Jumaat, 16 Mei 2025

Hukum Zikir Dengan Kuat Selepas Solat

Soalan:

Di kawasan kami terdapat masjid yang para jemaahnya biasa berdoa secara berjemaah dengan suara yang kuat selepas setiap solat lima waktu dengan mengikuti imam masjid.

Ada yang mengatakan bahawa doa-doa dengan cara ini ialah bidaah yang tidak ada dalam syariat. Apabila masalah ini diberitahu kepada imam masjid, beliau meminta bukti syarak daripada hadis-hadis Nabi dan Al-Quran tentang kesahihan apa yang mereka katakan.

Mohon berikan kami semua penjelasan tentang perkara ini dengan menujukan jawapan anda kepada imam masjid. Semoga Allah memberi manfaat kepada kami dan beliau dengan apa yang baik untuk kami dan umat Islam.

Jawapan Syeikh Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti:

Tiada masalah jika jemaah mengeraskan suara mereka ketika zikir solat selepas selesai solat.

Para Sahabat mengetahui bahawa solat di masjid Rasulullah telah selesai melalui suara jemaah yang menguatkan zikir solat, seperti yang diriwayatkan dalam Sahih al-Bukhari.

Namun, makruh untuk menguatkan suara ketika berzikir atau berdoa jika terdapat jemaah berhampiran yang akan terganggu dengan perbuatan itu.

Sumber:

Ma’a al-Nas oleh Syeikh Muhammad Sa’id Ramadan al-Buti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan