Nabi bersabda : "Tegaknya dunia dengan empat
faktor.
Pertama : Dengan
ilmunya para Ulama
Kedua : Adilnya
Pemimpin ( Umaro)
Ketiga : Dermawannya orang-orang kaya
Ke-Empat : Doanya nya orang Faqir".
Ulasan:
Hadis ini saya temui telah disebutkan di Facebook AliMahrus.
Hadis dengan lafaz ini telah disebutkan oleh al-Kubawi dalam
Durrah al-Nasihin:
قوام الدنيا بأربعة أشياء : أولها : بعلم العلماء .
والثاني : بعدل الأمراء . والثالث : بسخاوة الأغنياء والرابع : بدعوة الفقراء.
Saya tidak
menemui sumber asal bagi hadis dengan lafaz yang disebutkan oleh al-Kubawi ini.
Namun ada hadis yang hampir sama telah diriwayatkan oleh Ibnu al-Najjar
sebagaimana yang disebutkan oleh al-Hafiz al-Suyuti dalam Zail al-Laali
al-Masnu’ah:
قِوَامُ الدُّنْيَا بِأَرْبَعَةٍ، بِعَالِمٍ لَا
يَبْخَلُ بِعِلْمِهِ، وَبِجَاهِلٍ لَا يَسْتَنْكِفُ أَنْ يَتَعَلَّمَ،
وَبِجَوَّادٍ لَا يَمُنُّ بِعَطَائِهِ، وَبِفَقِيرٍ لَا يَشْكُو فَقْرَهُ.
"Dunia
ini ditegakkan dengan empat golongan manusia:
Orang berilmu
yang tidak bakhil dengan ilmunya
Orang jahil
yang tidak malu untuk belajar
Orang dermawan
yang tidak mengungkit-ungkit pemberiannya
Orang fakir
yang tidak mengeluh dengan kefakirannya"
Hadis ini
dihukumkan sebagai palsu oleh al-Hafiz al-Suyuti namun beliau tidak
menjelaskan sebabnya.
Ibnu ‘Arraq dalam
Tanzih al-Syari’ah al-Marfu’ah berkata:
“(Diriwayatkan)
daripada Ali bin Jumhur daripada Nabi sallahu ’alaihi wasallam dan ia adalah
mu'dhal (terputus sanadnya). Aku berkata: Dan selain daripada ia mu'dhal, aku
juga tidak menjumpai biografi Ali bin Jumhur dan dalam sanadnya terdapat
beberapa orang yang aku juga tidak kenali.”
Mungkin salah
seorang daripada perawi yang tidak dikenali tersebut yang memalsukannya. Wallahu
a’lam.
Begitu juga
terdapat sebuah hadis mauquf daripada ucapan Ali bin Abi Talib yang
hampir sama, yang diriwayatkan oleh al-Hakim sebagaimana yang disebutkan oleh
al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Lisan al-Mizan:
Daripada Jabir
bin Abdullah Al-Ansari berkata: "Aku telah datang kepada Ali bin Abi
Talib untuk menziarahinya ketika beliau sakit, lalu beliau berkata kepadaku:
يا جابر قوام الدنيا أربعة: عالم مستعمل لعلمه وجاهل
لا يستنكف أن يتعلم وغني جواد بمعروفه وفقير لا يبيع آخرته بدنياه.
Wahai Jabir,
dunia ini ditegakkan oleh empat golongan: orang berilmu yang mengamalkan
ilmunya, orang jahil yang tidak malu untuk belajar, orang kaya yang dermawan
dengan kebaikannya, dan orang fakir yang tidak menjual akhiratnya untuk dunianya."
Al-Hakim berkata
selepas meriwayatkan hadis ini: “Beginilah yang diriwayatkan kepada kami
oleh syeikh ini (yakni perawi bernama Abdul Aziz bin Ahmad al-Warraq) dengan
sanad yang sahih tetapi matannya munkar yang tidak mungkin (berasal daripada
perawi yang thiqah seperti) Mutayyan dan tidak juga daripada mana-mana
perawinya."
Al-Hafiz Ibnu
Hajar berkata: "Maka beliau (al-Hakim) menyebutkan sebuah khabar yang
panjang yang jelas kebatilannya.”
Kesimpulan
Hadis ini adalah
palsu sama ada daripada ucapan Nabi sallahu ‘alaihi wasallam atau
daripada ucapan Ali bin Abi Talib. Oleh itu tidak boleh disebarkannya melainkan
untuk dijelaskan kepalsuannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan