Soalan:
Salam boleh
bagi pencerahan dgn hadis dibawah ni
من أفتى بغير علم فعليه لعنة الله والملائكة والناس
أجمعين.
Mafhumnya, sesiapa yang berfatwa tanpa ilmu maka dia akan
dilaknat oleh Allah, para malaikat dan seluruh manusia.
Jawapan:
Saya tak temui lafaz hadis sedemikian. Wallahu a'lam.
Lafaz yang hampir dengannya adalah:
مَن أفتى بغيرِ علمٍ لعنتهُ ملائِكةُ السَّماءِ
والأرضِ
"Sesiapa yang berfatwa tanpa ilmu akan dilaknat oleh
malaikat langit dan bumi."
Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu 'Asakir dalam Tarikh
Dimasyq daripada hadis 'Ali bin Abi Thalib.
Dalam sanadnya ada perawi Abdullah bin Ahmad bin 'Amir yang
dituduh oleh al-Hafiz Ibnu al-Jauzi dan al-Hafiz al-Zahabi meriwayatkan
naskhah hadis-hadis palsu yang sama ada dia atau ayahnya yang
memalsukannya. Menurut al-Hafiz al-Sakhawi dalam al-Ajwibah al-Mardhiyyah, dia
dan ayahnya adalah pendusta. Al-Hafiz al-Sayuthi dalam Zail al-Laali
al-Masnu’ah juga menilai palsu hadis-hadis yang diriwayatkan olehnya dan
bapanya.
Ada hadis lain yang lebih elok statusnya (hadis hasan menurut
Syeikh Syu’aib al-Arnauth) iaitu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada
hadis Abu Hurairah:
مَنْ أُفْتِيَ بِغَيْرِ عِلْمٍ كَانَ إِثْمُهُ عَلَى
مَنْ أَفْتَاهُ
“Sesiapa yang diberi
fatwa (oleh mufti) tanpa dasar ilmu, maka dosanya (dosa orang yang beramal
dengan fatwa yang salah) adalah ke atas orang yang berfatwa (mufti).”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan