Sabtu, 24 Mei 2025

Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil (3) – Adab-Adab Pengkritik dan Pemuji Perawi

Antara adab-adab pemuji (al-Jarih) dan pemuji (al-Mu’addil) adalah seperti berikut:

1 - Memilih kata-kata yang baik dalam al-Jarh dan al-Ta'dil:

Pengkritik dan pemuji hendaklah memperelokkan pemilihan lafaz yang mereka gunakan. Jika pengkritik mampu menggunakan kiasan untuk menyebut tentang pendustaan perawi, maka lakukanlah.

Contohnya, Ayyub al-Sakhtiyani menggunakan kiasan dengan berkata: "Si fulan menambah pada angka (yakni menambah-nambah dalam hadisnya)" dan Imam Syafi'i berkata: "Si fulan tiada apa-apa", dan Muhammad bin Sirin mengkritik dengan berkata: "Si fulan seperti yang Allah ketahui".

2 - Berhati-hati dengan kritikan di hadapan orang-orang besar dan guru-guru:

Antara adab yang menjadikan pengkritik dan pengkritik mulia ialah tidak mengkritik dan memuji di hadapan gurunya atau orang yang lebih berilmu dan lebih mahir daripadanya.

Ibnu Rajab al-Hanbali berkata: "Wahb bin Jarir berkata: Seorang lelaki bertanya kepada Syu'bah tentang sebuah hadis daripada hadis-hadis Ayyub, lalu Syu'bah berkata kepadanya: Wahai orang gila! Engkau bertanya kepadaku tentang sebuah hadis daripada hadis-hadis Ayyub sedangkan Hammad ada di sisimu!"

Hammad yang dimaksudkan ialah Ibnu Zaid.

3 - Kesederhanaan:

Pengkritik dan pemuji hendaklah berpegang teguh dengan kesederhanaan dalam penilaian. Maka jangan mengangkat perawi melebihi martabatnya dan tidak menurunkannya dari martabat sebenar.

4 - Berhati-hati daripada berlebihan dalam kritikan:

Tidak dibenarkan mengkritik melebihi keperluan kerana kritikan disyariatkan untuk keperluan, dan keperluan diukur mengikut kadarnya.

5 - Mengelak daripada hanya menyebut kritikan sahaja:

Tidak dibenarkan hanya menyebut kritikan sahaja bagi perawi yang mempunyai kedua-dua kritikan dan pujian daripada para pakar hadis, kerana ini tidak adil terhadap hak perawi. Para ahli hadis telah mencela sesiapa yang berbuat demikian.

6 - Berhati-hati daripada mengkritik orang yang tidak perlu dikritik:

Selagi tidak ada keperluan mendesak, maka tidak dibernarkan melibatkan diri padanya. Para ulama telah mengecam dengan keras sesiapa yang berbuat demikian dan telah mengingatkan tentang kesalahannya.

Penutup

Topik ini diakhiri dengan kata-kata yang tepat lagi menyeluruh daripada Imam Ibnu al-Salah al-Shahrazuri, di mana beliau menyebut bahawa ‘Ikhlas’ adalah adab pertama bagi orang yang tampil untuk menyampaikan hadis atau mana-mana cabang ilmunya seperti al-jarh dan al-ta'dil. Beliau berkata:

"Ilmu hadis adalah ilmu yang mulia, yang sesuai dengan akhlak yang mulia dan sifat-sifat yang terpuji serta berlawanan dengan akhlak yang buruk dan sifat-sifat yang tercela. Ia adalah antara ilmu-ilmu akhirat, bukan ilmu-ilmu dunia. Maka sesiapa yang ingin tampil untuk menyampaikan hadis atau mengajar mana-mana cabang ilmunya, hendaklah dia mendahulukan pembetulan niat dan keikhlasannya, membersihkan hatinya daripada tujuan-tujuan keduniaan dan kekotorannya, dan hendaklah dia berwaspada daripada ujian cinta kepada jawatan dan kesombongannya."

Sumber:

Al-Muyassar Fi 'Ilm al-Jarh Wa al-Ta'dil oleh Sayyid Abdul Majid al-Ghauri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan