Orientalisme tidak terkhusus kepada kajian fenomena keagamaan, bahkan ia merangkumi kajian sejarah, sastera, adat resam, tradisi, kehidupan politik dan sosial, dan sebagainya.

Oleh itu, anggapan bahawa Orientalisme adalah pengkhususan yang terhad kepada Islam atau agama adalah sama sekali tidak benar.

d - Kritikan terhadap Timur bukanlah sebahagian daripada identiti Orientalis, sebaliknya, kajian mengenai Timur adalah komponen asas identiti tersebut.

Hakikat bahawa sebilangan besar Orientalis mengkritik Timur, sejarahnya, dan peradabannya tidak menjadikan kritikan itu sebagai elemen asas dalam kerja Orientalisme. Ini kerana terdapat ramai Orientalis yang tidak mengkritik, bahkan sebahagian daripada mereka mengagumi Timur dan membela isu-isunya.

Sumber:

Al-Mustashriqun wa Hujjiyyah al-Sunnah al-Nabawiyyah al-Syarifah oleh Haidar Hubbullah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan