Dari segi bahasa:
Baki untuk sesuatu.
Dari segi istilah:
Terdapat tiga pendapat:
1 – Pendapat jumhur ulama hadis: Ia adalah sinonim
dengan hadis dan khabar, iaitu ketiga-tiganya mempunyai makna yang sama.
Maka, berdasarkan pandangan ini, takrifnya adalah sama
seperti takrif hadis dan khabar, iaitu:
“Perkataan, perbuatan, perakuan (taqrir), atau sifat yang disandarkan kepada Nabi Sallahu ‘alaihi wasallam.”
Al-Nawawi berkata dalam al-Taqrib wa al-Taisir: “Di sisi ulama hadis, kesemua ini dinamakan athar.”
2 - Ia berbeza daripada hadis: iaitu maksud athar
adalah berlainan daripada maksud hadis. Maka takrif athar menurut
pandangan ini ialah:
“Perkataan atau perbuatan yang disandarkan kepada para Sahabat dan Tabi'in.”
Ibnu Hajar berkata dalam Nuzhah al-Nazar: “Mawquf
dan Maqtu' dinamakan sebagai Athar.”
3 - Di sisi ahli fiqh Khurasan: Athar berbeza
daripada hadis, tetapi yang dimaksudkan dengannya ialah mawquf sahaja dan tidak termasuk maqtu'. Ini bermakna, di sisi mereka athar ialah:
“Apa yang disandarkan kepada para Sahabat.”
Mereka mengkhususkan athar bagi mawquf dan khabar
bagi marfu’.
Kesimpulan Ringkas:
Athar dari segi istilah (3 Pendapat):
1 - Jumhur Ulama Hadis: Sinonim dengan hadis dan
khabar, iaitu segala perkataan, perbuatan, perakuan, atau sifat yang
disandarkan kepada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam.
2 - Sebahagian Ulama (seperti Ibnu Hajar): Berbeza
daripada hadis, iaitu merujuk kepada apa yang disandarkan kepada Sahabat
dan Tabi'in (mawquf dan maqtu').
3 - Ahli Fiqh Khurasan: Terhad kepada apa yang
disandarkan kepada Sahabat sahaja (mawquf).
- Bulugh al-Amal Min Mustholah al-Hadith Wa al-Rijal oleh
Prof Dr Muhammad Mahmud Ahmad Bakkar
- Mausu'ah 'Ulum al-Hadis Wa Fununihi oleh Dr Sayyid Abdul Majid al-Ghauri


Tiada ulasan:
Catat Ulasan