Dari sudut istilah, terdapat tiga pandangan berkaitan
dengannya:
Pertama: Ia adalah seerti dengan perkataan hadis: Atau
maknanya adalah sama.
Kedua: Ia berbeza dengan perkataan hadis, kerana hadis
adalah sesuatu yang datang daripada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam,
manakala khabar adalah sesuatu yang datang daripada selain baginda.
Ketiga: Khabar lebih umum daripada hadis, iaitu hadis
adalah sesuatu yang datang daripada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam,
manakala khabar adalah sesuatu yang datang daripada baginda atau pun selain
baginda daripada kalangan sahabatnya.
[Kamus Istilah
Hadis, Sayyid Abdul Majid al-Ghauri, hlm. 225]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan