Jumaat, 16 Mei 2025

Hukum Bertabarruk Dengan Wali

 

Soalan:

Apakah hukum mengambil berkat (tabarruk) dengan para wali dan adakah ia dibenarkan dari segi syarak?

Jawapan Syeikh Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti:

Umar bin Al-Khattab pernah mengambil berkat daripada Abbas, bapa saudara Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam ketika memohon hujan dan Imam Syafie pernah mengambil berkat daripada pakaian Imam Ahmad bin Hanbal, malah mengambil berkat daripada air yang telah membasahi pakaian tersebut. Ini disebut oleh Ibnu Kathir dalam sejarahnya.

Oleh itu, dibenarkan mengambil berkat daripada para wali dan orang-orang soleh yang benar-benar dikenali dengan kewalian dan kesolehan mereka, bukan daripada para penipu, tukang sihir dan mereka yang mengaku sebagai pembimbing dan orang soleh.

Sumber:

Ma’a al-Nas oleh Syeikh Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan