Soalan:
Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari ditanya mengenai
membaca kitab Tanbih al-Ghafilin karya al-Samarqandi.
Beliau menjawab:
Kitab Tanbih al-Ghafilin mengandungi hadis-hadis daif
dan palsu. Oleh itu, ia tidak sepatutnya dibaca oleh orang awam kerana mereka
tidak mengetahui antara hadisnya yang sahih dengan yang palsu. Akan tetapi,
hendaklah mereka membaca kitab Riyad al-Salihin karya al-Nawawi kerana
ia memberi manfaat kepada mereka, dan kesemua yang terdapat di dalamnya adalah
sahih.
Sumber:
Mausu’ah Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari
(16/559).


Tiada ulasan:
Catat Ulasan