Selasa, 14 April 2026

Ilmu al-Jarh wa al-Ta’dil (18) – Peringkat-Peringkat Jarh

Peringkat Pertama:

Ia merupakan peringkat Jarh yang paling ringan.

Antara lafaz-lafaznya ialah:

1 - فِيهِ مَقَالٌ - Padanya terdapat pertikaian.

2 - أَدْنَى مَقَالٍ - Pertikaian yang paling ringan.

3 - يُنْكَرُ مَرَّةً، وَيُعْرَفُ أُخْرَى – Meriwayatkan hadis munkar (ditolak) suatu ketika, dan hadis ma’ruf (diterima) pada ketika yang lain.

4 - لَيْسَ بِذَاكَ - Tidak berapa kuat.

5 - لَيْسَ بِالقَوِيِّ - Tidak kuat.

6 - لَيْسَ بِالمَتِينِ - Tidak teguh.

7 - لَيْسَ بِحُجَّةٍ – Tidak boleh menjadi hujah.

8 - لَيْسَ بِعُمْدَةٍ - Tidak boleh menjadi sandaran.

9 - لَيْسَ بِمَأْمُونٍ - Tidak boleh dipercayai.

10 - لَيْسَ بِالمَرْضِيِّ - Tidak boleh diterima.

11 -  فِيهِ جَهَالَةٌ - Padanya terdapat ketidakjelasan.

12 - لَا أَدْرِي مَا هُوَ - Aku tidak tahu siapa dia.

13 - فِيهِ ضَعْفٌ - Padanya terdapat kelemahan

14 - لَيِّنُ الحَدِيثِ – Sedikit lemah hadisnya.

15 - سَيِّئُ الحِفْظِ - Buruk hafalannya.

16 - ضُعِّفَ – Lemah.

17 - لِلضَّعْفِ مَا هُوَ - Dia lebih dekat kepada kelemahan.

18 - فِيهِ لِينٌ - Padanya terdapat sedikit kelemahan.

19 - تَكَلَّمُوا فِيهِ – Ahli hadis mempertikaikannya.

20 - سَكَتُوا عَنْهُ – Ahli hadis mendiamkan diri tentangnya.

21 - مَطْعُونٌ فِيهِ - Dia dikritik.

22 - فِيهِ نَظَرٌ - Padanya perlu diteliti semula.

Hukumnya:

Hadis perawi dalam peringkat ini boleh diambil kira - iaitu: hadisnya dikeluarkan untuk tujuan sokongan (i'tibar) - kerana lafaz-lafaz ini memberikan isyarat tentang kelayakan perawi yang disifatkan dengannya untuk tujuan tersebut, dan ia tidak menafikan kelayakannya.

Peringkat Kedua:

Ia lebih buruk daripada peringkat sebelumnya.

Antara lafaz-lafaznya ialah:

1 - فُلَانٌ لَا يُحْتَجُّ بِهِ - Si fulan tidak boleh dijadikan hujah.

2 - ضَعَّفُوهُ – Ahli hadis melemahkannya.

3 - مُضْطَرِبُ الحَدِيثِ - Hadisnya bercelaru.

4 - لَهُ مَا يُنْكَرُ - Dia mempunyai riwayat yang diingkari.

5 - حَدِيثُهُ مُنْكَرٌ - Hadisnya munkar (tertolak).

6 - لَهُ مَنَاكِيرُ - Dia mempunyai riwayat-riwayat yang munkar (tertolak).

7 - ضَعِيفٌ – Lemah.

8 - مُنْكَرٌ - Munkar (tertolak).

Hukumnya:

Hadis perawi dalam peringkat ini diambil kira - iaitu: hadisnya dikeluarkan untuk tujuan sokongan (i'tibar) - kerana lafaz-lafaz ini memberikan isyarat tentang kelayakan perawi yang disifatkan dengannya untuk tujuan tersebut, dan ia tidak menafikan kelayakannya.

Peringkat Ketiga:

Ia lebih buruk daripada dua peringkat sebelumnya.

Antara lafaz-lafaznya ialah:

1 - فُلَانٌ رُدَّ حَدِيثُهُ - Si fulan ditolak hadisnya.

2 - مَرْدُودُ الحَدِيثِ - Hadisnya ditolak.

3 - ضَعِيفٌ جِدًّا - Sangat lemah.

4 - لَيْسَ بِثِقَةٍ - Bukan seorang yang dipercayai.

5 - وَاهٍ بِمَرَّةٍ - Sangat rapuh.

6 - طَرَحُوهُ – Ahli hadis membuangnya.

7 - مَطْرُوحُ الحَدِيثِ - Hadisnya dibuang.

8 - مَطْرُوحٌ – Dibuang.

9 - اِرْمِ بِهِ – Lemparkan ia.

10 - لَا يُكْتَبُ حَدِيثُهُ - Hadisnya tidak boleh ditulis.

11 - لَا تَحِلُّ كِتَابَةُ حَدِيثِهِ - Tidak halal menulis hadisnya.

12 - لَا تَحِلُّ الرِّوَايَةُ عَنْهُ - Tidak halal meriwayatkan daripadanya.

13 - لَيْسَ بِشَيْءٍ - Tidak bernilai.

14 - لَا يُسَاوِي شَيْئًا - Tidak bernilai sama sekali.

15 - لَا يُسْتَشْهَدُ بِحَدِيثِهِ - Hadisnya tidak boleh dijadikan sokongan (syahid).

16 - لَا شَيْءَ - Tiada apa-apa.

Hukumnya:

Tidak boleh berhujah dengan seorang pun daripada perawi dalam peringkat ini, tidak boleh dijadikan hadis sokongan, dan tidak boleh diambil kira (i'tibar).

Peringkat Keempat:

Antara lafaz-lafaz peringkat ini ialah:

1 - فُلَانٌ يَسْرِقُ الحَدِيثَ - Si fulan mencuri hadis.

2 - فُلَانٌ مُتَّهَمٌ بِالكَذِبِ أَوِ الوَضْعِ - Si fulan dituduh berdusta atau memalsukan hadis.

3 - سَاقِطٌ – Gugur.

4 - مَتْرُوكٌ – Ditinggalkan.

5 - ذَاهِبُ الحَدِيثِ - Lesap hadisnya.

6 - تَرَكُوهُ – Ahli hadis meninggalkannya.

7 - لَا يُعْتَبَرُ بِهِ، أَوْ بِحَدِيثِهِ - Dia tidak diambil kira, atau hadisnya tidak diambil kira.

8 - لَيْسَ بِالثِّقَةِ - Bukan seorang yang dipercayai.

9 - غَيْرُ ثِقَةٍ - Tidak dipercayai.

10 - مُجْمَعٌ عَلَى تَرْكِهِ - Disepakati untuk meninggalkannya.

11 - مُودٍ – Rosak.

12 - هُوَ عَلَى يَدَيْ عَدْلٍ - Dia berada dalam tangan ‘Adl[1] (kiasan bagi kebinasaan).

Hukumnya:

Tidak boleh berhujah dengan seorang pun daripada perawi dalam peringkat ini, tidak boleh dijadikan sokongan, dan tidak boleh diambil kira (i'tibar).

Peringkat Kelima:

Antara lafaz-lafaz peringkat ini ialah:

1 - الدَّجَّالُ - Pembohong besar.

2 - الكَذَّابُ – Pendusta.

3 - الوَضَّاعُ - Pemalsu hadis.

4 - يَضَعُ - Dia memalsukan hadis.

5 - يَكْذِبُ - Dia berdusta.

6 - وَضَعَ حَدِيثًا - Dia telah memalsukan hadis.

Hukumnya:

Tidak boleh berhujah dengan seorang pun daripada perawi dalam peringkat ini, tidak boleh dijadikan sokongan, dan tidak boleh diambil kira (i'tibar).

Peringkat Keenam:

Lafaz yang menunjukkan kepada maksud melampau (mubalaghah).

Antara lafaz-lafaz peringkat ini ialah:

1 - أَكْذَبُ النَّاسِ - Orang yang paling berdusta.

2 - إِلَيْهِ المُنْتَهَى فِي الكَذِبِ - Padanya kemuncak pendustaan.

3 - هُوَ رُكْنُ الكَذِبِ - Dia adalah rukun pendustaan.

4 - مَنْبَعُ الكَذِبِ - Sumber pendustaan.

5 - مَعْدِنُ الكَذِبِ – ‘Lombong’ pendustaan.

Hukumnya:

Tidak boleh berhujah dengan seorang pun daripada perawi dalam peringkat ini, tidak boleh dijadikan sokongan, dan tidak boleh diambil kira (i'tibar). 

Sumber:

Al-Muyassar Fi 'Ilm al-Jarh Wa al-Ta'dil oleh Sayyid Abdul Majid al-Ghauri



[1] Ini adalah satu perumpamaan yang digunakan dalam pertuturan orang Arab. 

'Adl ini ialah Ibn Sa'ad al-'Ashirah. Beliau merupakan ketua polis kepada Tubba' (Raja Yaman). 

Apabila Tubba' mahu menghukum mati seseorang, dia akan menyerahkannya kepada 'Adl. Maka, orang ramai akan berkata: "Dia berada dalam tangan 'Adl", sebagai kiasan kepada kebinasaan orang tersebut. Oleh itu, ia mula disebut sebagai perumpamaan bagi seseorang yang sudah tiada harapan lagi baginya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan