Ilmu
ini membahaskan tentang perawi-perawi hadis dari sudut sama ada riwayat mereka
boleh diterima ataupun ditolak.
Ini
adalah berdasarkan fakta-fakta yang dinukilkan tentang kedudukan mereka, samada
berbentuk ta’dil (mempercayakan) yang menghiasi diri mereka, atau tajrih
(menuduh atau mencela) yang mencemari diri mereka, yang datang dengan
lafaz-lafaz yang tertentu atau khusus dan ungkapan-ungkapan bahasa yang
diketahui maknanya oleh para ulama.
Ia
mengandungi ungkapan yang teliti dan maksud yang tepat kerana ianya penting
dalam membuat kritikan terhadap sanad hadis.
[Kamus
Istilah Hadis, Sayyid Abdul Majid al-Ghauri, hlm. 363]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan