Dari segi bahasa:
Al-Matan ialah: Sesuatu yang keras dan menonjol
dari permukaan bumi.
Dari segi istilah:
Teks yang terletak di penghujung sanad, iaitu: lafaz-lafaz
hadis yang menunjukkan kepada makna-maknanya yang berada di akhir rantaian
sanad.
Hubung Kait Antara
Makna Dari Segi Bahasa dan Istilah
Sebab mengapa teks yang berada di penghujung sanad itu dinamakan
sebagai matan adalah:
1 - Teks di penghujung sanad itu menjadi kuat dengan
menyebutkan sanadnya, dan tanpanya ia menjadi lemah. Ini berdasarkan makna
pertama (matn/kuat).
2 - Atau, ia menjadi kukuh dengan adanya sanad, jika tidak,
ia akan menjadi rapuh. Ini berdasarkan makna kedua (keras).
3 - Atau, ia menjadi jelas dan menonjol dengan adanya sanad,
jika tidak, ia akan tersembunyi dan tidak kelihatan. Ini berdasarkan makna
ketiga (menonjol).
Gambaran Sanad dan
Matan
Bentuk bagi sanad dan matan dapat dilihat dalam contoh
berikut daripada Sahih al-Bukhari.
Imam al-Bukhari berkata:
"Telah menceritakan kepada kami al-Humaidi Abdullah bin
al-Zubair, beliau berkata: Telah menceritakan kepada kami Sufyan, beliau
berkata: Telah menceritakan kepada kami Yahya bin Sa'id al-Ansari, beliau
berkata: Telah mengkhabarkan kepadaku Muhammad bin Ibrahim al-Taimi, bahawa
beliau mendengar 'Alqamah bin Waqqas al-Laithi berkata: Aku mendengar Umar bin
al-Khattab RA di atas mimbar berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat, dan
sesungguhnya bagi setiap orang itu apa yang diniatkannya. Maka sesiapa yang
hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah
dan Rasul-Nya. Dan sesiapa yang hijrahnya kerana dunia yang ingin
diperolehinya, atau kerana wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya itu
adalah kepada apa yang dia niatkan hijrah kepadanya.”
Maka sanadnya ialah:
"Telah menceritakan kepada kami al-Humaidi..” sehingga “…aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda…".
Manakala matannya pula ialah:
"Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat…”
sehingga “…kepada apa yang dia niatkan hijrah kepadanya."
Sumber:
Al-Madkhal Ila Dirasah Ulum al-Hadith oleh Dr Sayyid Abdul Majid al-Ghauri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan