Sabtu, 20 Julai 2013

Syeikh Dr Sa’id Fudah




Kelahiran

Keluarga Syeikh Sa’id Abdul Latif Fudah berasal kampung Bait Dajan, Yafa, Palestin. Keluarganya berpindah ke Jordan selepas pendudukan Israel di Palestin. Syeikh Sa’id Abdul latif Fudah dilahirkan di bandar al-Karamah, Jordan pada tahun 1967M.

Pendidikan

Keluarga Syeikh Sa’id Fudah tinggal di bandar Amman, Jordan dalam tempoh yang lama. Kemudian, keluarga beliau berpindah ke bandar al-Rasifah, Jordan dan menetap di sana. Di bandar al-Rasifah inilah beliau memulakan pendidikan di peringkat rendah dan menengah.

Beliay mula mempelajari ilmu-ilmu syar’ie ketika usia beliau belum mencapai 11 tahun. Beliau belajar dengan Syeikh Husain al-Zuhairi beberapa buah matan dalam fiqh mazhab al-Syafi’e. Beliau juga telah mempelajari al-Quran, ilmu bahasa Arab dan ilmu-ilmu yang lain di bawah bimbingan Syeikh Husain al-Zuhairi.

Syeikh Husain al-Zuhairi

Kemudian, Syeikh Husain al-Zuhairi meminta agar beliau belajar pula dengan Syeikh Sa’id al-‘Anabtawi di bandar al-Rasifah. Ketika itu umur beliau belum mencapai 15 tahun. 

Di bawah bimbingan Syeikh Sa’id al-‘Anabtawi, beliau mempelajari ilmu qiraat mengikut riwayat Imam Hafs dan Warsy dan turut menghafal matan Jauharah at-Tauhid dan matan al-Kharidah al-Bahiyyah (kedua-dua matan tersebut adalah matan akidah yang utama dalam Ahli Sunnah wal Jama’ah).

Syeikh Sa'id al-'Anabtawi

Beliau seterusnya menuntut ilmu dengan Syeikh Ahmad al-Jammal. Beliau membaca kepadanya tiga per empat bahagian daripada kitab al-Ikhtiyar li al-Musolli dalam fiqh mazhab Hanafi. 

Syeikh Ahmad al-Jammal

Di samping itu beliau juga belajar dengan bekas mufti Jordan, Dr Nuh al-Qudhah dan menghadiri syarahan beliau ke atas kitab al-Minhaj karya Imam al-Nawawi.

Syeikh Nuh al-Qudhah

Antara ulama lain yang  Syeikh Sa’id Abdul Latif Fudah sempat belajar ialah Prof Dr Ibrahim Khalifah yang mengijazahkan kepada beliau beberapa jenis ilmu seperti ilmu tafsir, hadith, tauhid, usul fiqh, mantiq dan balaghah.


Prof Dr Ibrahim Khalifah

Beliau seterusnya menuntut ilmu di Universiti Sains dan Teknologi dalam bidang kejuruteraan elektrik (pengkhususan komunikasi dan elektronik) di bandar Irbid, Jordan dan berkerja dengan sebuah syarikat di Oman. 

Setelah itu, beliau bertukar bidang ke bidang agama dan menuntut di Universiti Jordan sehingga mendapat Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Akidah lalu menyambung Ijazah Kedoktoran dari Universiti al-Ulum al-Islamiyyah Oman cawangan 'Amman. 

Tajuk disertasi Ijazah Sarjana beliau ialah "Ibnu Rusyd dan pandangan-pandangan falsafahnya" dan manakala tajuk disertasi kedoktoran beliau ialah "Dalil-dalil aqli (logik) atas wujudnya Allah antara ahli kalam dan ahli falsafah : kajian perbandingan".

Beliau mula mengajar di masjid-masjid ketika masih berusia 17 tahun dan mula mengarang dan mentahqiq kitab. Beliau turut menyampaikan  pelbagai ceramah yang disampaikan di Jordan, Malaysia, Mesir, Syria dan Belanda dan mempunyai hubungan baik dengan ramai ulama dan pendakwah di negara-negara Islam. Beliau juga sentiasa menyelia laman forumnya yang bertajuk Muntada al-Aslein.

Guru-Guru

1. Syeikh Abdul Hadi al-Kharsah



2. Syeikh Adib al-Khallas






3. Syeikh Dr Ali Juma'ah



4. Syeikh Wahbi Sulaiman al-Ghauji. Beliau telah menyuruh Syeikh Sa'id Fudah menulis kitab yang mempertahankan Ahli Sunnah wal Jama'ah dan Imam Fakhruddin ar-Razi.




5. Syeikh Abdul Qadir al-'Aani




6. Syeikh Dr Umar Abdullah Kamil





Penulisan

Lebih daripada 80 buah kitab telah dikarang oleh beliau dan kebanyakannya dalam bidang akidah, mantiq dan penolakkan terhadap ahli falsafah, Wahabi, Syiah dan fahaman yang menyalahi Ahli Sunnah Wal Jama’ah. Disebutkan di sini sebahagian karangan beliau:

1. Al-Kasyif al-Saghirah ‘An ‘Aqaid Ibn Taimiyyah




2. Al-Kasyif al-Saghirah ‘An Mawaqi' al-Ghalath Fi Kutub al-Failasuf Ibn Rusyd


3. Tad’im al-Mantiq




4. Al-Muyassar Fi Syarh al-Sullam al-Munawraq.



5. Buhuth Fi ‘Ilm al-Kalam


6. Tahzib Syarh al-Sanusiyyah




7. Maqalat Naqdiyyah Fi al-Hadathah Wa al-‘Ilmaniyyah



8. Mauqif al-Imam al-Ghazali Min ‘Ilm al-Kalam


9. Syarah al-‘Iqtisad Fi al-'I'tiqad karya Imam al-Ghazali (belum diterbitkan)

10. Syarh Sughra al-Sughra karya Imam al-Sanusi




11. Mukhtasar Syarh al-Kharidah al-Bahiyyah

12. Tahqiq kitab Mishab al-Arwah fi ‘Ilm Usul al-Din karya Imam al-Baidhawi




13. Naqd al-Risalah al-Tadamuriyyah





14. Ta’liqat ‘Ala al-Mahsul Fi ‘Ilm al-Usul

15. Al-Syarah al-Kabir ‘Ala al-Aqidah al-Tahawiyyah





17. Al-Farq al-‘Azim Baina al-Tanzih Wa al-Tajsim




18. Hashiyyah 'Ala al-Khamsun Fi Usul al-Din karangan Imam Fakhruddin al-Razi


 19. Hashiyyah 'Ala Mukhtasar Syarah al-Kharidah al-Bahiyyah



20. Al-Adillah al-'Aqliyyah 'Ala Wujud Allah Baina al-Mutakallimin Wa al-Falasifah



Antara video beliau yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu :









Tiada ulasan:

Catat Ulasan