Ahad, 5 April 2026

Abu Bakar Atau Ali Lebih Utama?

 

Soalan:

Siapakah yang lebih utama, Abu Bakar atau 'Ali?

Jawapan Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari:

Al-Hafiz Abu al-Faraj Ibn al-Jawzi pernah ditanya di dalam sebuah majlis ilmu: “Siapakah yang lebih utama, Abu Bakar atau 'Ali?”

Ketika itu di dalam majlis tersebut terdapat golongan Syiah dan Asya'irah. Jika beliau berterus-terang menentukan salah seorang daripada mereka, nescaya ia akan menaikkan kemarahan salah satu pihak.

Lalu beliau menjawab: "Yang paling utama antara keduanya ialah orang yang anak perempuannya berada di bawahnya."

Maka golongan Syiah memahami bahawa beliau memaksudkan 'Ali AS (kerana anak perempuan Nabi SAW, Fatimah berada di bawah jagaannya), manakala golongan Asya'irah memahami bahawa beliau memaksudkan Abu Bakr RA (kerana anak perempuannya, Aisyah berada di bawah jagaan Nabi Muhammad SAW), dan itulah hakikat sebenar, kerana beliau adalah seorang Asy'ari (beraliran Asya'irah).

Sumber:

Mausu’ah Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari (16/541).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan