Ilmu
ini membincangkan tentang sebab-sebab yang tersembunyi yang membawa kecacatan
kepada sesuatu hadis yang sahih atau hasan sama ada dari sudut sanad mahupun
matan, dalam keadaan zahir hadis itu dilihat selamat dari kecacatan tersebut.
Dari
sini dapat dilihat kepentingan ilmu ini serta kerumitan dalam mempelajarinya.
Ini kerana kerosakan yang terdapat dalam hadis para perawi yang daif adalah
jelas dan tugas mengesannya juga mudah. Namun untuk meneliti kecacatan pada
hadis yang diriwayatkan oleh perawi thiqah adalah sesuatu yang sukar kerana
dari segi zahir ianya dilihat selamat atau sahih.
Maka
pencarian terhadap titik kesalahan yang dilakukan oleh mereka ini adalah sukar.
Perkara seperti ini memerlukan ilmu yang mendalam, pengetahuan yang luas
tentang jalan-jalan periwayatan hadis, serta pengalaman yang tinggi dalam
menilai peribadi para perawi.
Kepentingan
ilmu ini adalah tertumpu kepada kecacatan yang tersembunyi yang terkandung
dalam sanad dan matan sesebuah hadis.
[Kamus
Istilah Hadis, Sayyid Abdul Majid al-Ghauri, hlm. 367]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan