Selasa, 30 Ogos 2022

Status Hadis: Surah Yasin Padanya Dua Puluh Berkat

 


Daripada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam bersabda ia bagi Saidina Ali radhiallahu ‘anhu:

“Lazimkan olehmu dengan membaca surah Yasin maka bahawasanya padanya itu dua puluh berkat. Tiada membaca akan dia oleh orang yang lapar melainkan dikenyangkan dia dan tiada yang dahaga melainkan dipuaskan dia dan tiada yang bertelanjang melainkan dipakaikan dia dan tiada yang bujang melainkan berkahwin ia dan tiada yang takut melainkan diamankan dia dan tiada yang sakit melainkan disembuhkan dia dan tiada yang kena penjara melainkan dikeluarkan dia dan tiada yang musafir ditolongkan atasnya safarnya dan tiada yang dukacita melainkan diringankan dia daripadanya dan tiada yang membaca akan dia oleh orang yang hilang baginya sesuatu melainkan mendapat akan dia…."

 Hadis ini saya temui ketika membaca kitab Lum’ah al-Aurad (hlm. 136) karangan Wan Ali bin Abdul Rahman al-Kelantani.

Takhrij Hadis:

Hadis ini telah diriwayatkan oleh al-Dailami dalam Musnad al-Firdaus dengan lafaz yang berbeza dengan yang disebutkan dalam kitab Lum’ah al-Aurad. Riwayat tersebut diriwayatkan melalui sanad yang mengandungi perawi bernama Mas’adah bin al-Yasa’:

اقرؤوا يس فإن فيها عشر بركات: ما قرأها جائع إلا شبع، وما قرأها عارٍ إلا اكتسى، وما قرأها أعزب إلا تزوج، وما قرأها خائف إلا أمن، وما قرأها مسجون إلا فُرج، وما قرأها مسافر إلا أُعين على سفره، وما قرأها رجل ضلّت له ضالّة إلا وجدها، وما قُرئت عند ميّت إلا خُفِّف عنه، وما قرأها عطشان إلا روي، وما قرأها مريض إلا برَأ.

"Bacalah Yasin kerana di dalamnya terdapat sepuluh keberkatan. Tidaklah orang yang lapar membacanya melainkan akan kenyang. Tidaklah orang yang bertelanjang membacanya melainkan dia akan mendapat pakaian. Tidaklah orang yang bujang membacanya melainkan akan berkahwin. Tidaklah orang yang takut membacanya melainkan akan merasa aman. Tidaklah orang yang dipenjara membacanya melainkan akan dibebaskan. Tidaklah orang yang bermusafir membacanya melainkan akan dibantu permusafirannya. Tidaklah orang yang hilang sesuatu barangya membacanya melainkan dia akan menjumpainya semula. Tidaklah dibacakannya di sisi mayat melainkan akan diringankan (azab) baginya. Tidaklah orang yang dahaga membacanya melainkan akan diberi minum. Tidaklah orang yang sakit membacanya melainkan akan disembuhkan."

Hadis ini telah dimuatkan oleh al-Hafiz al-Suyuti dalam kitab himpunan hadis palsu, al-Ziyadat ‘Ala al-Maudhu’at (no. 117) dan beliau berkata:

“Berkata (al-Zahabi) dalam al-Mizan: Mas’adah bin al-Yasa’ adalah perawi yang binasa (هالك). Dia telah dianggap sebagai pendusta oleh Abu Daud. Ahmad bin Hanbal berkata: Kami telah koyakkan hadisnya sejak dahulu lagi.”

Hadis ini juga telah diriwayatkan oleh al-Harith dalam Musnadnya (sebagaimana dalam kitab Bughyah al-Bahith, no. 469) dalam sebuah hadis panjang yang mengandungi wasiat Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam kepada Saidina Ali dengan lafaz:

يَا عَلِيُّ، وَاقْرَأْ يس، فَإِنَّ فِي يس عَشْرَ بَرَكَاتٍ، مَا قَرَأَهَا جَائِعٌ إِلَّا شَبِعَ، وَلَا ظَمْآنُ إِلَّا رُوِيَ، وَلَا عارٍ إِلَّا اكْتَسَى، وَلَا عَزْبٌ إِلَّا تَزَوَّجَ، وَلَا خَائِفٌ إِلَّا أَمِنَ، وَلَا مَسْجُونٌ إِلَّا خَرَجَ، وَلَا مُسَافِرٌ إِلَّا أُعِينَ عَلَى سَفَرِهِ، وَلَا مِنْ ضَلَّتْ ضَالَّتُهُ إِلَّا وَجَدَهَا، وَلَا مَرِيضٌ إِلَّا بَرِأَ، وَلَا قُرِئَتْ عِنْدَ مَيِّتٍ إِلَّا خُفِّفَ عَنْهُ.

"Wahai Ali, bacalah Yasin kerana di dalam Yasin itu ada sepuluh keberkatan. Tidaklah orang yang lapar membacanya melainkan akan kenyang. Tidaklah orang yang dahaga membacanya melainkan akan diberi minum. Tidaklah orang yang bertelanjang membacanya melainkan dia akan mendapat pakaian. Tidaklah orang yang bujang membacanya melainkan akan berkahwin. Tidaklah orang yang takut membacanya melainkan akan merasa aman. Tidaklah orang yang dipenjara membacanya melainkan akan dibebaskan. Tidaklah orang yang bermusafir membacanya melainkan akan dibantu permusafirannya. Tidaklah orang yang hilang sesuatu barangya membacanya melainkan dia akan menjumpainya semula. Tidaklah orang yang sakit membacanya melainkan akan disembuhkan. Tidaklah dibacakannya di sisi mayat melainkan akan diringankan (azab) baginya."

Dalam sanad hadis ini mengandungi tiga orang perawi yang bermasalah iaitu Abdul Rahim bin al-Waqid, Hammad bin ‘Amru dan al-Sarri bin ‘Amru bin Syaddad.

Al-Hafiz al-Busiri dalam kitab Ithaf al-Khiyarah al-Maharah (no. 3004) berkata:

“Sanad ini bersambung-sambung dengan perawi yang daif. Al-Sarri, Hammad dan Abdul Rahman adalah perawi yang daif.”

Di antara ketiga-tiga perawi tersebut yang paling teruk dikritik ialah Hammad bin ‘Amru. Dia telah dituduh memalsukan hadis oleh Yahya bin Ma’in dan Ibnu Hibban.

Kesimpulannya, hadis ini adalah hadis yang palsu. Oleh itu ia tidak boleh disebarkan dan dinisbahkan kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam.

Isnin, 29 Ogos 2022

Status Hadis: Wuduk Atas Wuduk Itu Cahaya Atas Cahaya

 


الْوُضُوءُ عَلَى الْوُضُوءِ نُورٌ عَلَى نُورٍ

“Wuduk atas wuduk itu cahaya atas cahaya.”

Hadis ini saya temui dalam kitab al-Jauhar al-Mauhub (hlm. 37, baris ke-10 daripada atas) karangan Syeikh Ali bin Abdul Rahman al-Kelantani.

Pandangan Ulama Tentang Hadis Ini

1 – Al-Hafiz al-Munziri dalam kitab al-Targhib Wa al-Tarhib berkata: “Aku tidak mengingati bahawa baginya asal daripada hadis Nabi sallahu ‘alaihi wasallam. Mungkin ia daripada kalam golongan salaf.”

2 – Al-Hafiz al-‘Iraqi dalam Takhrij al-Ihya’ berkata: “Aku tidak temui sumber asal baginya.”

3 – Al-Hafiz al-Sakhawi dalam al-Maqasid al-Hasanah menukilkan daripada guru beliau, al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani yang mengatakan: “Ia adalah hadis yang daif dan diriwayatkan oleh Razin dalam Musnadnya.”

Razin yang dimaksudkan ialah Razin bin Mu’awiyah al-Saraqusti (m. 535 H). Beliau ada mengarang sebuah kitab yang bertajuk al-Tajrid Lil Sihah al-Sittah yang menghimpunkan hadis-hadis kitab al-Muwatta’, Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan al-Tirmizi dan Sunan al-Nasa’ie.

Namun begitu beliau juga ada menambah hadis-hadis yang lain dalam kitab tersebut yang menurut al-Hafiz al-Zahabi dalam Tarikh al-Islam, hadis-hadis tersebut sangat bermasalah (واهية). Begitu juga disebutkan oleh Imam al-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmu’ah bahawa Razin telah memasukkan dalam kitab tersebut hadis-hadis palsu yang tidak diketahui daripada mana datang hadis tersebut. Syeikh Abdullah bin al-Siddiq al-Ghumari juga pernah ditanya hadis-hadis yang ditambah oleh Razin dalam kitab tersebut. Beliau menjawab: Razin bukanlah di kalangan huffaz hadis. Hadis-hadis tambahan yang beliau masukkan tidak diriwayatkan secara bersanad bahkan secara mu'allaq (tidak bersanad) dan kebanyakannya tidak ada asal baginya. (Rujuk Mausu'ah Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari, jil. 16, hlm. 262)

Al-Hafiz Ibnu Hajar tidak mendatangkan sanad bagi hadis tersebut sehingga dapat dikaji sanad tersebut dan tidak wujud sanadnya dalam kitab-kitab yang lain. Oleh itu hadis ini dianggap oleh para ulama sebagai hadis yang palsu dan tidak berasal daripada Rasulullah sallahu ‘alihi wasallam, antaranya oleh:

1 – Al-Syaukani dalam al-Fawaid al-Majmu’ah.

2 – Al-Fattani dalam Tazkirah al-Maudhu’at.

3 – Mulla ‘Ali al-Qari dalam al-Asrar al-Marfu’ah.

4 – Syeikh Muhammad Abdul Hayy al-Laknawi dalam Zafr al-Amani (hlm. 251). Menurut beliau hadis ini masyhur di sisi fuqaha’ dan mereka menyebutnya dalam kitab-kitab mereka. Namun begitu ia tidak ada nilai di sisi ahli hadis.

5 – Syeikh Abdullah al-Siddiq al-Ghumari dalam Irsyad al-Thalib al-Najib.

Isnin, 15 Ogos 2022

Amalan Murah Rezeki

 


Amalan Pertama: Menunaikan Solat Dhuha

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، وَأَبِي ذَرٍّ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ اللهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى أَنَّهُ قَالَ:

"ابْنَ آدَمَ ارْكَعْ لِي أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ أَكْفِكَ آخِرَهُ."

Diriwayatkan daripada Abu al-Darda' dan Abu Zar, daripada Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam daripada Allah (hadis qudsi), Allah berfirman:

“Wahai anak Adam, solatlah (semata-mata) untukKu 4 rakaat di awal siang, Aku akan cukupkan bagimu (keperluan dan hajatmu) di akhir siangmu.”

Riwayat al-Tirmizi (no. 475) dan beliau berkata: “Hadis hasan gharib.”

Amalan Kedua: Membaca لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ  Sebanyak 100 Kali Setiap Hari

عَن النَّبِي صلى الله عَلَيْهِ وَسلم قَالَ: مَنْ قال: لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ مِئَةَ مَرَّةٍ فِي كلِّ يَومٍ؛ لمْ يُصِبْهُ فقْرٌ أَبداً.

Daripada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ  sebanyak 100 kali pada setiap hari, maka dia tidak akan ditimpa kefakiran selamanya.”

Riwayat Ibnu Abi al-Dunya dengan sanad yang daif.

قَالَ مَكْحُولٌ: " فَمَنْ قَالَ لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ وَلاَ مَنْجَى مِنَ اللهِ إِلاَّ إِلَيْهِ، كَشَفَ عَنْهُ سَبْعِينَ بَابًا مِنَ الضُّرِّ أَدْنَاهُنَّ الفَقْرُ."

 Makhul (seorang tabi’in) berkata:

“Sesiapa yang mengucapkan:

لاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ وَلاَ مَنْجَى مِنَ اللهِ إِلاَّ إِلَيْهِ

Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah dan tiada tempat berlindung daripada (kemurkaan) Allah melainkan (dengan berharap) kepada (rahmat) Allah…

…maka dia akan dipelihara daripada 70 jenis keburukan dan yang paling ringan sekali adalah kefakiran.

Riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam al-Musannaf (30447).

Amalan Ketiga: Membaca Surah al-Waqi’ah Pada Setiap Malam

عَنِ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

"مَنْ قَرَأَ سُورَةَ الْوَاقِعَةِ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ لَمْ تُصِبْهُ فَاقَةٌ أَبَدًا."

قَالَ: "وَقَدْ أَمَرْتُ بَنَاتِي أَنْ يَقْرَأْنَهَا كُلَّ لَيْلَةٍ."

Daripada Ibnu Mas’ud, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang membaca surah al-Waqi’ah pada setiap malam maka dia tidak akan ditimpa kefakiran untuk selama-lamanya.”

Ibnu Mas’ud berkata:

“Aku telah menyuruh anak perempuanku untuk membacanya pada setiap malam.”

Riwayat Ibnu al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah (no. 680) dengan sanad yang daif.

Amalan Keempat: Membaca Surah Yasin Pada Waktu Pagi

عَنْ عَطَاءِ بْنِ أَبِي رَبَاحٍ، قَالَ: بَلَغَنِي أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

"مَنْ قَرَأَ يس فِي صَدْرِ النَّهَارِ، قُضِيَتْ حَوَائِجُهُ."

Daripada ‘Atha’ bin Abi Rabah, beliau berkata: Telah sampai kepadaku (khabar) bahawa Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang membaca Yasin pada permulaan siang maka akan ditunaikan hajatnya.”

Riwayat al-Darimi (no. 3461) dengan sanad yang daif.

Amalan Kelima: Membaca Doa Bebas Hutang

Doa Pertama

عَنْ عَلِيٍّ أَنَّ مُكَاتَبًا جَاءَهُ فَقَالَ: إِنِّي قَدْ عَجَزْتُ عَنْ مُكَاتَبَتِي فَأَعِنِّي، قَالَ:

"أَلاَ أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ عَلَّمَنِيهِنَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كَانَ عَلَيْكَ مِثْلُ جبلٍ دَيْناً أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْكَ، قَالَ: قُلْ: اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ."

Diriwayatkan daripada Ali bin Abi Thalib radhiallahu 'anhu:

Seorang hamba mukatab (hamba yang dapat menebus dirinya jika dia membayar sejumlah wang kepada tuannya) menemui beliau lalu berkata: “Aku tidak mampu membayar wang tebusanku. Bantulah aku.”

Ali bin Abi Thalib berkata: “Mahukah aku ajarkan kepada kamu beberapa perkataan yang telah diajarkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alahi wa sallam kepadaku. Jika engkau mempunyai hutang setinggi gunung sekalipun Allah akan membantu melunaskan hutang tersebut bagi kamu. Katakanlah:

اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ، وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Ya Allah, cukupkanlah aku dengan yang halal, tanpa perlu kepada yang haram. Kayakanlah aku dengan kurniaan-Mu, tanpa aku mengharapkan kepada selain-Mu."

Riwayat al-Termizi (no. 3563). Kata beliau: "Hadis ini hasan gharib."

Doa Kedua

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ قَالَ:

 دَخَلَ رَسُولُ اللهِ  صلى الله عليه وسلم  ذاتَ يَوْمٍ المَسْجِدَ فَإِذا هُوَ بِرَجُلٍ مِنَ الأَنْصارِ يُقالُ لَهُ: أَبُو أُمامَةَ. فَقَالَ: "يا أَبا أُمامَةَ، ما لِي أَراكَ جالِسًا فِي المَسْجِدِ فِي غَيْرِ وَقْتِ الصَّلاةِ". قَالَ: هُمُومٌ لَزِمَتْنِي وَدُيُونٌ يا رَسُولَ اللهِ. قَالَ: "أَفَلا أُعَلِّمُكَ كَلامًا إِذَا أَنْتَ قُلْتَهُ أَذْهَبَ اللهُ عز وجل هَمَّكَ وَقَضَى عَنْكَ دَيْنَكَ". قَالَ: قُلْتُ: بَلَى يا رَسُولَ اللهِ. قَالَ: "قُلْ إِذَا أَصْبَحْتَ وَإِذَا أَمْسَيْتَ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الهَمِّ والحَزَنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ العَجْزِ والكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الجُبْنِ والبُخْلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجالِ". قَالَ: فَفَعَلْتُ ذَلِكَ فَأَذْهَبَ اللهُ عز وجل هَمِّي، وَقَضَى عَنِّي دَيْنِي.

Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

"Suatu hari Rasulullah sallallahu alaihi wasallam masuk ke dalam masjid, tiba-tiba Baginda sollallahu alaihi wasallam terjumpa seorang Ansar yang bernama Abu Umamah. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bertanya: "Wahai Abu Umamah, mengapa kamu duduk di masjid di luar waktu solat?"

Abu Umamah menjawab: "Kerana kebimbangan yang melanda hatiku dan beban hutangku wahai Rasulullah".

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: "Mahukah kamu aku ajarkan kepadamu beberapa bacaan, yang apabila kamu membacanya nescaya Allah akan menghilangkan rasa gelisah dari dirimu dan melunaskan hutang-hutangmu?"

Abu Umamah berkata: "Sudah tentu, wahai Rasulullah.”

Rasulullah bersabda: "Ucapkanlah di waktu pagi dan petang:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ

Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan-Mu daripada rasa dukacita dan keluh kesah. Aku mohon perlindungan-Mu daripada lemah dan sifat malas. Aku mohon perlindungan-Mu daripada perasaan takut dan bakhil. Aku mohon perlindungan-Mu daripada beban hutang dan manusia-manusia yang menguasai diriku.”

Abu Umamah berkata: “Kemudian aku melakukan perintah tadi, maka Allah menghilangkan rasa gelisah dari diriku dan melunaskan hutang-hutangku."

Riwayat Abu Daud (no. 1555) dengan sanad yang daif.

Amalan Keenam: Membaca لا إِلهَ إِلا الله، الْمَلِكُ، الْحَقُّ، الْمُبينُ Sebanyak 100 Kali Setiap Hati

عَنْ عَلِىٍّ قَالَ: قَالَ رَسُولَ الله صلى الله عليه وسلم:

"مَن قَال في كلِّ يَوم مِائَةَ مَرَّةٍ: لا إِلهَ إِلا الله، الْمَلِكُ، الْحَقُّ، الْمُبينُ كَانَ لَهُ أَمَانًا مِنَ الْفَقرِ، وَأُنسًا مِن وَحشَةِ الْقَبرِ، وَاستَجلَبَ الْغِنَى، وَاستَقرَعَ بِهَا بَابَ الْجَنَّةِ."

Daripada Ali, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang membaca:

لا إِلهَ إِلا الله، الْمَلِكُ، الْحَقُّ، الْمُبينُ

Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Berkuasa lagi Maha Benar lagi Maha Menjelaskan (segala sesuatu menurut hakikat yang sebenarnya)…

…pada setiap hari sebanyak 100 kali, maka dia akan aman dari kefakiran, rasa tenteram dari ketakutan dalam kubur, mendatangkan kekayaan dan dia dapat mengetuk pintu syurga dengan berkat kalimah ini”.

Riwayat Abu Nu’aim dalam Hilyah al-Auliya’ (8/280), al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad (14/322) dan al-Rafi’e dalam Tarikh Qazwin (4/65) dengan sanad yang daif. Dalam sanadnya ada perawi al-Fadl bin Ghanim, dia adalah daif.

Amalan Ketujuh: Membanyakkan Istighfar

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

"مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا، وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا، وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ."

Daripada Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

"Sesiapa yang sentiasa melazimkan beristighfar, nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar dari setiap kesempitan dan juga kelepasan dari setiap kesusahan, serta memberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga-duga”.

Riwayat Abu Daud (no. 1518) dan Ibnu Majah (no. 3819) dengan sanad yang daif.

Amalan Kelapan: Bersedekah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

"ما مِن يَومٍ يُصْبِحُ العِبادُ فِيهِ، إلَّا مَلَكانِ يَنْزِلانِ، فيَقولُ أحَدُهُما: اللَّهُمَّ أعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا، ويقولُ الآخَرُ: اللَّهُمَّ أعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا."

Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Tidak ada hari yang dilalui oleh seorang hamba (manusia) itu melainkan akan turun dua orang malaikat. Salah satunya berdoa: Ya Allah berikanlah kepada orang yang bersedekah itu ganti (sedekahnya). Seorang malaikat lagi berkata: Ya Allah, berikanlah kepada orang yang menahan sedekahnya itu kemusnahan.”

Riwayat al-Bukhari (no. 1442) dan Muslim (no. 1010) daripada hadis Abu Hurairah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:

"ما نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِن مالٍ."

Daripada Abu Hurairah, daripada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

“Tidak berkurang harta dengan bersedekah (bahkan akan bertambah keberkatan hartanya yang ada).”

Riwayat Muslim (no. 2588) dan al-Tirmizi (no. 2029) daripada hadis Abu Hurairah.

Amalan Kesembilan: Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa dan Menyambung Silaturahim

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

"مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُمَدَّ لَهُ فِي عُمْرِهِ، وَأَنْ يُزَادَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، فَلْيَبَرَّ وَالِدَيْهِ، وَلْيَصِلْ رَحِمَهُ."

Daripada Anas bin Malik, beliau berkata: Rasulullah sallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang ingin untuk dipanjangkan umurnya dan ditambah rezekinya maka berbuat baiklah terhadap ibu bapa dan sambunglah silaturrahim.”

Riwayat Ahmad (no. 13401). Sanadnya sahih menurut al-Hafiz al-Busiri dalam kitab Ithaf al-Khiyarah al-Maharah.

Amalan Kesembilan: Membanyakkan Selawat Ke Atas Nabi

عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ، قَالَ: قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللهِ، أَرَأَيْتَ إِنْ جَعَلْتُ صَلَاتِي كُلَّهَا عَلَيْكَ؟ قَالَ: "إِذَنْ يَكْفِيَكَ اللهُ مَا أَهَمَّكَ مِنْ دُنْيَاكَ وَآخِرَتِكَ."

Diriwayatkan daripada Ubai bin Ka’ab bahawa beliau berkata:

“Ada seorang lelaki bertanya: Wahai Rasulullah, apa pendapat tuan kalau saya gantikan seluruh masa yang saya gunakan untuk berdoa dengan berselawat ke atas tuan?

Baginda bersabda: Sekiranya begitu nescaya Allah akan memenuhi keperluan dunia dan akhiratmu.”

Riwayat Ahmad (no. 21242). Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam kitab Fath al-Bari mengatakan sanadnya hasan.

Amalan Kesepuluh: Membanyakkan Zikir سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ

 عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَمْرٍو، أن رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

"إِنَّ نَبِيَّ اللهِ نُوحًا صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا حَضَرَتْهُ الْوَفَاةُ قَالَ لِابْنِهِ:

إِنِّي قَاصٌّ عَلَيْكَ الْوَصِيَّةَ: آمُرُكَ بِاثْنَتَيْنِ..... آمُرُكَ بِلَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ..... وَسُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، فَإِنَّهَا صَلَاةُ كُلِّ شَيْءٍ، وَبِهَا يُرْزَقُ الْخَلْقُ..."

Daripada Abdullah bin ‘Amru, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Apabila nabi Allah, Nuh sallahu ‘alaihi wasallam hampir wafat beliau berkata kepada anaknya: Aku akan menyampaikan kepada kamu wasiat: Aku perintahkan kepadamu dua perkara….aku perintahkan kamu untuk membaca لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ (Tiada Tuhan selain Allah)….dan سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ kerana ia adalah doa semua makhluk dan dengan sebabnya mereka diberi rezeki…”

Riwayat Ahmad (no. 6583). Al-Hafiz Ibnu Kathir dalam al-Bidayah Wa al-Nihayah mengatakan sanadnya sahih.

Amalan Kesebelas: Membaca حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ، عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ Sebanyak 7 Kali Pada Waktu Pagi dan Petang

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ:

"مَنْ قَالَ إِذَا أَصْبَحَ وَإِذَا أَمْسَى، حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ، عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ، سَبْعَ مَرَّاتٍ، كَفَاهُ اللَّهُ مَا أَهَمَّهُ صادِقًا كانَ بِها أَوْ كاذِبًا."

Daripada Abu al-Darda’ radiallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Sesiapa yang mengucapkan di waktu pagi dan petang:

حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ، عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Cukuplah Allah bagiku, tiada Tuhan selain Dia, aku bertawakal kepadanya dan Dialah tuhan ‘Arasy yang agung…

…sebanyak 7 kali maka Allah akan mencukupkan keperluannya, sama ada dia benar-benar meyakini ucapan tersebut ataupun tidak.

Riwayat Abu Daud (no. 5081).

Amalan Kedua Belas: Bertakwa Kepada Allah

عَنْ أَبِي ذَرٍّ؛ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

"إِنِّي لَأَعْرِفُ كَلِمَةً لَوْ أَخَذَ النَّاسُ كُلُّهُمْ بِهَا، لَكَفَتْهُمْ" قَالُوا: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَيَّةُ آيَةٍ؟ قَالَ: وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا."

Daripada Abu Zar, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya aku akan mengajarkan satu kalimah. Kalaulah manusia kesemuannya mengamalkannya nescaya akan mencukupilah bagi mereka (keperluan dunia dan akhirat mereka).”

Para sahabat bertanya:

“Wahai Rasulullah kalimah apakah itu?”

Baginda menjawab:

وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا

“Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan menjadikan baginya jalan keluar (daripada kesusahan dunia dan akhirat).”  (Surah al-Thalaq: Ayat 2)

Riwayat Ibnu Majah (no. 4220) dengan sanad yang daif.

Keterangan:

Maksud takwa adalah takutkan Allah dengan melaksanakan apa yang diperintahkanNya dan meninggalkan apa yang dilarang.

Amalan Ketiga Belas: Melaksanakan Solat dan Menyuruh Ahli Keluarga Untuk Turut Melaksanakannya

عَنْ رَجُلٍ مِنْ قُرَيْشٍ قَالَ:

"كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ عَلَيْهِ بَعْضُ الضِّيقِ فِي الرِّزْقِ أَمَرَ أَهْلَهُ بِالصَّلَاةِ، ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الْآيَةَ: وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَ."

Diriwayatkan daripada seorang lelaki daripada bangsa Quraisy bahawa beliau berkata:

“Apabila Nabi sallahu ‘alaihi wasallam ditimpa kesempitan rezekinya maka baginda akan menyuruh ahli keluarganya untuk menunaikan solat. Kemudian baginda akan membaca ayat ini:

وَأْمُرْ أَهْلَكَ بِالصَّلَاةِ وَاصْطَبِرْ عَلَيْهَ

Dan perintahkanlah ahli keluargamu untuk mendirikan solat dan sabar dalam melaksanankannya.” (Surah Taha: Ayat 132)

Riwayat Abdul Razzaq al-San’ani dalam al-Musannaf (no. 4744).

Amalan Keempat Belas: Bertawakal Kepada Allah Setelah Berusaha

عَنْ عُمَرَ بْنِ الخَطَّابِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

"لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا."

“Sekiranya kamu semua benar-benar bertawakkal kepada Allah, maka Allah akan memberikan kamu rezeki sebagaimana burung mendapatkan rezeki. Burung tersebut keluar pada pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali pada petang harinya dalam keadaan kenyang.”

Riwayat al-Tirmizi (no. 2344) dan Ibnu Majah (no. 4146). Kata al-Tirmizi: “Hadis ini hasan sahih.”

Firman Allah Ta’ala:

وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُ

“Sesiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.” (Surah al-Thalaq: Ayat 3)

Keterangan:

1 - Tawakal hendaklah didahului dengan melakukan pelbagai usaha yang dapat membawa kepada hasil yang diingini. Hal ini kerana burung juga memperolehi rezeki disebabkan oleh usahanya yang keluar daripada sarangnya untuk mencari makanan di waktu pagi.

2 – Setelah berusaha maka bertawakallah kepada Allah dengan menyerahkan semua urusan kepada Allah serta meletakkan keyakinan hati bahawa Allahlah yang yang memberi kebaikan dan rezeki. Kukuhkan juga keimanan bahawa tidak ada yang memberi, menghalang, memudaratkan dan memberikan manfaat melainkan Allah.

Amalan Kelima Belas: Menjauhi Dosa dan Maksiat

عَنْ ثَوْبَانَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

"إِنَّ الرَّجُلَ لَيُحْرَمُ الرِّزْقَ للخَطِيئَة يَعْمَلُهَا."

Daripada Thauban, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya seseorang itu terhalang daripada mendapat rezeki disebabkan oleh dosa yang dilakukannya.”

Riwayat Ibnu Majah (no. 90). Hadis ini dihasankan oleh al-Hafiz al-‘Iraqi sebagaimana yang dinukilkan oleh muridnya, al-Hafiz al-Busiri dalam kitab Misbah al-Zujajah.

Isnin, 8 Ogos 2022

Amalan Pelindung Diri


Saya kumpulkan di sini beberapa buah amalan pelindung diri daripada gangguan syaitan, jin, haiwan berbisa dan sebarang bentuk perkara yang mudarat dan bahaya yang saya ambil daripada hadis-hadis Nabi
sallahu ‘alaihi wasallam.

Pembaca boleh memilih untuk mengamalkan kesemua amalan ini (ini yang terbaik) atau memilih beberapa buah amalan yang mudah untuk diamalkan. Urutan amalan ini disusun secara rawak sahaja dan pembaca boleh beramal walaupun berlainan dengan urutan yang saya letakkan di sini.

Amalan Pertama: Mengingati Allah Ketika Masuk Rumah dan Hendak Makan

عن جابِرٍ، رضي اللَّه عنه قال: سَمِعتُ رسولَ اللَّه يقولُ:

"إِذا دَخَلَ الرَّجُل بيْتَهُ، فَذَكَرَ اللَّه عِنْد دُخُولهِ وعِنْدَ طَعامِهِ، قَالَ الشَّيْطانُ لأَصحَابِهِ: لاَ مبيتَ لَكُمْ وَلاَ عشَاءَ، وَإِذَا دخَل، فَلَم يَذكُر اللَّه تَعَالى عِنْد دخُولِهِ، قَالَ الشَّيْطَانُ: أَدْركتمُ المَبِيتَ، وإِذا لَم يَذْكُرِ اللَّه تعَالى عِنْد طَعامِهِ قَالَ: أَدْركْتُمُ المبيتَ وَالعَشاءَ."

Daripada Jabir, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah bersabda:

“Apabila seseorang hendak masuk ke dalam rumahnya, hendaklah dia mengingati Allah semasa dia memasuki rumahnya dan semasa dia hendak makan. Maka syaitan akan berkata kepada kawan-kawannya: Tidak ada tempat tinggal untuk kamu semua. Tidak ada makanan lagi untuk kamu semua.

Tetapi jika dia masuk ke dalam rumahnya dan dia tidak mengingati Allah semasa memasukinya, maka syaitan akan berkata: Kamu semua dapat tempat tinggal. Sekiranya dia tidak mengingati Allah ketika dia hendak makan maka syaitan akan berkata: Kamu semua dapat tempat tinggal dan makanan.”

Riwayat Muslim (no. 2018).

Keterangan:

Cara untuk mengingati Allah ketika masuk ke dalam rumah dan semasa hendak makan adalah dengan menyebut بِسْمِ اللَّهِ (Dengan nama Allah).

Amalan Kedua: Membaca Doa Ketika Keluar Dari Rumah

عنْ أنسٍ قَالَ: قالَ: رسولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم:

"مَنْ قَالَ -يعنِي إِذَا خَرَج مِنْ بيْتِهِ -: بِسْم اللَّهِ توكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، وَلا حوْلَ وَلا قُوةَ إلاَّ بِاللَّهِ، يقالُ لهُ هُديتَ وَكُفِيت ووُقِيتَ، وتنحَّى عَنْهُ الشَّيْطَانُ."

Daripada Anas, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang membaca ketika dia keluar daripada rumahnya:

بِسْمِ اللَّهِ، تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، وَلَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلاَّ بِاللَّهِ.

Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada Allah dan tidak ada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah.

Maka malaikat akan berkata kepadanya: Kamu telah mendapat petunjuk, keperluanmu sudah dicukupi dan kamu telah diberikan perlindungan. Maka syaitan pun lari daripada orang itu."

Riwayat Abu Daud (no. 5095) dan al-Tirmizi (no. 3422). Kata al-Tirmizi: “Hadis hasan.”

Amalan Ketiga: Membaca لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Sebanyak 10 Kali Selepas Solat Subuh dan Maghrib

عَنْ أَبِي ذَرٍّ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

"مَنْ قَالَ فِي دُبُرِ صَلاَةِ الفَجْرِ وَهُوَ ثَانٍ رِجْلَيْهِ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ، كُتِبَتْ لَهُ عَشْرُ حَسَنَاتٍ، وَمُحِيَ عَنْهُ عَشْرُ سَيِّئَاتٍ، وَرُفِعَ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ، وَكَانَ يَوْمَهُ ذَلِكَ كُلَّهُ فِي حِرْزٍ مِنْ كُلِّ مَكْرُوهٍ، وَحُرِسَ مِنَ الشَّيْطَانِ، وَلَمْ يَنْبَغِ لِذَنْبٍ أَنْ يُدْرِكَهُ فِي ذَلِكَ اليَوْمِ إِلاَّ الشِّرْكَ بِاللَّهِ."

Daripada Abu Zar, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan selepas solat Subuh dalam keadaan masih berlipat kedua kakinya (duduk tahiyat akhir) dan masih belum bercakap-cakap:

لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيت،ُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya segala kerajaan dan segala pujian. Dialah yang menghidupkan dan mematikan, dan Dialah yang Yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu…

…sebanyak 10 kali, maka dituliskan baginya 10 pahala, dihapuskan daripadanya 10 dosa dan diangkat baginya 10 darjat. Pada hari tersebut dia akan dilindungi daripada perkara yang dibencinya dan dipelihara daripada syaitan. Tidak ada dosa yang membinasakannya dan membatalkan amalannya pada hari tersebut kecuali (jika dia) syirik kepada Allah.”

Riwayat al-Tirmizi (no. 3474) dan kata beliau: “Hadis ini hasan sahih gharib.”

 عَنْ عُمَارَةَ بْنِ شَبِيبٍ السَّبَئِيِّ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

"مَنْ قَالَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ عَشْرَ مَرَّاتٍ عَلَى إِثْرِ الْمَغْرِبِ بَعَثَ اللَّهُ لَهُ مَسْلَحَةً يَحْفَظُونَهُ مِنَ الشَّيْطَانِ حَتَّى يُصْبِحَ، وَكَتَبَ اللَّهُ لَهُ بِهَا عَشْرَ حَسَنَاتٍ مُوجِبَاتٍ، وَمَحَا عَنْهُ عَشْرَ سَيِّئَاتٍ مُوبِقَاتٍ، وَكَانَتْ لَهُ بِعَدْلِ عَشْرِ رِقَابٍ مُؤْمِنَاتٍ."

Daripada Umarah bin Syabib al-Saba’ie, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan:

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Tiada Tuhan melainkan Allah, yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya semua kerajaan dan segala kepujian, Dia menghidupkan dan mematikan, dan Dia berkuasa di atas segala sesuatu…

…sebanyak 10 kali sesudah sembahyang Maghrib, maka Allah Ta'ala akan mengutus penjaga yang menjaganya daripada syaitan sehinggalah waktu subuh, dan Allah akan menuliskan baginya 10 pahala yang menjaminkan (baginya syurga), dan dihapuskan baginya 10 dosa yang membinasakan, dan diberikan pahala seolah-olah dia memerdekakan 10 orang hamba yang beriman.”

Riwayat al-Tirmizi (no. 3534) dan beliau berkata: “Hadis ini gharib.”

Amalan Keempat: Membaca أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ Selepas Subuh dan Asar

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

"مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ: أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ، أُجِيرَ مِنَ الشَّيْطَانِ حَتَّى يُمْسِيَ."

Daripada Anas bin Malik radiallahu ‘anhu, daripada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

“Sesiapa yang membaca pada waktu pagi:

أَعُوذُ بِاللَّهِ السَّمِيعِ الْعَلِيمِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui daripada syaitan yang direjam…

dia akan dilindungi daripada syaitan sehingga waktu petang.”

Riwayat Ibnu al-Sunni dalam Amal al-Yaum Wa al-Lailah (no. 49) dengan sanad yang daif.

Keterangan:

Walaupun dalam hadis menyebutkan bahawa sesiapa yang membaca ucapan tersebut pada waktu pagi maka dia akan dilindungi sehingga waktu petang, dapat difahami daripada hadis tersebut juga bahawa sesiapa yang membacanya pada waktu petang maka dia akan dilindungi sehingga waktu subuh.

Amalan Kelima: Membaca أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ، وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيمِ، وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيمِ، مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ:

"كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ: أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ، وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيمِ، وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيمِ، مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ. قَالَ: فَإِذَا قَالَ ذَلِكَ، قَالَ الشَّيْطَانُ: حُفِظَ سَائِرَ الْيَوْمِ."

Daripada Abdullah bin Amru bin al-‘As radiallahu ‘anhuma, beliau berkata:

“Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam apabila masuk ke masjid baginda akan membaca:

أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ، وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيمِ، وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيمِ، مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ

Aku berlindung dengan Allah yang Maha Agung dan dengan zatNya yang Maha Mulia serta kekuasaanNya yang Qadim (yang tiada permulaan) daripada syaitan yang direjam.

Baginda bersabda: Apabila seseorang itu membaca seperti itu maka syaitan akan berkata: Dia dipelihara sepanjang hari ini.”

Riwayat Abu Daud (no. 466). Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkar berkata: “Hadis hasan.”

Amalan Keenam: Membaca بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيم Sebanyak 3 kali Selepas Waktu Subuh dan Asar

عنْ عُثْمَانَ بْنِ عَفَانَ رضيَ اللَّه عنهُ قالَ: قالَ رَسولُ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم:

"مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُولُ فِي صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ وَمَسَاءِ كُلِّ لَيْلَةٍ: بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ، إِلاَّ لَمْ يَضُرَّهُ شَيْءٌ."

Daripada Uthman bin ‘Affan radiallahu ‘anhu, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Tidaklah seorang hamba (manusia) membaca pada waktu pagi dan petang:

 بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيم

Dengan nama Allah yang tidak ada mudarat bagi sesiapa yang menyebut namaNya, sama ada di bumi atau pun di langit. Sesungguhnya dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui…

…sebanyak 3 kali, maka dia tidak akan dibahayakan oleh sesuatu apa pun.”

Riwayat Abu Daud (no. 3388), al-Tirmizi (no. 5088) dan Ibnu Majah (no. 3869). Al-Tirmizi berkata: “Hadis ini hasan sahih.”

Amalan Ketujuh: Membaca أَعُوذُ بِكَلِمات اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

عن خَولَة بنتِ حكيمٍ رَضي اللَّهُ عنها قالتْ: سمعْتُ رَسُولَ اللَّه صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم يقولُ:

"مَنْ نَزلَ مَنزِلاً ثُمَّ قَالَ: أَعُوذُ بِكَلِمات اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ، لَمْ يضرَّه شَيْءٌ حتَّى يرْتَحِل مِنْ منزِلِهِ ذلكَ."

Daripada Khaulah binti Hakim radiallahu ‘anha, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang tinggal di suatu tempat lalu dia mengucapkan:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk ciptaanNya…

…maka dia tidak akan dimudaratkan oleh sesuatu pun sehinggalah dia meninggalkan tempat tersebut.”

Riwayat Muslim (no. 2708).

عنْ أَبي هريرة رضي اللَّه عنهُ قَالَ:

"جاءَ رجُلٌ إِلى النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم، فَقَالَ: يَا رسُول اللَّهِ مَا لَقِيتُ مِنْ عَقْربٍ لَدغَتني البارِحةَ، قَالَ: أَما لَو قُلتَ حِينَ أمْسيت: أعُوذُ بِكَلماتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ منْ شَرِّ مَا خَلَقَ لَمْ تَضُرَّك."

Daripada Abu Hurairah radiallahu ‘anhu, beliau berkata:

“Seorang lelaki datang bertemu Nabi sallahu ‘alaihi wasallam lalu dia berkata: Wahai Rasulullah, malam tadi saya disengat kala jengking.

Rasulullah lalu bersabda: Apabila waktu petang, bacalah:

أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada kejahatan makhluk ciptaanNya…

…maka kamu tidak akan dimudaratkan oleh sesuatu pun.”

Riwayat Muslim (no. 2709).

Amalan Kelapan: Membaca 3 Qul Sebanyak 7 Kali Selepas Solat Jumaat

عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ قَرَأَ بَعْدَ صَلَاةِ الْجُمُعَةِ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، وَقُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ سَبْعَ مَرَّاتٍ؛ أَجَارَهُ اللَّهُ بِهَامِنَ السُّوءِ إِلَى الْجُمُعَةِ الْأُخْرَى.

“Sesiapa yang membaca selepas solat Jumaat Qul Huwallahu Ahad, Qul A’uzu Bi Rabbil Falaq dan Qul A’uzu Bi Rabbin Nas sebanyak tujuh kali, Allah akan melindunginya daripada segala keburukan sehingga Jumaat yang seterusnya.”

Hadis riwayat Ibnu Sunni dalam ‘Amal al-Yaum wa al-Lailah (no. 375). Kata Ibnu Hajar al-Asqalani: “Sanadnya da’if dan bagi hadis ini syahid (penguat) daripada hadis mursal Makhul yang dikeluarkan oleh Sa’id bin Mansur dalam Sunannya.” 

Amalan Kesembilan: Membaca لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Sebanyak 100 Kali Dalam Sehari

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:

"مَنْ قَالَ: لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ، كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ، وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ، وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنَ الشَّيْطَانِ، يَوْمَهُ ذَلِكَ، حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ أَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ."

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang mengucapkan لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِير pada setiap hari sebnyak 100 kali, baginya pahala membebaskan 10 orang hamba. Dituliskan baginya 100 pahala dan dihapuskan daripadanya 100 dosa. Baginya perlindungan daripada syaitan pada hari tersebut sehingga waktu petang dan tidak ada orang lain yang melakukan amalan yang lebih baik daripada dia melainkan orang itu mengucapkannya lebih daripada itu.”

Riwayat al-Bukhari (no. 3293 & 6403) dan Muslim (no. 2691).

Amalan Kesepuluh: Membaca سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ، مَا شَاءَ اللهُ كَانَ، وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ، أَعْلَمُ أَنَّ اللهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ، وَأَنَّ اللهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا Selepas Subuh dan Asar

عَنْ بَعْضِ بَنَاتِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُعَلِّمُهَا فَيَقُولُ:

"قُولِي حِينَ تُصْبِحِينَ: سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ مَا شَاءَ اللَّهُ كَانَ وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا فَإِنَّهُ مَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ حُفِظَ حَتَّى يُمْسِيَ وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُمْسِي حُفِظَ حَتَّى يصبح."

Daripada sebahagian anak perempuan Nabi sallahu’alaihi wasallam, baginda mengajarkannya, sabda baginda:

“Katakanlah di waktu pagi:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ، وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ، مَا شَاءَ اللَّهُ كَان،َ وَمَا لَمْ يَشَأْ لَمْ يَكُنْ، أَعْلَمُ أَنَّ اللَّهَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ وَأَنَّ اللَّهَ قَدْ أَحَاطَ بِكُلِّ شَيْءٍ عِلْمًا

Maha Suci Allah dan segala kepujian bagiNya, tidak ada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah, apa yang dikehendaki oleh Allah pasti berlaku, apa yang dia tidak kehendaki pasti tidak akan berlaku. Aku mengetahui bahawa sesungguhnya Allah itu maha berkuasa atas setiap sesuatu dan sesungguhnya ilmuNya meliputi segala perkara…

…sesiapa yang mengucapkannya pada waktu pagi akan dipelihara sehingga waktu petang dan sesiapa yang mengucapkannya di waktu petang akan dipelihara sehingga waktu subuh.”

Riwayat Abu Daud (no. 5075) dengan sanad yang daif.

Amalan Kesebelas: Membaca بِسْمِ اللَّهِ عَلَى نَفْسِي وَأَهْلِي وَمَالِي Pada Waktu Pagi

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: أَنَّ رَجُلًا شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ يُصِيبُهُ الْآفَاتُ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

"قُلْ إِذَا أَصْبَحْتَ: بِسْمِ اللَّهِ عَلَى نَفْسِي وَأَهْلِي وَمَالِي، فَإِنَّهُ لَا يَذْهَبُ لَكَ شَيْءٌ."

فَقَالَهُنَّ الرَّجُلُ؛ فَذَهَبَتْ عَنْهُ الْآفَاتُ.

Daripada Ibnu ‘Abbas radiallahu ‘anhuma, beliau berkata:

“Seorang lelaki mengadu kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bahawa dia ditimpa berbagai-bagai musibah. Lalu baginda bersabda kepadanya: Ucapkanlah di waktu pagi:

بِسْمِ اللَّهِ عَلَى نَفْسِي وَأَهْلِي وَمَالِي

Dengan (keberkatan) nama Allah untuk diriku, ahli keluargaku dan hartaku…

….nescaya tidak ada musibah yang akan menimpa kamu lagi.  Lelaki tersebut mengucapkannya lalu hilanglah semua musibah yang menimpanya.”

Riwayat Ibnu al-Sunni dalam ‘Amal al-Yaum Wa al-Lailah (no. 51). Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkar mengatakan sanadnya daif.

Amalan Kedua Belas: Melaungkan Azan Apabila Diganggu Oleh Syaitan

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

"فَإِذَا تَغَوَّلَتْ لَكُمُ الْغِيلَانُ فَنَادُوا بِالْأَذَانِ."

Daripada Jabir bin Abdillah, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Apabila jin dan syaitan menampakkan dirinya kepada kamu maka laungkanlah azan.”

Riwayat al-Nasa’ie dalam al-Sunan al-Kubra (no. 10275) dengan sanad yang daif.

عن سُهيل بن أبي صالح أنه قال:

أَرْسَلَنِي أَبِي إِلَى بَنِي حَارِثَةَ، قَالَ: وَمَعِي غُلَامٌ لَنَا - أَوْ صَاحِبٌ لَنَا - فَنَادَاهُ مُنَادٍ مِنْ حَائِطٍ بِاسْمِهِ قَالَ: وَأَشْرَفَ الَّذِي مَعِي عَلَى الْحَائِطِ فَلَمْ يَرَ شَيْئًا، فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِأَبِي فَقَالَ: لَوْ شَعَرْتُ أَنَّكَ تَلْقَ هَذَا لَمْ أُرْسِلْكَ، وَلَكِنْ إِذَا سَمِعْتَ صَوْتًا فَنَادِ بِالصَّلَاةِ فَإِنِّي سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يُحَدِّثُ عَنْ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ: إِنَّ الشَّيْطَانَ إِذَا نُودِيَ بِالصَّلَاةِ وَلَّى.

Daripada Suhail bin Abi Soleh, beliau berkata:

“Bapaku mengutusku kepada Bani Harithah dan bersamaku ada seorang hamba atau sahabatku. Dalam perjalanan, tiba-tiba nama hamba itu dipanggil dari arah sebuah kebun. Dia masuk ke dalam kebun tetapi dia tidak melihat sesiapa pun.

Apabila pulang aku menceritakan perkara tersebut kepada bapaku. Bapaku berkata: Kalaulah aku tahu bahawa engkau akan mengalami perkara ini nescaya aku tidak akan mengutusmu. Lain kali jika engkau mendengar suara (tetapi tidak melihat orangnya) maka laungkanlah azan kerana aku mendengar Abu Hurairah meriwayatkan daripada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Sesungghnya syaitan itu akan melarikan diri apabila dilaungkan azan.”

Riwayat Muslim (no. 389).

Amalan Ketiga Belas: Membaca أَعُوذُ بِاللهِ مِنْكَ dan أَلْعَنُكَ بِلَعْنَةِ اللهِ Sebanyak 3 Kali Apabila Diganggu Oleh Syaitan

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ، قَالَ:

"قَامَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَسَمِعْنَاهُ يَقُولُ: أَعُوذُ بِاللهِ مِنْكَ. ثُمَّ قَالَ: أَلْعَنُكَ بِلَعْنَةِ اللهِ ثَلَاثًا، وَبَسَطَ يَدَهُ كَأَنَّهُ يَتَنَاوَلُ شَيْئًا، فَلَمَّا فَرَغَ مِنَ الصَّلَاةِ قُلْنَا: يَا رَسُولَ اللهِ قَدْ سَمِعْنَاكَ تَقُولُ فِي الصَّلَاةِ شَيْئًا لَمْ نَسْمَعْكَ تَقُولُهُ قَبْلَ ذَلِكَ، وَرَأَيْنَاكَ بَسَطْتَ يَدَكَ، قَالَ: إِنَّ عَدُوَّ اللهِ إِبْلِيسَ، جَاءَ بِشِهَابٍ مِنْ نَارٍ لِيَجْعَلَهُ فِي وَجْهِي، فَقُلْتُ: أَعُوذُ بِاللهِ مِنْكَ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ قُلْتُ: أَلْعَنُكَ بِلَعْنَةِ اللهِ التَّامَّةِ، فَلَمْ يَسْتَأْخِرْ، ثَلَاثَ مَرَّاتٍ، ثُمَّ أَرَدْتُ أَخْذَهُ، وَاللهِ لَوْلَا دَعْوَةُ أَخِينَا سُلَيْمَانَ لَأَصْبَحَ مُوثَقًا يَلْعَبُ بِهِ وِلْدَانُ أَهْلِ الْمَدِينَةِ."

Daripada Abu al-Darda’, beliau berkata:

“Pada suatu hari, Rasulullah bangun untuk mendirikan solat. Lalu kami mendengar baginda mengucapkan:

أَعُوذُ بِاللهِ مِنْكَ

Aku berlindung dengan Allah daripadamu.

Kemudian baginda mengucapkan:

أَلْعَنُكَ بِلَعْنَةِ اللهِ

Aku melaknatmu dengan laknat Allah (diulang sebanyak 3 kali).

Kemudian beliau menghulurkan tangannya kepada sesuatu seolah-olah beliau ingin mengambil sesuatu.

Apabila baginda selesai solat, kami pun berkata kepadanya: Wahai Rasulullah, kami mendengar engkau mengucapkan sesuatu di dalam yang kami belum pernah dengar engkau mengatakan seperti itu, kemudian kami melihat engkau telah menghulurkan tanganmu.

Beliau lalu menjawab: Sesungguhnya musuh Allah Iblis telah datang kepadaku membawa obor api hendak mencucurkannya ke wajahku. Lalu aku mengucapkan: أَعُوذُ بِاللهِ مِنْكَ sebanyak tiga kali. Kemudian aku ucapkan pula:  أَلْعَنُكَ بِلَعْنَةِ اللهِ التَّامَّةِ sebanyak 3 kali tetapi dia tidak berundur. Aku pun cuba hendak menangkapnya. Demi Allah, kalaulah tidak kerana adanya doa saudaraku Sulaiman tentulah ia sudah terikat di sini untuk dipermain-mainkannya anak-anak penduduk Madinah.”

Riwayat Muslim (no. 542).

Keterangan:

Doa Nabi Sulaiman yang dimaksudkan ialah sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran (Surah Sad, ayat 35):

رب اغفر لي وهب لي ملكا لا ينبغي لأحد من بعدي إنك أنت الوهاب.

“Tuhanku! Ampunilah aku, dan kurniakanlah aku suatu kerajaan yang tiada diberikan lagi kepada sesiapa pun sesudahku.”

Ini menunjukkan bahwa keistimewaan untuk menguasai jin dan syaitan itu hanya khusus bagi Nabi Sulaiman alaihi al-salam saja. Oleh sebab itu Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam tidak mahu menangkapnya dan mengikatnya, kerana baginda teringat akan doa Nabi Sulaiman alaihi al-salam itu. Baginda meninggalkan menangkap Iblis itu kerana merendah diri atau beradab terhadap kehendak Nabi Sulaiman alaihi al-salam.

Amalan Keempat Belas: Membaca Surah al-Baqarah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:

"لَا تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ، إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِي تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ."

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Jangan jadikan rumah kamu seperti kuburan (yang sunyi daripada zikir dan amal ibadat). Sesungguhnya syaitan melarikan diri daripada rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.”

Riwayat Muslim (no. 780).

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ:

"اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فِي بُيُوتِكُمْ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ لَا يَدْخُلُ بَيْتًا يُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ."

Daripada Abdullah bin Mas’ud, beliau berkata:

“Bacalah surah al-Baqarah dalam rumah-rumah kamu. Sesungguhnya syaitan tidak akan masuk rumah yang dibacakan di dalamnya surah al-Baqarah.”

Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak (no. 2062) dan beliau berkata: “Hadis ini sanadnya sahih menepati syarat al-Syaikhain (al-Bukhari dan Muslim).”

Amalan Kelima Belas: Membaca 10 Ayat Daripada Surah al-Baqarah Pada Waktu Malam

عَنْ الشَّعْبِيِّ، قَالَ: قَالَ عَبْدُ اللَّهِ:

"مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ، لَمْ يَدْخُلْ ذَلِكَ الْبَيْتَ شَيْطَانٌ تِلْكَ اللَّيْلَةَ حَتَّى يُصْبِحَ: أَرْبَعًا مِنْ أَوَّلِهَا، وَآيَةُ الْكُرْسِيِّ، وَآيَتَينِ بَعْدَهَا، وَثَلَاثٌ خَوَاتِيمُهَا."

Daripada al-Sya’bi, beliau berkata: Abdullah bin Mas’ud berkata:

“Sesiapa yang membaca 10 ayat daripada surah al-Baqarah pada waktu malam, maka syaitan tidak akan memasuki rumahnya pada malam itu sehinggalah waktu subuh: 4 ayat pertamanya (ayat 1 sehingga 4), Ayat Kursi (ayat ke-255), dua ayat selepasnya (ayat 256 dan 257) dan tiga ayat penghujungnya (ayat 284 sehingga 287).”

Riwayat al-Darimi (no. 3425) dengan sanad yang daif.

Amalan Keenam Belas: Membaca Ayat Kursi Sebelum Tidur

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ:

"وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ، فَأَتَانِي آتٍ فَجَعَلَ يَحْثُو مِنَ الطَّعَامِ فَأَخَذْتُهُ، وَقُلْتُ: وَاللَّهِ لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: إِنِّي مُحْتَاجٌ، وَعَلَيَّ عِيَالٌ وَلِي حَاجَةٌ شَدِيدَةٌ، قَالَ: فَخَلَّيْتُ عَنْهُ، فَأَصْبَحْتُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا أَبَا هُرَيْرَةَ، مَا فَعَلَ أَسِيرُكَ البَارِحَةَ، قَالَ: قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، شَكَا حَاجَةً شَدِيدَةً، وَعِيَالًا، فَرَحِمْتُهُ، فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ، قَالَ: أَمَا إِنَّهُ قَدْ كَذَبَكَ، وَسَيَعُودُ، فَعَرَفْتُ أَنَّهُ سَيَعُودُ، لِقَوْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّهُ سَيَعُودُ، فَرَصَدْتُهُ، فَجَاءَ يَحْثُو مِنَ الطَّعَامِ، فَأَخَذْتُهُ، فَقُلْتُ: لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: دَعْنِي فَإِنِّي مُحْتَاجٌ وَعَلَيَّ عِيَالٌ، لاَ أَعُودُ، فَرَحِمْتُهُ، فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ، فَأَصْبَحْتُ، فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَا أَبَا هُرَيْرَةَ، مَا فَعَلَ أَسِيرُكَ، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ شَكَا حَاجَةً شَدِيدَةً، وَعِيَالًا، فَرَحِمْتُهُ، فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ، قَالَ: أَمَا إِنَّهُ قَدْ كَذَبَكَ وَسَيَعُودُ، فَرَصَدْتُهُ الثَّالِثَةَ، فَجَاءَ يَحْثُو مِنَ الطَّعَامِ، فَأَخَذْتُهُ، فَقُلْتُ: لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ، وَهَذَا آخِرُ ثَلاَثِ مَرَّاتٍ، أَنَّكَ تَزْعُمُ لاَ تَعُودُ، ثُمَّ تَعُودُ قَالَ: دَعْنِي أُعَلِّمْكَ كَلِمَاتٍ يَنْفَعُكَ اللَّهُ بِهَا، قُلْتُ: مَا هُوَ؟ قَالَ: إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ، فَاقْرَأْ آيَةَ الكُرْسِيِّ: {اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ}، حَتَّى تَخْتِمَ الآيَةَ، فَإِنَّكَ لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنَ اللَّهِ حَافِظٌ، وَلاَ يَقْرَبَنَّكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ، فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ، فَأَصْبَحْتُ فَقَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا فَعَلَ أَسِيرُكَ البَارِحَةَ، قُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، زَعَمَ أَنَّهُ يُعَلِّمُنِي كَلِمَاتٍ يَنْفَعُنِي اللَّهُ بِهَا، فَخَلَّيْتُ سَبِيلَهُ، قَالَ: مَا هِيَ، قُلْتُ: قَالَ لِي: إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الكُرْسِيِّ مِنْ أَوَّلِهَا حَتَّى تَخْتِمَ الآيَةَ: {اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ}، وَقَالَ لِي: لَنْ يَزَالَ عَلَيْكَ مِنَ اللَّهِ حَافِظٌ، وَلاَ يَقْرَبَكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ - وَكَانُوا أَحْرَصَ شَيْءٍ عَلَى الخَيْرِ - فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: أَمَا إِنَّهُ قَدْ صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ، تَعْلَمُ مَنْ تُخَاطِبُ مُنْذُ ثَلاَثِ لَيَالٍ يَا أَبَا هُرَيْرَةَ، قَالَ: لاَ، قَالَ: ذَاكَ شَيْطَانٌ."

Abu Hurairah radiallahu ‘anhu berkata:

Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam menugaskan aku untuk menjaga zakat Ramadhan (zakat fitrah). Kemudian datang seseorang kepadaku lalu dia mencuri makanan (zakat fitrah) tersebut dan orang itu dapat aku tangkap. Lalu aku berkata kepadanya: Aku akan laporkan engkau kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam."

Dia berkata: "Saya perlu kepadanya kerana saya mempunyai keluarga dan saya sangat-sangat berkehendak terhadapnya."

Abu Hurairah berkata: “Lalu aku lepaskan sahaja orang itu."

Esok pagi Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bertanya: "Wahai Abu Hurairah, apa yang engkau lakukan terhadap tawanan engkau malam tadi?"

Aku menjawab: "Wahai Rasulullah, dia mengatakan sangat perlu kepadanya kerana dia mempunyai keluarga. Maka saya merasa kasihan lalu saya lepaskan sahaja dia."

Baginda bersabda: "Sebenarnya dia berdusta kepada engkau dan dia akan kembali."

Abu Hurairah berkata:  “Saya yakin bahawa dia akan kembali kerana telah diberitahu oleh Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam. Lalu saya intip dan memang orang itu datang lagi  untuk mencuri makanan tersebut.”

Aku berkata kepadanya: “Aku akan laporkan engkau kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam."

Dia menjawab: "Lepaskan saya kerana saya sangat perlu kepadanya dan mempunyai keluarga. Saya tidak akan ulangi lagi selepas ini.”

Abu Hurairah berkata: “Aku pun merasa kasihan kepadanya lalu aku lepaskan sahaja orang itu."  

Esok pagi Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bertanya: "Wahai Abu Hurairah, apa yang engkau lakukan terhadap tawanan engkau malam tadi?"

Aku menjawab: "Wahai Rasulullah, dia mengatakan sangat perlu kepadanya kerana dia mempunyai keluarga. Maka saya merasa kasihan lalu saya lepaskan sahaja dia."

Baginda bersabda: "Sebenarnya dia berdusta kepada engkau dan dia akan kembali."

Abu Hurairah berkata: “Lalu saya intip dia untuk kali ketiga dan memang orang itu datang lagi  untuk mencuri makanan tersebut. Aku tangkap dia lalu aku berkata: Aku akan laporkan engkau kepada Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam. Ini adalah kali ketiga dan yang terakhir. Engkau mengatakan tidak akan kembali, tetapi ternyata engkau kembali juga."

Dia berkata: "Lepaskanlah aku. Aku akan ajarkan kepada engkau beberapa kalimah yang Allah akan beri manfaat kepada engkau dengan sebabnya."

Aku berkata: "Apakah kalimah itu?"

Dia menjawab: "Apabila engkau hendak tidur, bacalah Ayat Kursi. Maka engkau sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan syaitan tidak akan menghampiri engkau sampai pagi."

Abu Hurairah berkata: “Lalu aku lepaskan orang itu."  

Esok paginya Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bertanya: "Wahai Abu Hurairah, apa yang engkau lakukan terhadap tawanan engkau malam tadi?"

Aku menjawab: "Wahai Rasulullah, dia ajarkan kepada aku kalimah-kalimah yang Allah akan beri manfaat kepadaku dengan sebabnya. Lalu aku lepaskan dia."

Baginda bertanya: "Apakah kalimah itu?"

Aku menjawab: "Dia mengatakan kepadaku: Apabila engkau hendak tidur, bacalah Ayat Kursi dari awal sampai akhir. Dia berkata lagi kepadaku: Engkau akan sentiasa dalam pemeliharaan Allah dan syaitan tidak akan mendekati engkau sampai pagi."

Baginda bersabda: "Memang benar apa yang dia katakan kepada engkau walaupun dia itu sebenarnya pendusta. Tahukah engkau dengan siapa engkau bercakap selama tiga malam itu, wahai Abu Hurairah?"

 Aku menjawab: "Tidak!"

Sabda baginda: "Itulah syaitan!"

Riwayat al-Bukhari (no. 2311, 3275 & 5010).

Amalan Ketujuh Belas: Membaca Ayat Kursi Pada Waktu Pagi Dan Petang

عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ، أَنَّهُ كَانَ لَهُ جُرْنٌ مِنْ تَمْرٍ، فَكَانَ يَنْقُصُ، فَحَرَسَهُ ذَاتَ لَيْلَةٍ، فَإِذَا هُوَ بِدَابَّةٍ شِبْهِ الْغُلَامِ الْمُحْتَلِمِ، فَسَلَّمَ عَلَيْهِ، فَرَدَّ عَلَيْهِ السَّلَامَ، فَقَالَ: مَا أَنْتَ، جِنِّيٌّ أَمْ إِنْسِيٌّ؟ قَالَ: لَا بَلْ جِنِّيٌّ. قَالَ: فَنَاوِلْنِي يَدَكَ. فَنَاوَلَهُ يَدَهُ، فَإِذَا يَدُهُ يَدُ كَلْبٍ، وَشَعْرُهُ شَعْرُ كَلْبٍ، قَالَ: هَكَذَا خَلْقُ الْجِنِّ، قَالَ: قَدْ عَلِمَتِ الْجِنُّ أَنَّ مَا فِيهِمْ رَجُلٌ أَشَدُّ مِنِّي، قَالَ: فَمَا جَاءَ بِكَ؟ قَالَ: بَلَغَنَا أَنَّكَ تُحِبُّ الصَّدَقَةَ، فَجِئْنَا نُصِيبُ مِنْ طَعَامِكَ. قَالَ: فَمَا يُنْجِينَا مِنْكُمْ؟ قَالَ: هَذِهِ الْآيَةُ الَّتِي فِي سُورَةِ الْبَقَرَةِ: {اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ} مَنْ قَالَهَا حِينَ يُمْسِي أُجِيرَ مِنَّا حَتَّى يُصْبِحَ، وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ أُجِيرَ مِنَّا حَتَّى يُمْسِيَ، فَلَمَّا أَصْبَحَ أَتَى رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ: صَدَقَ الْخَبِيثُ.

Diriwayatkan daripada Ubai ibn Ka’ab, bahawa beliau mempunyai bekas simpanan kurma. Suatu hari beliau mendapati kurma tersebut berkurangan.

Pada waktu malam beliau mengawasi bekas kurma tersebut. Tiba-tiba datang seekor binatang sebesar kanak-kanak yang baru baligh. Ubai memberi salam kepadanya lalu dia menjawab salamnya.

Ubai berkata kepadanya: “Apakah engkau jin atau manusia?”

Dia menjawab: “Aku adalah jin.”

Ubai berkata: “Tunjukkan tanganmu.”

Dia menghulurkan tangannya. Tangannya seperti tangan anjing dan bulunya seperti bulu anjing.

Ubai berkata: “Begini rupanya bentuk jin.”

Jin itu berkata: “Sesungguhnya jin-jin mengetahui bahawa tidak ada di kalangan mereka yang lebih kuat daripada aku.”

Ubai berkata: “Mengapa engkau datang ke sini?”

Jin itu berkata: “Telah sampai berita kepada kami bahawa engkau suka bersedekah. Maka aku ingin mendapat sebahagian daripada makanan yang engkau hendak sedekahkan itu.”

Lalu Ubai bin Ka’ab bertanya: “Apa yang dapat menyelamatkan kami daripadamu?”

Jin itu menjawab: “Ayat ini yang terdapat dalam surah al-Baqarah: اللهُ لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ. Sesiapa yang membacanya pada waktu petang akan selamat daripada kami sehingga waktu subuh. Sesiapa yang membacanya pada waktu subuh akan selamat daripada kami sehingga waktu petang.”

Ubai berkata: “Apabila tiba waktu pagi, aku datang bertemu dengan Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam dan menceritakan apa yang berlaku.”

Baginda bersabda: “Benar kata si jahat itu.”

Riwayat al-Thabarani dalam Mu’jam al-Kabir (no. 541) dan al-Hakim dalam al-Mustadrak (no. 2064). Kata al-Hakim: “Hadis ini sahih sanadnya.” Kata al-Munziri dalam al-Targhib Wa al-Tarhib: “Sanadnya baik (jayyid).”

Amalan Kelapan Belas: Membaca Ayat Kursi Selepas Solat Fardu

عَن الْحسن بن عَليّ قَالَ: قَالَ رَسُول الله صلى الله عَلَيْهِ وَسلم:

"من قَرَأَ آيَة الْكُرْسِيّ فِي دبر الصَّلَاة الْمَكْتُوبَة كَانَ فِي ذمَّة الله إِلَى الصَّلَاة الْأُخْرَى."

Daripada al-Hasan bin Ali, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang membaca Ayat Kursi setelah solat fardu, maka dia dalam pelindungan Allah sehinggalah solat seterusnya.”

Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir (no. 2733) dan Kitab al-Du’a (no. 674). Hadis ini dinilai berstatus hasan oleh al-Munziri dalam al-Targhib Wa al-Tarhib, al-Haithami dalam Majma’ al-Zawaid dan al-Suyuti dalam al-Durr al-Manthur.

عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

"مَنْ قَرَأَ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ آيَةَ الْكُرْسِيِّ حُفِظَ إِلَى الصَّلَاةِ الْأُخْرَى، وَلَا يُحَافِظُ عَلَيْهَا إِلَّا نَبِيٌّ، أَوْ صِدِّيقٌ، أَوْ شَهِيدٌ."

Daripada Anas, beliau berkata Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang membaca Ayat Kursi selepas solat fardu, maka dia akan dilindungi sehingga solat seterusnya. Tidak ada yang mampu untuk istiqamah melaksanakannya melainkan para nabi atau siddiq (orang yang bersifat benar) atau syahid.”

Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’ab al-Iman (no. 2175). Kata al-Baihaqi: “Sanadnya daif.” 

Amalan Kesembilan Belas: Membaca 2 Ayat Terakhir Surah al-Baqarah

عن أَبي مسعودٍ البدْرِيِّ رضيَ اللَّه عنهُ عن النبيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ:

"مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ البَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ."

Daripada Abu Mas’ud al-Badri radhiallahu ‘anhu, dariada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

“Sesiapa yang membaca dua ayat terakhir daripada surah al-Baqarah pada waktu malam nescaya sudah mencukupilah dua ayat  tersebut baginya.”

Riwayat al-Bukhari (no. 5009) dan Muslim (no. 808).

Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkar berkata:

“Ulama berbeza pendapat tentang maksud ‘sudah mencukupilah dua ayat  tersebut baginya”. Dikatakan maksudnya: Mencukupilah dua ayat  tersebut (menjadi pelindung) baginya daripada terkena bencana pada malamnya. Dikatakan juga maksudnya: Mencukupilah dua ayat  tersebut (menjadi ganti) baginya daripada bangun tahajjud pada malamnya. Boleh jadi juga ia boleh diertikan dengan kedua-dua maksud tersebut.”

عَنِ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:

"إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ كِتَابًا قَبْلَ أَنْ يَخْلُقَ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ بِأَلْفَيْ عَامٍ، أَنْزَلَ مِنْهُ آيَتَيْنِ خَتَمَ بِهِمَا سُورَةَ الْبَقَرَةِ، وَلاَ يُقْرَآنِ فِي دَارٍ ثَلاَثَ لَيَالٍ فَيَقْرَبُهَا شَيْطَانٌ."

Daripada al-Nu’man bin Basyir, daripada Nabi sallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menulis al-Quran (di Luh Mahfuz) sejak 2000 tahun sebelum mencipta langit dan bumi dan Allah menurunkan dua ayat daripadanya untuk menjadi penutup kepada surah al-Baqarah.  Syaitan tidak akan mendekati rumah yang dibaca dua ayat tersebut selama tiga malam.”

Riwayat Ahmad (no. 18414) dan al-Tirmizi (no. 2882). Kata al-Tirmizi: “Hadis ini hasan gharib.” Hadis ini disahihkan oleh Ibnu Hibban dan al-Hakim.

Amalan Kedua Puluh: Membaca Surah Ghafir (Ayat 1-3) dan Ayat Kursi Pada Waktu Pagi Dan Petang

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ:

"مَنْ قَرَأَ حم الْمُؤْمِنَ إِلَى {إِلَيْهِ الْمَصِيرُ} وَآيَةَ الكُرْسِيِّ حِينَ يُصْبِحُ حُفِظَ بِهِمَا حَتَّى يُمْسِيَ، وَمَنْ قَرَأَهُمَا حِينَ يُمْسِي حُفِظَ بِهِمَا حَتَّى يُصْبِحَ."

Daripada Abu Hurairah, beliau berkata: Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

“Sesiapa yang membaca حم الْمُؤْمِنَ sehingga إِلَيْهِ الْمَصِيرُ (yakni ayat 1 hingga 3 daripada surah Ghafir) dan Ayat Kursi pada waktu pagi maka dia akan dipelihara sehingga waktu petang. Sesiapa yang membacanya pada waktu petang maka dia akan dipelihara sehingga waktu subuh.”

Riwayat al-Tirmizi (no. 2879). Imam al-Nawawi dalam al-Azkar mendaifkan sanadnya.

Amalan Kedua Puluh Satu: Membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq Dan Surah al-Nas Sebanyak 3 Kali Selepas Subuh dan Asar

عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ خُبَيْبٍ، قَالَ:

"خَرَجْنَا فِي لَيْلَةٍ مَطِيرَةٍ وَظُلْمَةٍ شَدِيدَةٍ نَطْلُبُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي لَنَا، قَالَ: فَأَدْرَكْتُهُ، فَقَالَ: قُلْ فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا، ثُمَّ قَالَ: قُلْ، فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا، قَالَ: قُلْ، فَقُلْتُ، مَا أَقُولُ؟ قَالَ: قُلْ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، وَالمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِي وَتُصْبِحُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ."

Daripada Abdullah bin Khubaib, beliau berkata:

“Kami keluar pada malam yang gelap-gelita dan langit sedang menurunkan hujan. Kami ingin mencari Nabi sallahu ‘alaihi wasallam dan menjemputnya supaya bersembahyang bersama-sama kami.

Akhirnya kami menemui beliau, lalu beliau berkata: Bacalah. Tetapi aku tidak membaca apa pun. Beliau berkata lagi: Bacalah. Namun aku tetap tidak membaca apa pun. Beliau berkata lagi Bacalah. Lalu aku bertanya: Apa yang perlu aku baca? Baginda menjawab:

Bacalah قُلْ: قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ (Surah al-Ikhlas) dan al-Mu’awwizatain (Surah al-Falaq dan Surah al-Nas)  pada  waktu pagi dan petang sebanyak tiga kali, maka ia akan menjagamu daripada segala keburukan.”

Riwayat Abu Daud (no. 5082), al-Tirmizi (no. 3575) dan al-Nasa’I (no. 7809). Imam al-Nawawi dalam kitab al-Azkar mengatakan sanadnya sahih.

Amalan Kedua Puluh Dua: Sentiasa Membaca Surah al-Falaq Dan al-Nas

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ:

"كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَعَوَّذُ مِنَ الجَانِّ وَعَيْنِ الإِنْسَانِ حَتَّى نَزَلَتِ الْمُعَوِّذَتَانِ فَلَمَّا نَزَلَتَا أَخَذَ بِهِمَا وَتَرَكَ مَا سِوَاهُمَا."

Daripada Abu Sa’id, beliau berkata:

“Rasululah selalu memohon perlindungan (kepada Allah) daripada jin dan penyakit ‘ain daripada manusia sehinggalah diturunkan al-Mu’awwizatan (surah al-Falaq dan al-Nas). Apabila turun dua surah ini baginda sentiasa membacanya dan meninggalkan (ruqyah) yang lain.”

Riwayat al-Tirmizi (no. 2058) dan al-Nasa’ie (no. 5494). Kata al-Tirmizi: “Hadis ini hasan gharib.”

Amalan Kedua Puluh Tiga: Membaca Doa Yang Diajarkan Jibril Kepada Rasulullah

عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ أَنَّهُ قَالَ:

" أُسْرِيَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَأَى  عِفْرِيتًا مِنَ الْجِنِّ يَطْلُبُهُ بِشُعْلَةٍ مِنْ نَارٍ، كُلَّمَا الْتَفَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَآهُ، فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ: أَفَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ تَقُولُهُنَّ، إِذَا قُلْتَهُنَّ طَفِئَتْ شُعْلَتُهُ، وَخَرَّ لِفِيهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: بَلَى، فَقَالَ جِبْرِيلُ فَقُلْ: أَعُوذُ بِوَجْهِ اللَّهِ الْكَرِيمِ، وَبِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ اللَّاتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ، مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ، وَشَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا، وَشَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ، وَشَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا، وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَمِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ

Diriwayatkan daripada Yahya bin Sa’id, beliau berkata:

“Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam dibawa berjalan pada malam Israk lalu baginda melihat seekor jin Ifrit yang mengikuti baginda dengan membawa obor api. Setiap kali baginda menoleh maka baginda akan melihatnya.

Jibril berkata kepada baginda: Mahukah kamu aku ajarkan suatu kalimat untuk kamu menyebutkannya. Apabila kamu menyebutkannya maka akan padamlah obornya dan tersungkurlah jin Ifrit itu.

Rasulullah sallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Ya, sudah tentu.

Jibril berkata: Ucapkanlah:

أَعُوذُ بِوَجْهِ اللَّهِ الْكَرِيمِ، وَبِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ اللَّاتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ، مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ، وَشَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا، وَشَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ، وَشَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا، وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، وَمِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ

Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Mulia dan dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna, yang tidak ada orang yang baik dan tidak pula orang yang jahat dapat menandinginya, dari kejahatan apa saja yang turun dari langit dan dari kejahatan apa saja yang naik ke langit, dari kejahatan apa saja yang masuk ke dalam bumi dan dari kejahatan apa saja yang keluar dari bumi,dari fitnah-fitnah di waktu malam hari dan di waktu siang hari, dari peristiwa buruk yang datang di malam hari dan siang hari, melainkan peristiwa yang datang dengan kebaikan, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang.”

Riwayat Imam Malik dalam al-Muwatta’ (no. 1742, cetakan: Miknaz).