Soalan:
Adakah wanita kurang akal dan agama dan apakah maksudnya?
Jawapan Syeikh Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti:
Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda dalam
hadis sahih: "Aku tidak pernah melihat orang yang kurang akal dan agama
yang lebih mampu menguasai akal lelaki daripada salah seorang daripada
kamu..."
Maksud kekurangan akal wanita berbanding lelaki adalah
bahawa emosi kewanitaan pada wanita mengatasi rasionaliti dan pertimbangan
akalnya. Saya tidak fikir ada sesiapa yang tidak mengetahui perkara ini dan
yang saya tahu semua ahli psikologi bersetuju dengan hakikat ini.
Penting untuk kamu ketahui bahawa hakikat ini tidak
mencacatkan wanita, sebagaimana juga kekurangan emosi pada lelaki tidak
mencacatkan dirinya juga. Bahkan, kebahagiaan setiap lelaki dan wanita dengan
pasangannya bergantung kepada hakikat ini.
Maka, kekurangan emosi pada lelaki, wanitalah yang
melengkapinya dan itulah rahsia kebahagiaan lelaki itu dengannya.
Kekurangan daya pemikiran rasional pada wanita, lelakilah
yang melengkapinya dan itulah rahsia kebahagiaan wanita itu dengannya.
Sekiranya seorang lelaki diuji dengan isteri yang memiliki
sifat rasional yang terlalu falsafah dan luar biasa, sehingga mengorbankan emosi
kewanitaan yang sepatutnya ada padanya, nescaya dia akan menderita hidup
bersamanya sejak minggu-minggu pertama lagi dan tidak akan sabar menghadapinya.
Sekiranya seorang wanita diuji dengan suami yang lembut
emosinya, namun lemah dari segi rasionaliti dan pemikiran, nescaya dia akan
membencinya dan berasa jemu dengannya serta sifat kelelakiannya yang hanya pada
zahir itu tidak akan dapat memuaskan hati atau pandangannya.
Sumber:
Ma’a al-Nas oleh Syeikh Muhammad Sa’id Ramadan
al-Buti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan