Syeikh Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti menyebutkan dalam
kitab Ma’a al-Nas (jilid 1, ms. 224):
“Di sini aku ingin menegaskan apa yang telah aku katakan
berulang kali dan telah aku tuliskan dalam kitabku Fiqh al-Sirah, bahawa zikir
kepada Allah Taala dapat dilakukan dalam keadaan duduk, berdiri, bahkan dalam
keadaan berbaring juga, tetapi wajib dalam semua keadaan agar ia disertai
dengan adab dan tidak syak lagi bahawa melompat-lompat dan meliuk-liuk
badan (yang diungkapkan oleh para fuqaha sebagai menari) bertentangan dengan
adab yang dituntut.
Begitu juga, antara tuntutan adab yang paling asas adalah
agar kalimah Allah dilafazkan daripada makhraj Arabnya yang betul, supaya ia
tidak berubah di dalam mulut atau kerongkong menjadi sejenis bunyi seperti
rengekan atau gumaman yang tidak mempunyai makna.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan