Ahad, 5 April 2026

Hukum Gantung Gambar Di Rumah

 

Soalan:

Adakah menyimpan gambar di dalam rumah itu haram? Adakah pengharaman tersebut merangkumi kesemua jenis gambar atau gambar-gambar tertentu sahaja?

Jawapan Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari:

Gambar-gambar fotografi adalah diharuskan kerana ia merupakan penahanan bayang yang terpantul pada lensa alat (kamera). Manakala selain daripadanya seperti gambar yang berbentuk objek tiga dimensi (patung/arca), atau yang dilukis pada dinding, atau yang disulam pada pakaian, maka ia adalah haram. Ke atas jenis-jenis inilah terpakainya hadis-hadis yang diriwayatkan mengenai pengharaman perbuatan menghasilkan gambar dan (menyimpan) gambar-gambar itu sendiri.

Oleh yang demikian, maka menggantung gambar fotografi di dalam rumah adalah diharuskan. Adapun gambar-gambar selain daripadanya, maka menyimpannya adalah haram, bahkan sekadar melihat kepadanya juga adalah haram sepertimana yang telah dinyatakan secara jelas oleh Syeikh al-Dardir di dalam kitab al-Sharh al-Kabir.

Sumber:

Mausu’ah Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari (16/502).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan