Jumaat, 26 April 2013

Imam Hakim al-Naisaburi



*Ini bukan tulisan asal saya. Saya cuma sebarkan sahaja.

Nama

Nama sebenar Imam Hakim ialah Abu Abdillah bin Muhammad bin Hamdun bin Hakam bin Nu’aim bin al-Bayyi’ al-Naysaburi.

Kelahiran

Beliau dilahirkan di Naisabur pada hari Isnin 13 Rabiul Awwal 321 H dan wafat bulan Safar 405 H.

Gelaran

Dalam bidang hadith, Imam Hakim lebih dikenal sebagai Abu Abdillah al-Hakim al-Naisaburi atau digelar dengan nama Ibn al-Bayyi’ atau al-Hakim Abu Abdillah supaya tidak menyebabkan kekeliruan kepada orang ramai ketika menyebut al-Hakim, kerana terlalu ramai ulama yang bergelar al-Hakim.

Ayah Imam Hakim

Ayah Imam Hakim bernama Abdullah bin Hammad bin Hamdun. Beliau ialah seorang pejuang, dermawan, ahli ibadah yang hidup di tengah-tengah masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan, Ilmu yang sangat diminati oleh beliau adalah ilmu hadith. Oleh kerana kecintaannya yang tinggi kepada ilmu hadith, beliau berguru dengan Imam Muslimو bahkan sempat meriwayatkan hadith dari Imam Ibnu Khuzaimah. Minat beliau yang tinggi terhadap ilmu hadith turut mendorong anaknya, Imam Hakim untuk menutut Ilmu hadith.

Mendalami Ilmu

Semasa kecil, Imam Hakim mendapat pendidikan agama dari ayahnya dan pak ciknnya. Setelah berumur sembilan tahun, Imam Hakim mula mempelajari hadith dan pada umur tiga belas tahun, iaitu pada tahun 334 H beliau mempelajari hadith secara khusus kepada Abu Hatim Ibn Hibban. Oleh karena itu, di dalam all-Mustadrak, beliau banyak meriwayatkan hadis yang diterima tahun 337 H iaitu ketika beliau berumur 16 tahun. Hadis tersebut diterima oleh beliau dari Abu Amr Muhammad bin Ja’far bin Muhammad bin Mathar Al-Zahid Al-‘Adl.

Beliau melakukan pengembaraan ilmiah ke daerah-daerah yang terdapat ramai ulama hadith seperti Iraq, Khurasan, dan Hijaz untuk menambah pengetahuannya dalam ilmu hadith.

Ketika beliau berumur 20 tahun iaitu pada tahun 341 H, beliau mengembara ke Iraq dan Hijaz. Setelah merasa belum puas dengan ilmu yang dimiliki, beliau pergi lagi ke tempat tersebut pada tahun 368 H, ketika beliau berumur 47 tahun.

Imam al-Hakim juga melengkapi dirinya dengan ilmu agama yang lain, seperti fiqh yang telah beliau belajar kepada Abu Ali bin Abi Hurairah, Abu Shalih Al-Sha’luqi, dan ilmu tasawwuf yang beliau belajar kepada Ismail bin Nujaid, Ja’far Al-Khuldi, dan Abu Utsman Al-Maghribi. Al-Hakim wafat tahun 405 H.

Guru-guru Imam Hakim

Ulama yang pernah menjadi gurunya adalah kira-kira sebanyak seribu orang, diantaranya:

1.   Muhammad bin Ali Al-Mudzakkir

  1. Muhammad bin Ya’kub Al-A’sham

  1.  Muhammad bin Ya’kub Al-Syaibani

  1.  Ali bin Al-Fadl Al-Suturi

  1.  Abdullah bin Darastawaih

  1.  Abi Sahl bin Ziyad

  1.  Ibnu Hibban

  1.  ad-Daraquthni.

Sementara itu, ulama hadith yang pernah menerima hadis dari Imam al-Hakim ialah: ad-Daraquthni yang termasuk salah seorang gurunya, Abu Ya’la al-Khalili, Abu Bakr al-Bayhaqi, dan Abu Dzarr al-Hirawi.

Murid-muri Imam Hakim

Murid-murid al-Hakim diantaranya:

1.                  Ad-Daruquthni

2.                   Abu Dzarr al-Hirawi

3.                  Abu Ya’la al-Khalili.

Pujian dan celaan

Ada di antara ulama yang memuji dan tidak kurang juga ada yang mengkritik beliau. Misalnya, seorang ulama yang bernama Muhammad bin Tahir yang menyatakan bahwa Imam al-Hakim adalah seorang pengikut Syiah Rafidiah yang jahat, pura-pura Sunni, pengikut Ali yang fanatik dan tidak menyukai Muawiyah. Hakikatnya, Imam Hakim merupakan seorang yang mengagumi Imam Syafie dan  beliau sendiri bermadzhab Syafie.

Karya Imam Hakim

Imam Hakim telah menghasilkan kira-kira seribu buah karya bahkan mungkin lebih. Antaranya :

1.         Tarikh al-Naysabur

2.         Takhrij al-Shahihayn

3.         al-‘Ilal

al-Mustadrak 'ala al-Sahihain


4.         al-Mustadrak ‘ala Shahihain

4.         al-Iklil

Ma'rifah 'Ulum al-Hadith


5.         Ma’rifah ‘Ulum al-Hadith














Tiada ulasan:

Catat Ulasan