Sabtu, 20 Julai 2013

Syeikh Dr Sa’id Fudah




Kelahiran

Keluarga Syeikh Sa’id Abdul Latif Fudah berasal kampung Bait Dajan, Yafa, Palestin. Keluarganya berpindah ke Jordan selepas pendudukan Israel di Palestin. Syeikh Sa’id Abdul latif Fudah dilahirkan di bandar al-Karamah, Jordan pada tahun 1967M.

Pendidikan

Keluarga Syeikh Sa’id Fudah tinggal di bandar Amman, Jordan dalam tempoh yang lama. Kemudian, keluarga beliau berpindah ke bandar al-Rasifah, Jordan dan menetap di sana. Di bandar al-Rasifah inilah beliau memulakan pendidikan di peringkat rendah dan menengah.

Beliay mula mempelajari ilmu-ilmu syar’ie ketika usia beliau belum mencapai 11 tahun. Beliau belajar dengan Syeikh Husain al-Zuhairi beberapa buah matan dalam fiqh mazhab al-Syafi’e. Beliau juga telah mempelajari al-Quran, ilmu bahasa Arab dan ilmu-ilmu yang lain di bawah bimbingan Syeikh Husain al-Zuhairi.

Syeikh Husain al-Zuhairi

Kemudian, Syeikh Husain al-Zuhairi meminta agar beliau belajar pula dengan Syeikh Sa’id al-‘Anabtawi di bandar al-Rasifah. Ketika itu umur beliau belum mencapai 15 tahun. 

Di bawah bimbingan Syeikh Sa’id al-‘Anabtawi, beliau mempelajari ilmu qiraat mengikut riwayat Imam Hafs dan Warsy dan turut menghafal matan Jauharah at-Tauhid dan matan al-Kharidah al-Bahiyyah (kedua-dua matan tersebut adalah matan akidah yang utama dalam Ahli Sunnah wal Jama’ah).

Syeikh Sa'id al-'Anabtawi

Beliau seterusnya menuntut ilmu dengan Syeikh Ahmad al-Jammal. Beliau membaca kepadanya tiga per empat bahagian daripada kitab al-Ikhtiyar li al-Musolli dalam fiqh mazhab Hanafi. 

Syeikh Ahmad al-Jammal

Di samping itu beliau juga belajar dengan bekas mufti Jordan, Dr Nuh al-Qudhah dan menghadiri syarahan beliau ke atas kitab al-Minhaj karya Imam al-Nawawi.

Syeikh Nuh al-Qudhah

Antara ulama lain yang  Syeikh Sa’id Abdul Latif Fudah sempat belajar ialah Prof Dr Ibrahim Khalifah yang mengijazahkan kepada beliau beberapa jenis ilmu seperti ilmu tafsir, hadith, tauhid, usul fiqh, mantiq dan balaghah.


Prof Dr Ibrahim Khalifah

Beliau seterusnya menuntut ilmu di Universiti Sains dan Teknologi dalam bidang kejuruteraan elektrik (pengkhususan komunikasi dan elektronik) di bandar Irbid, Jordan dan berkerja dengan sebuah syarikat di Oman. 

Setelah itu, beliau bertukar bidang ke bidang agama dan menuntut di Universiti Jordan sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Akidah lalu menyambung Ijazah Kedoktoran dari Universiti al-Ulum al-Islamiyyah Oman cawangan 'Amman. 

Tajuk disertasi Ijazah Sarjana beliau ialah "Ibnu Rusyd dan pandangan-pandangan falsafahnya" dan manakala tajuk disertasi kedoktoran beliau ialah "Dalil-dalil aqli (logik) atas wujudnya Allah antara ahli kalam dan ahli falsafah : kajian perbandingan".

Beliau mula mengajar di masjid-masjid ketika masih berusia 17 tahun dan mula mengarang dan mentahqiq kitab. Beliau turut menyampaikan  pelbagai ceramah yang disampaikan di Jordan, Malaysia, Mesir, Syria dan Belanda dan mempunyai hubungan baik dengan ramai ulama dan pendakwah di negara-negara Islam. Beliau juga sentiasa menyelia laman forumnya yang bertajuk Muntada al-Aslein.

Guru-Guru

1. Syeikh Abdul Hadi al-Kharsah



2. Syeikh Adib al-Khallas






3. Syeikh Dr Ali Juma'ah



4. Syeikh Wahbi Sulaiman al-Ghauji. Beliau telah menyuruh Syeikh Sa'id Fudah menulis kitab yang mempertahankan Ahli Sunnah wal Jama'ah dan Imam Fakhruddin ar-Razi.




5. Syeikh Abdul Qadir al-'Aani




6. Syeikh Dr Umar Abdullah Kamil





Penulisan

Lebih daripada 80 buah kitab telah dikarang oleh beliau dan kebanyakannya dalam bidang akidah, mantiq dan penolakkan terhadap ahli falsafah, Wahabi, Syiah dan fahaman yang menyalahi Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Disebutkan di sini sebahagian karangan beliau:

1. Al-Kasyif al-Saghirah ‘An ‘Aqaid Ibn Taimiyyah




2. Al-Kasyif al-Saghirah ‘An Mawaqi' al-Ghalath Fi Kutub al-Failasuf Ibn Rusyd


3. Tad’im al-Mantiq




4. Al-Muyassar Fi Syarh al-Sullam al-Munawraq.



5. Buhuth Fi ‘Ilm al-Kalam


6. Tahzib Syarh al-Sanusiyyah




7. Maqalat Naqdiyyah Fi al-Hadathah Wa al-‘Ilmaniyyah



8. Mauqif al-Imam al-Ghazali Min ‘Ilm al-Kalam


9. Syarah al-‘Iqtisad Fi al-'I'tiqad karya Imam al-Ghazali (belum diterbitkan)

10. Syarh Sughra al-Sughra karya Imam al-Sanusi




11. Mukhtasar Syarh al-Kharidah al-Bahiyyah

12. Tahqiq kitab Mishab al-Arwah fi ‘Ilm Usul al-Din karya Imam al-Baidhawi




13. Naqd al-Risalah al-Tadamuriyyah





14. Ta’liqat ‘Ala al-Mahsul Fi ‘Ilm al-Usul

15. Al-Syarah al-Kabir ‘Ala al-Aqidah al-Tahawiyyah





17. Al-Farq al-‘Azim Baina al-Tanzih Wa al-Tajsim




18. Hashiyyah 'Ala al-Khamsun Fi Usul al-Din karangan Imam Fakhruddin al-Razi


 19. Hashiyyah 'Ala Mukhtasar Syarah al-Kharidah al-Bahiyyah



20. Al-Adillah al-'Aqliyyah 'Ala Wujud Allah Baina al-Mutakallimin Wa al-Falasifah



Antara video beliau yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu :









Khamis, 18 Julai 2013

Syeikh Prof Dr Ahmad Umar Hasyim

Syeikh Prof Dr Ahmad Umar Hasyim merupakan professor dalam bidang Hadis dan Ulum al-Hadis di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau juga merupakan ahli Majma’ al-Buhuth al-Islamiyyah (Akademi Penyelidikan Islam) dan bekas ahli parlimen Mesir. Beliau dilahirkan pada 6 Februari 1941 di kampung Bani Amir, Zaqaziq, Mesir.  

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda pada tahun 1967. Beliau kemudian telah dilantik sebagai pensyarah  Fakulti Hadith, Kuliah Usuluddin. Beliau seterusnya menerima Ijazah Sarjana dalam bidang Hadis dan Ulum al-Hadis pada tahun 1969, dan Ijazah Doktor Falsafah pada tahun 1983 dalam pengkhususan yang sama.

Setelah itu beliau dilantik sebagai Professor Hadis dan Ulum Hadis pada tahun 1983. Beliau juga pernah dilantik sebagai Dekan Fakulti Usuluddin di Universiti al-Azhar cawangan Zagazig pada tahun 1987. Seterusnya pada tahun 1995, beliau berkhidmat sebagai presiden Universiti Al-Azhar.

Antara jawatan beliau:

1 - Ahli Parlimen Mesir. Beliau telah dilantik oleh bekas presiden Mesir Hosni Mubarak.

2 - Anggota Biro Politik Parti Demokratik Kebangsaan.

3 - Ahli Majlis Syura.

4 - Ahli Lembaga Pemegang Amanah Radio dan Televisyen.

 5 - Pengerusi program keagamaan di televisyen Mesir.

Antara karangan beliau:

1 - Al-Islam Wa Bina’ al-Syakhsiyyah

2 - Min Haddyi al-Sunnah al-Nabawiyyah

3 - Al-Syafa'ah Fi Dhau' al-Kitab wa al-Sunnah wa al-Rad ‘Ala Munkariha.

4 - Al-Taddamun Fi Muwajahah al-Tahdiyyat.

5 - Al-Islam Wa al-Syabab.

6 - Qasas al-Sunnah.

7 - Al-Quran Wa Lailah al-Qadr.

8 - Faidh al-Bari Fi Syarh Sahih al-Bukhari.

9 - Mabahith Fi al-Hadith al-Syarif.

10 - Al-Muhaddithun Fi al-Misr Wa al-Azhar.

11 - Qawa'id Usul al-Hadith.

12 - Manhaj al-Difa' 'An al-Hadith al-Nabawi.



 

Rabu, 17 Julai 2013

Syeikh Dr Mustafa al-Bugha - Pengarang kitab Fiqh al-Manhaji




Syeikh Dr Mustafa al-Bugha merupakan seorang faqih mazhab asy-Syafie dan ulama hadith di  Syiria.

Kelahiran

Syeikh Dr Mustafa al-Bugha dilahirkan pada tahun 1938M di al-Maidan, Damsyik, Syiria.



Menuntut ilmu

Pada peringkat pemulaan, Syeikh Dr Mustafa al-Bugha menuntut di Ma’had al-Taujih al-Islami - diasaskan oleh Syeikh Hasan al-Habannakah – sehingga tahun 1959M. Kemudian beliau memasuki Kuliah Syariah di Universiti Damsyik dan menuntut di sana selama empat tahun sehinggalah berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda (B.A) pada tahun 1963M. Kemudian beliau menyambung pengajian beliau di peringkat Sarjana (M.A) dan Kedoktoran (PhD) di Universiti al-Azhar pada tahun 1974M. Tajuk tesis PhD beliau ialah Athar al-Adillah al-Mukhtalif fiha fi al-Fiqh al-Islami (Kesan dalil-dalil yang diperselisihkan dalan perundangan Islam).



Guru beliau

1. Syeikh Hasan al-Habannakah

2. Syeikh Khairo Yassin. Syeikh Dr Mustafa al-Bugha membaca dan menghafal al-Quran di bawah bimbingan beliau ketika di peringkat menengah.

3. Syeikh Hussein Khattab. Bekas syeikh qurra’ di Damsyik.

4. Syeikh Muhammad Kurayyim Rajih. Syeikh qurra’ di Syiria sekarang.

5. Syeikh Mustafa al-Siba’ie

6. Syeikh Muhammad al-Mubarrak

7. Syeikh Mazin al-Mubarrak

8. Syeikh Muhammad Amin al-Misri

9. Syeikh Umar al-Hakim

10. Syeikh Wahbi Sulaiman al-Ghauji al-Albani

11. Syeikh al-Qadhi Muhammad al-Shama’

12. Syeikh Muhammad al-Muntasir al-Kattani

13. Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

14. Syeikh Muhammad Sa’id al-Khin

15. Syeikh Ahmad Fahmi Abu Sunnah



Kegiatan dakwah

1. Di masjid

a. Pernah menjadi khatib di masjid al-Ghawwas, kemudian di masjid Zainal ‘Abidin di Damsyik.

b. Mengadakan pengajian fiqh, hadith, tafsir al-Quran dan lain-lain di beberapa buah masjid di Damsyik.



2. Di sekolah dan universiti

a. Tenaga pengajar mata pelajar pendidikan Islam di peringkat menengah di wilayah al-Hasakah selama dua tahun, kemudian di wilayah al-Suwaidah juga selama dua tahun.

b. Pensyarah di Kuliah Syariah di Universiti Damsyik dari tahun 1978M sehingga tahun 2000M.

c. Menjadi pensyarah jemputan di Universiti Qatar selama lima tahun(2000M-2005M).

d. Pensyarah di Kuliah Syariah di Univertiti al-Yarmouk, Jordan selama setahun(2006M).

e. Pensyarah di Universiti al-Ulum al-Islamiyyah al-‘Alamiyyah, Jordan sejak tahun 2008 sehingga sekarang.



3. Persidangan antarabangsa

Syeikh Dr Mustafa al-Bugha banyak menghadiri persidangan antarabangsa, antaranya :

a. Persidangan di Mekah apabila pencerobohan Iraq ke atas Kuwait.

b. Persidangan Perpaduan Islam di Iran.

c. Persidangan Warisan Islam di Aden, Yaman.



Bidang penulisan

1. Al-Tahzib Fi Adilah Matan al-Ghayah Wa al-Taqrib.



2. Usul al-Fiqh : Dirasah ‘Ammah.

3. Al-Jawanib al-Tarbawiyyah Fi ‘Ilm Usul al-Fiqh.

4. Madhamin Tarbawiyyah Fi Fiqh al-Islami.

5. Fiqh al-Manhaji Fi al-Fiqh al-Syafi’e. Ditulis bersama Syeikh Dr Mustafa al-Khin dan Syeikh Dr ali al-Syarbaji.


 6. Al-Wadih Fi ‘Ulum al-Quran. Ditulis bersama Syeikh Muhyiddin Misto.



7. Al-Da’awa Wa al-Bayinnat Wa al-Qanun Fi al-Wadha’. Ditulis bersama Syeikh Abdul Karim al-Kurshi.

8. Tashil al-Masalik Fi Bi Syarah Wa Tahzib ‘Umdah al-Salik Wa ‘Umdah al-Nasik.


 9. Al-Hadiyyah al-Mardiyyah Syarah Wa Adillah al-Muqaddimah al-Hadramiyyah.



10. Al-Tuhfatul al-Radiyyah Fi Fiqh Saddah al-Malikiyyah (syarah matan al-‘Ashmawiyyah).

11. Nizam al-Islam.

12. Fiqh al-Mu’aridat.

13. Buhuth Fi ‘Ulum al-Hadith Wa Nususuhu.

14. Buhuth Fi al-Fiqh al-Maqarin.

15. Nuzhatul al-Muttaqin Fi Syarh Riyadh al-Salihin. Ditulis bersama Syeikh Dr Mustafa al-khin, Syeikh Muhyiddin Misto, Syeikh Dr Ali al-Syarbaji dan Syeikh Muhammad Amin Latifi.


 16. Al-Wafi Fi Syarh al-Arbain an-Nawawiyyah.



17. Tanwir al-Masalik Bi Syarh Wa Adillah ‘Umdah al-Salik.





Dalam Bidang Tahqiq:

1. Matan al-Rahabiyyah Fi ‘Ilm al-Faraid.

2. Mufhamat al-Iqran Fi Mubhamat al-Quran karangan Imam al-Sayuti.

3. Al-Itqan Fi ‘Ulum al-Quran karya Imam al-Sayuti.

4. Asbab al-Nuzul karya al-Wahidi al-Naisaburi.

5. Sahih al-Bukhari (tahqiq dan ta’liq).

6. Sahih Muslim Bi Syarh al-Nawawi.

7. Mukhtasar Sahih al-Bukhari karya al-Zabidi.

8.  Mukhtasar Sahih Muslim karya al-Munziri.

9. Mukhtasar Sunan Abu Daud.

10. Mukhtasar Sunan at-Termizi.

11. Mukhtasar Sunan an-Nasaie.

12. Mukhtasar Sunan Ibnu Majah.

13. Muqaddimah Ibnu Solah fi ulum al-hadith.

14. Al-Taqrib Ila Kitab al-Targhib Wa al-Tarhib karya Ibnu al-Diri al-Nasiri. Ditahqiq bersama Syeikh Muhammad ‘Asam ‘Arar.



Keluarga beliau

Syeikh Dr Mustafa al-Bugha telah berkahwin dengan empat orang isteri (salah satu dari isterinya telah beliau ceraikan) dan mempunyai lapan orang anak.