Jumaat, 22 Mei 2026

Baca Buku Walaupun Ketika Makan

Abu Ja'far al-Mahri, Ahmad bin Abdullah al-Qairawani dilahirkan pada tahun 250 Hijrah dan meninggal dunia pada tahun 333 Hijrah. Semoga Allah merahmati beliau.

Al-Qadi 'Iyad berkata mengenai beliau:

"Beliau adalah antara orang yang sangat menitikberatkan ilmu, dan beliau merupakan satu keajaiban dalam hal pembelajaran dan menelaah. Kitab hampir tidak pernah terlepas daripada tangannya, sehinggalah pada waktu makannya."

Sumber:

Qimah al-Zaman ‘Inda al-‘Ulama oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan