Ibadhiyyah adalah pengikut Abdullah bin Ibadh al-Tamimi, yang hidup pada separuh kedua kurun pertama Hijrah, dan beliau mengasaskan mazhabnya di atas dasar toleransi (tasamuh).
Maka, mereka adalah golongan Khawarij yang paling sederhana, dan paling hampir kepada Ahli Sunnah.
Mazhab mereka kini tersebar di Kesultanan Oman dan di beberapa tempat di Libya, Algeria, dan Zanzibar.
Prinsip-Prinsip Utama Mereka:
1 - Orang yang
menyalahi mereka dari kalangan umat Islam bukanlah orang musyrik dan bukan pula
orang mukmin, sebaliknya mereka adalah kufur nikmat, bukan kufur akidah.
2 - Darah penentang mereka adalah haram ditumpahkan secara
rahsia, bukan secara terang-terangan (seperti dalam medan perang), dan negeri
mereka (penentang) adalah negeri tauhid, kecuali kem tentera sultan (pemerintah).
3 - Tidak halal daripada harta rampasan perang penentang
mereka kecuali kuda, senjata, dan segala yang memberi kekuatan dalam
peperangan, dan mereka memulangkan emas dan perak kepada pemiliknya.
4 - Tidak boleh berperang kecuali selepas berdakwah,
menegakkan hujah, dan mengisytiharkan perang.
5 - Boleh menerima penyaksian orang yang menyalahi mereka,
berkahwin dengan mereka, dan saling mewarisi harta dengan mereka.
6 - Pelaku dosa yang terdapat ancaman padanya, sedang dia
mengetahui tentang Allah Subhanahu wa Ta'ala dan para Rasul-Nya, adalah kafir
kufur nikmat, bukan kafir yang mengeluarkan dari agama (millah).
7 - Perbuatan hamba diciptakan oleh Allah Taala dari segi
pengadaan dan penciptaan, dan ia diusahakan oleh hamba secara hakikat, bukan
secara majaz.
8 - Berpendapat bahawa al-Quran adalah makhluk dan menafikan
(kemungkinan) melihat Allah Taala.
Telah ditakdirkan bagi golongan ini untuk kekal berbanding
golongan Khawarij yang lain di beberapa bahagian dunia Islam seperti Maghrib (barat
Islam). Daripada prinsip-prinsip mereka ini, jelaslah kesederhanaan dan sikap
adil mereka terhadap penentang mereka, dan inilah sebab kelangsungan mereka
sehingga ke hari ini.
Sumber:
مُذكرَة الفِرَق للصف الثانى الثانوى - لجنة إعداد وتطوير المناهج بالأزهر الشريف
Tiada ulasan:
Catat Ulasan