Soalan:
Hukum wanita bekerja pada masa kini dalam sektor pekerjaan
awam.
Jawapan Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari:
Sesungguhnya syarak telah mengharuskan wanita untuk
menjalankan urusan jual beli. Golongan wanita juga pernah keluar menyertai
peperangan bersama Nabi SAW bagi merawat orang-orang yang tercedera dan memberi
mereka minum.
Oleh itu, jika seorang wanita berada di dalam suatu
pekerjaan untuk menyara hidupnya, dalam keadaan dia menjaga kehormatan diri
dengan mematuhi pemakaian hijabnya, tidak menyentuh lelaki dan lelaki juga
tidak menyentuhnya, maka tidak ada halangan untuk berbuat demikian.
Namun, dengan syarat dia tidak boleh duduk berdua-duaan
dengan seorang lelaki di dalam sebuah pejabat kerana perkara tersebut dilarang,
dan juga kerana ia merupakan punca yang boleh mendatangkan kerosakan dan sangkaan
buruk.
Sumber:
Mausu’ah Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari
(16/446).


Tiada ulasan:
Catat Ulasan