Khamis, 20 September 2012

Syeikh Syu'aib al-Arnauth



*Ini bukan tulisan asal saya. Saya cuma sebarkan sahaja.


Nama: Syu’aib bin Muharram bin Ali al-Arnaut 

Bapa: Berasal dari Albania dan berhijrah bersama keluarga ke Syria pada tahun 1926 kerana cintakan ilmu. 

Kelahiran: Dilahirkan pada tahun 1928

Syaikh Syu’aib al-Arnaut menghabiskan masanya lebih dari empat puluh tahun berkhidmat dengan hadith dengan menyunting semula manuskrip-manuskrip hadith dan sehingga lebih 200 jilid kitab dihasilkan. Beliau bukan sekadar menyunting tetapi turut mentakrijkan hadith-hadith dan menyatakan taraf hadith tersebut. Antara karya besar yang disunting oleh beliau ialah Siyar a’Lam al-Nubala lebih kurang 30 jilid, musnad Imam Ahmad 50 jilid, sahih Ibn Hibban Bi Sharh Ibn Libban 14 jilid dan lain-lain. Antara hasrat beliau ialah untuk menghasilkan ensklopedia hadis-hadis sahih dan hasan dan berharap generasi yang akan datang akan menghuraikan ensklopedia tersebut. Semoga Allah mempermudahkan.

Walaupun tidak mempunyai ijazah M.A apatah lagi Ph.D, pensyarah-pensyarah hadith berjumpa dengan beliau dipejabatnya. Inilah kelebihan ilmu.

Berikut merupakan temu bual yang dibuat oleh laman web Sunnah Nabawiyah.



TEMUBUAL DENGAN FADILAH AL-SYAIKH SYUAIB AL-ARNAUTT

Tuan yang mulia, melalui laman al-Sunnah al-Nabawiyah, kami ingin berjumpa dengan tuan dengan mengemukakan beberapa persoalan

Soalan 1: Kami ingin orang yang melayari laman ini berkenalan dengan riwayat hidup dari kelahiran, perkembangan, sejarah awal menuntut ilmu, guru-guru yang utama dan bahan-bahan ilmiah yang tuan guru hasilkan?

Saya dibesarkan seperti penuntut ilmu yang lain, saya dikurniakan perasaan cinta kepada ilmu di samping menceburi bidang perniagaan. Syaikh(guru) datang ke kedai kami yang terletak di Suq(Pasar) Saruja yang merupakan penempatan lama di Damsyik selepas Asar. Pada masa itu orang ramai berehat selepas Asar dan mereka tidak bekerja. Guru datang kepada kami semata-mata mencari keredaan Allah swt dengan mengajar tatabahasa Arab di samping menerangkan Sharh al-Kanz yang dikarang oleh Syeikh Abdul Karim al-Alafghani Rahimahullah dan kitab al-Hashiah.

Saya belajar dengan :

1. Syaikh Soleh Farfur : 

Tafsir al-Nasafiyy 

Syarh al-Manar(Usul Fiqh), 

Sohih Muslim, 

Umdah al-Qariyy Syarh sahih al-Bukhariyy oleh al-Ainiyy 

al-Balaghah al-Wadihah 

Syarh Ibn Aqil(Tatabahasa arab). 

Mantiq al-Suriyy yang sekarang tidak ada nilai lagi 

2. Syaikh Sulayman al-Ghawujiyy, bapa kepada Wahbiyy Sulayman al-Ghawujiyy : 

Belajar Nahu mengikut kaedah Uthmaniyah bermula dengan al-Awamil 

Kitab al-izhar hasil tangan al-barjawiyy 

Kitab al-Kafiah karya Ibnu al-Hajib 

Kitab Maraqi al-Falah dan Hashiah al-Tahtawiyy 

3. Bapa syaikh Nasir al-Albaniyy –kitab al-Fiqh al-Hanafiyy, karangan Abu al-Hasan al-Qaduriyy salah satu rujukan penting dalam mazhab Abu Hanifah. Selain itu saya membaca dengannya beberapa persoalan ilmiah dan saya belajar dengannya selama tiga tahun, saya mengemukakan soalan dan beliau menjawab soalan. Dan Allah menanamkan perasaan cinta terhadap ilmu dan segala puji bagi Allah.



Selepas belajar selama 8 tahun saya diberi kepercayaan menjadi guru di Ma’had al-Fath al-Islamiyy(Pusat Pendidikan Islam al-Fath) yang menerima pelajar di peringkat menengah, universiti dan peringkat M.A dan mereka yang melanjutkan pengajian peringkat Ph.D akan pergi ke Mesir. Ma’had ini diasaskan oleh syaikh Adib al-Kala:s. Saya di sini selama dua tahun mengajar pendidikan Islam dan bahasa Arab…

Selepas itu timbul persekitaran yang menambah kecintaan saya untuk mengkaji sunnah nabawiyah dan saya mendalami sunnah dengan baik apabila saya menghayati kitab-kitab Mustalah hadith seperti Muqaddimah Ibn Solah, Tawdih al-Afkar oleh al-San’aniyy, Sharh al-Nukhbah oleh Ibn Hajar rahimahumullah, sejak itu saya sentiasa berdoa kepada Allah untuk memasukkan saya dikalangan ahli hadith dan dengan kehendak Allah doaku dimakbulkan, dan saya telah menghabiskan masa selama 40 tahun sehingga sekarang saya menyunting dan menghasilkan buku dan memberi sumbangan dalam ilmu hadith dan sehingga sekarang sudah lebih dari 200 jilid telah dihasilkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan