Selasa, 14 Januari 2025

Sinopsis Surah al-Kauthar

 

Surah al-Kauthar ialah surah Makkiyah yang membicarakan tentang kurniaan Allah yang besar kepada Nabi-Nya yang mulia dengan menganugerahkan kebaikan yang banyak dan nikmat yang agung di dunia dan akhirat, termasuklah sungai al-Kauthar di syurga serta kebaikan-kebaikan lain yang melimpah ruah.

Sebahagian musyrikin, munafik dan Yahudi mengejek Nabi sallahu ‘alaihi wasallam atas kematian anak-anak lelakinya di Makkah dan Madinah, disebabkan kebencian mereka terhadap dakwah baginda dan keluarganya serta sangkaan mereka bahawa dakwah hanya akan diwarisi oleh anak-anak lelaki daripada bapa mereka. Maka, surah ini diturunkan untuk menyatakan bahawa Allah telah menggantikan kehilangan anak-anak baginda dengan sebuah sungai yang agung di syurga.

Surah ini juga menyeru Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam untuk terus mendirikan solat dan menyembelih korban sebagai tanda mendekatkan diri kepada Allah, bersyukur atas kurniaan-Nya, membantu golongan miskin dan mendorong umat Islam untuk melakukan kebaikan.

Surah ini diakhiri dengan berita gembira kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam tentang kehinaan musuh-musuhnya, serta menggambarkan orang yang membenci baginda sebagai hina, rendah, dan terputus daripada segala kebaikan di dunia dan akhirat. Sebaliknya, nama Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam sentiasa dijulang tinggi di menara-menara azan dan mimbar-mimbar dan nama baginda yang mulia sentiasa meniti di bibir manusia, kekal hingga ke akhir zaman.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan