Jumaat, 22 Mei 2026

Sedih Terpaksa Buang Masa Untuk Makan

Abu Hilal al-'Askari berkata di dalam kitabnya al-Hathth 'ala Talab al-'Ilm wa al-Ijtihad fi Jam'ih (Galakan Menuntut Ilmu dan Bersungguh-sungguh dalam Menghimpunkannya):

"Al-Khalil bin Ahmad - al-Farahidi al-Basri merupakan salah seorang yang paling bijak di dunia. Beliau dilahirkan pada tahun 100 Hijrah, dan meninggal pada tahun 170 Hijrah, semoga Allah merahmatinya. Beliau pernah berkata:

“Waktu yang paling berat bagiku ialah waktu aku makan."

Allahu Akbar! Betapa dahsyatnya beliau menenggelamkan diri di dalam ilmu?! Dan alangkah membara sifat cemburunya terhadap waktu yang dimilikinya?!

Sumber:

Qimah al-Zaman ‘Inda al-‘Ulama oleh Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan