Soalan:
Assalamualaikum ustaz. Boleh jelaskan lebih lanjut mengenai tasbih ini:
SUNNAH YG JARANG DIAMALKAN (TASBIH SELEPAS WITIR)
Kebanyakan masjid dan surau hanya bertasbih dan berselawat di
antara rakaat2 tarawih, sdgkan ia bukanlah amalan yg dikhususkan untuknya. Ia
hanya perintah yg umum yg disarankan sepenjang masa.
Adapun tasbih selepas witir ia merupakan sunnah yg khusus tetapi
amat sedikit yg mengamalkannya.
Setiap kali saya diminta mengimamkan solat witir di mana
sahaja, saya tetap membacanya sekalipun agak janggal bagi jemaah yg lain.
Tasbihnya seperti di atas.
Jawapan:
Amalan ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud
dan al-Nasa’ie daripada hadis Ubai bin Ka’ab:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا سلَّم في الوتر
قال: "سُبْحانَ المَلِكِ القُدُّوسِ
“Rasulullah sallahu
‘alaihi wasallam apabila selesai memberi salam ketika solat witir, baginda akan
berkata:
سُبْحانَ المَلِكِ القُدُّوسِ
“Maha Suci Allah yang
Maha Menguasai lagi Maha Suci.”
Sanadnya sahih menurut al-Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkar.
Dalam riwayat al-Nasa’ie daripada hadis Abdul Rahman bin Abza
disebutkan bahawa bacaan tersebut adalah sebanyak tiga kali dan pada
bacaan yang ketiga Nabi sallahu ‘alaihi wasallam memanjangkan dan menguatkan
suaranya.
Tambahan ‘رب
الْمَلَائِكَة وَالروح’
ada dalam riwayat al-Daraqutni daripada hadis Ubai bin Ka'ab. Dikatakan bahawa
lafaz tambahan ini syaz (daif), tetapi tidak mengapa jika ingin
dibaca sekalipun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan