Jumaat, 10 Disember 2010

Syeikh Ahmad Deedat


*Ini bukan tulisan asal saya. Saya cuma sebarkan sahaja.


Ahmad Deedat merupakan seorang ulama yang handal dalam bidang perbandingan agama. Ahmad Deedat dilahirkan di Surat, India pada tahun 1918. Beliau tidak sempat hidup lama bersama dengan ayahnya kerana ayahnya telah berhijrah ke Afrika Selatan pada tahun 1926. Ayahnya berkerja sebagai seorang penjahit dan disebabkan kerjanya sebagai seorang penjahit beliau terpaksa berhijrah ke Afrika Selatan.

Untuk mendapatkan pendidikan dan melarikan diri sari kemiskinan, Ahmad Deedat terpaksa juga berhijrah ke Afrika Selatan pada tahun 1927 bagi mendapatkan kehidupan yang lebih selesa bersama dengan ayahnya. Ketika itu beliau baru berusia 9 tahun. Pertemuan Ahmad Deedat dengan ibunya pada tahun tersebut merupakan pertemuan terakhir kerana ibunya meninggal dunia selepas Ahmad Deedat berhijrah ke Afrika Selatan.

Di sekolah, Ahmad Deedat terpaksa belajar dengan lebih gigih kerana beliau tidak mempunyai asas bahasa Inggeris yang merupakan bahasa yang digunakan di Afrika Selatan. Hasil kensungguhan beliau telah menyebabkan beliau berjaya menguasai bahasa tersebut dengan mudah. Beliau meneruskan pelajaran beliau sehingga tamat persekolahan peringkat rendah. Oleh kerana kekurangan wang beliau tidak dapat meneruskan pelajaran beliau di peringkat menengah lalu beliau mengambil keputusan untuk berkerja. Ketika itu umurnya 16 tahun.

Beliau telah berkerja di sebuah kedai Muslim yang bersebelahan dengan sebuah sekolah menengah Kristian. Setiap hari beliau dan perkerja – perkerja lain di kedai tersebut menerima pelbagai kutukan dan penghinaan daripada pelajar - pelajar sekolah tersebut. Penghinaan tersebut telah menyebabkan semangat Ahmad Deedat membara bagi mempelajari agama Kristian untuk membongkar kepalsuan agama tersebut.   

Mempelajari Kitab Bible

Ahmad Deedat telah berjaya memiliki sebuah kitab yang bertajuk ‘Izharul Haq’ yang bererti mengungkap kebenaran. Buku ini berisi teknik – teknik para ulama di India dalam menghadapi pengaruh agama Kristian yang dibawa oleh penjajah British semasa mereka menjajah India. Beliau juga telah menghafaz keseluruhan Al – Quran agar mudah dijadikan hujah sewaktu berdebat dengan orang Kristian.

Beberapa minggu selepas itu, beliau telah membeli kitab Bible pertamanya dan mula melakukan debat bersama dengan para pelajar Kristian. Ahmad Deedat telah Berjaya mematahkan kesemuah hujah pelajar – pelajar Kristian tersebut. Kemudian pelajar – pelajar tersebut memanggil pula guru – guru agama Kristian untuk berdebat dengan Ahmad Deedat. Bahkan, paderi – paderi di daerah tersebut juga dipanggil untuk berdebat dengan Ahmad Deedat.

Usaha Dakwah

Setelah berkahwin dan mendapat anak, beliau tetap menjalankan usaha dakwah bagi mematahkan segala dakyah yang dibawa oleh paderi – paderi kristian. Dengan semangat yang membara dalam menyebarkan agama Islam, beliau telah melibatkan diri dalam sebuah kumpulan dakwah selama lebih daripada 30 tahun. Dalam kumpulan dakwah tersebut, beliau telah diamanahkan mengajar Kitab Bible. Setelah itu, beliau mendirikan As – Salam, sebuat institusi yang melatih para pendakwah Islam. Beliau dan beberapa ahli keluarganya bersusah payah membina bangunan institusi tersebut tanpa bantuan orang lain.

Kemudian, Ahmad Deedat telah mengangotai Islamic Propagation Centre International dan telah menjadi Presiden pertubuhan tersebut. Pertubuhan ini aktif dalam menyebarkan dakwah Islam di seluruh dunia. Pertubuhan ini juga telah menerbitkan lebih dari 20 buah buku dan disebarkan secara percuma di seluruh dunia. Hasil penat lelah beliau dan juga hidayah Allah, beribu – ribu orang telah memeluk agama Islam.




Pendebatan Yang Hebat  

Antara pendebatan beliau yang terhebat ialah pendebatan dengan Paderi Josh McDowell yang bertajuk ‘Benarkah Nabi Isa disalib’ dan pendebatan dengan Paderi Jimmy Swaggart yang bertajuk ‘Benarkah Injil kalam Allah?’

Akhir hidupnya

Sisa hidupnya selama sembilan tahun hanya boleh dihabiskan di atas tempat tidurnya. dan akhirnya pada 8 Ogos 2005, beliau menghembuskan nafas terakhirnya setelah 10 tahun menderita penyakit lumpuh dan stroke. Jenazahnya dikebumikan di perkuburan Islam di Verulam, Afrika Selatan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan