Sabtu, 14 Jun 2014

Imam asy-Syaukani



*Ini bukan tulisan asal saya. Saya cuma sebarkan sahaja.

Nama beliau

Beliau ialah al-Imam al-Qadhi Abu Ali Muhammad bin Ali bin Muhammad bin Abdullah asy-Syaukani, as-San’ani.

Kelahiran Beliau

Beliau dilahirkan pada tengah hari 28 Zulkaedah 1173 H  di Hijrah Syaukan, Yaman.

Kehidupan beliau

Beliau membesar di bawah asuhan ayahandanya dalam lingkungan yang penuh dengan keluhuran budi dan kesucian jiwa. Beliau belajar al-Qur’an di bawah asuhan beberapa guru dan dikhatamkan di hadapan al-Faqih Hasan bin Abdullah al-Habi dan beliau perdalamkan ilmu beliau kepada para masyayikh al-Qur’an di Sana’a. Kemudian beliau menghafal berbagai matan dalam berbagai disiplin ilmu, seperti: al-Azhar oleh Imam al-Mahdi, Mukhtashar Faraidh oleh al-Ushaifiri, Malhatul Harm, al Kafiyah asy-Syafiyah oleh Ibnul Hajib, at-Tahzib oleh at-Taftazani, at-Talkhish fi Ulumil Balaghah oleh al Qazwaini, al-Ghayah oleh Ibnul Imam, Mamhumah al-Jazarifil Qira’ah, Manzumah al-Jazzar fil ‘Arudh, Adabul Bahts wal Munazharah oleh al Imam al- 'Adhud.

Pada awal pembelajarannya, beliau banyak menelaah kitab-kitab tarikh(sejarah) dan adab (sastera). Kemudian beliau menempuh perjalanan mencari riwayat hadis dan bertalaqqi kepada para masyaikh hadis hingga beliau mencapai darjat imam dalam ilmu hadis. Beliau senantiasa berinteraksi dengan ilmu hingga beliau meninggal dunia.

Guru-guru Beliau

Di antara guru-guru beliau ialah:

1.         Ayahanda beliau yang kepadanya beliau belajar Syarah al-Azhar dan Syarah               Mukhtashar al-Hariri.

2.         As-Sayyid al-Allamah Abdur Rahman bin Qasim al-Maidani, beliau belajar                    kepadanya Syarah al-Azhar.

3.         Al-Allamah Ahmad bin Amir al-Hadai, beliau belajar kepadanya Syarah al-Azhar.


 4.       Al-Allamah Ahmad bin Muhammad al-Harazi, beliau berguru kepadanya selama 13 tahun, mengambil ilmu fiqh, mengulang-ulang Syarah al-Azhar dan hasyiyahnya, serta belajar bayan Ibnu Muzhaffar dan Syarah an-Nazhiri dan hasyiyahnya.

5.         As-Sayyid al-Allamah Isma’il bin Hasan, beliau belajar kepadanya al-Malhah dan                          syarahnya.

6.         Al-Allamah Abdullah bin Isma’il as-Sahmi, beliau belajar kepadanya Qawaidul I’rab    dan Syarahnya serta Syarah al-Khubaishi ‘ala al-Kafiyah dan Syarahnya.

7.        Al-Allamah al Qasim bin Yahya al-Khaulani, beliau belajar kepadanya Syarh as-         Sayyid al-Mufti ‘alal Kafiyah, Syarah asy-Syafiyah li Luthfillah al-Dhiyats, dan Syarah ar-Ridha ‘alal Kafiyah.

8.         As-Sayyid al-Allamah Abdullah bin Husain, beliau belajar kepadanya Syarah al-Fami ‘ala al-Kafiyah.

9.         Al-Allamah Hasan bin Isma’il al-Maghribi, beliau belajar kepadanya Syarah asy-          Syamsiyyah dan Syarah al- ‘Adhud ‘ala al-Mukhtashar serta mendengarkan darinya Sunan Abu Daud dan Ma’alim as-Sunan.

10.      As-Sayyid al-Imam Abdul Qadir bin Ahmad, beliau belajar kepadanya Syarah Jam’u   al-Jawami’ li al-Mahalli dan Bahr az-Zakhkhar serta mendengarkan darinya Shahih Muslim, Sunan at-Termizi, Sunan an-Nasa’i, Sunan Ibnu Majah, Muwaththa Imam Malik, dan as-Syifa’ Qadhi ‘lyadh.

11.       Al-Allamah Hadi bin Husain al-Qarani, beliau belajar kepadanya Syarah al-                  Jazariyyah.

12.       Al-Allamah Abdurrahman bin Hasan al Akwa, beliau belajar kepadanya Syifa al Amir Husain.

13.       Al-Allamah Ali bin Ibrahim bin Ahmad bin Amir, beliau mendengarkan darinya            Shahih Bukhari dari awal hingga akhir

Murid-murid Beliau

Di antara murid-murid beliau ialah:

1.         Kedua-dua anak beliau yakni al-Allamah Ali bin Muhammad asy-Syaukani dan al-      Qadhi Ahmad bin Muhammad asy-Syaukani

2.         al-Allamah Husain bin Muhasin as-Sab’i al Anshari al-Yamani

3.         al-Allamah Muhammad bin Hasan asy-Syajni adz-Dzammari

4.         al-Allamah Abdul Haq bin Fadhl al-Hindi

5.         asy-Syarif al Imam Muhammad bin Nashir al-Hazimi

6.         Ahmad bin Abdullah al-Amri

7.         as-Sayyid Ahmad bin Ali

Kehidupan llmiah Beliau

Beliau mempelajari fiqh mazhab Zaidiyyah (mazhab Syiah yang sederhana) sehingga beliau menguasainya. Beliau menulis dan berfatwa sehingga menjadi pakar dalam mazhab tersebut. Kemudian beliau belajar ilmu hadis sehingga melampaui para ulama di zamannya. Kemudian beliau melepaskan diri dari ikatan taklid kepada mazhab Zaidiyyah dan mencapai tingkat ijtihad.

Beliau menulis kitab Hadaiqil Azhar al-Mutadaffiq ‘ala Hadaiqil Azhar. Dalam kitab tersebut beliau mengkritik beberapa permasalahan dalam kitab Hadaiqil Azhar yang merupakan rujukan utama mazhab Zaidiyyah dan meluruskan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam kitab tersebut. Maka bergeraklah para muqallidin (orang yang selalu taklid, mengikuti pendapat orang lain tanpa berusaha mencari ilmunya) membela kitab tersebut sehingga terjadilah perdebatan yang panjang.

Tidak henti-hentinya beliau mengingatkan umat tentang taklid yang tercela dan mengajak umat agar ittiba kepada dalil. Beliau menulis risalah dalam hal tersebut yang berjudul al Qaulul Mufiid fi Hukmi Taqlid.

Beliau menjawat jawatan Qadhi Negeri Yaman

Pada tahun 209 H meninggallah Qadhi Yaman, Syaikh Yahya bin Shalih asy-Syajari as- Sahuli. Maka Khalifah al-Manshur meminta kepada Imam asy-Syaukani agar menggantikan Syaikh Yahya sebagai qadhi negeri Yaman.

Pada awalnya beliau menolak jabatan tersebut karena takut akan disibukkan dengan jabatan tersebut dari ilmu. Maka datanglah para ulama Sana’a kepada beliau meminta agar beliau menerima jabatan tersebut, kerana jabatan tersebut adalah rujukan syar’ie bagi para penduduk negeri Yaman yang dikhawatirkan akan diduduki oleh seseorang yang tidak amanah dalam agama dan keilmuannya. Akhirnya beliau menerima jabatan tersebut. Beliau menjabat sebagai Qadhi Yaman hingga beliau meninggal dunia.

Tulisan-tulisan Beliau

Di antara tulisan-tulisan beliau ialah:

1.         Adabu Thalib wa Muntahal Arib.

2.         Tuhfatu Dzakirin.

3.         Irsyadu Tsiqat ila Ittifaqi Syarai’ ‘ala Tauhid wal Ma’ad wan Nubuwat.

4.         Ath Thaudul Muniffil Intishaf lis Sad minasy Syarif.

5.         Syifaul ilal fi Hukmu Ziyadah fi Tsaman li Mujarradil Ajal.

6.         Syarhu Shudur fi Tahrimi Raf’il Qubur.

7.         Thibu Nasyr fi Masailil Asyr.

8.         Shawarimul Hindiyyah al Maslulah ‘alar Riyadhan Nadiyyah.

9.         Al Qaulush Shadiq fi Hukmil Imamil Fasiq.

10.       Risalah fi Haddi Safar Aladzi Yajibu Ma’ahu Qashru Shalat.

11.       Tasynifu Sam’i bi Ibthali Adillatil Jam’i.

12.       Risalah al Mukammilah fi Adillatil Basamalah.

13.       Iththila’u Arbabil Kamal ‘ala Ma fi Risalatil Jalal fil Hilal minal Ikhtilal.

14.       Tanbih Dzawil Hija ‘ala Hukmi Bai’ir Riba.

15.       Al Qaulul Muharrar fi Hukmi Lubsil Mu’ashfar wa Sairi Anwa’il Ahmar.

16.       Uqudul Zabarjad fi Jayyidi Masaili Alamati Dhamad.

17.       Ibthali Da’wal Ijma ‘ala Tahrimis Sama’.

18.       Zahrun Nasrain fi Haditsil Mu’ammarin.

19.       Ittihaful Maharah fil Kalam’ala Hadits: “La ‘Adwa wa La Thiyarah.”



20.       Uqudul Juman fi Bayani Hududil Buldan.

21.       Hallul Isykal fi Ijbaril Yahud ‘ala Iltiqathil Azbal.

22.       Al Bughyah fi Mas’alati Ru’yah.

23.       Irsyadul Ghabi ila Madzhabi Ahlil Bait fi Shabin Nabi.

24.       Raf’ul Junah an Nafil Mubah.

25.       Qaulul Maqbul fi Raddi Khabaril Majhul min Ghairi Shahabatir Rasul.

26.       Amniyyatul Mutasyawwiq ila Ma’rifati Hukmi ‘Ilmil Manthiq.

27.       Irsyadul Mustafid ila Daf’i Kalami Ibnu Daqiqil ‘Id fil Ithlaq wa Taqyid.

28.       Bahtsul Musfir an Tahrimi Kulli Muskir.

29.       Dawa’ul Ajil li Daf’il Aduwwi Shail.

30.       Durru Nadhid fi Ikhlashi Kalimati Tauhid.

31.       Risalah fi Wujubi Tauhidillah.

32.       Nailul Author Syarh Muntaqal Akhbar.



33.       Maqalah Fakhirah fi Ittifaqi Syarai’ ‘ala Itsbati Daril Akhirah.

34.       Nuzhatul Ahdaq fi Ilmil Isytiqaq.

35.       Raf’u Ribah fi Ma Yajuzu wa Ma La Yajuzu minal Ghibah.

36.       Tahrirud Dalail ‘ala Miqdari Ma Yajuzu bainal Imam wal Mu’tamm minal Irtifa’ wal  Inkhifadh wal Bu’du wal Hail.

37.       Kasyful Astar fi Hukmi Syuf’ati bil Jiwar.

38.       Wasyyul Marqum fi Tahrimi Tahalli bidz Dzahab lir Rijal minal Umum.

39.       Kasyful Astar fi Ibthalil Qaul bi Fanain Nar.

40.       Shawarimul Haddad al Qathi’ah li ‘Alaqi Maqali Ahlil Ilhad.

41.       Isyraqu Nirain fi Bayanil Hukmi Idza Takhallafa ‘anil Wa’di Ahadul Khashmain.

42.       Hukmu Tas’ir.

43.       Natsrul Jauhar fi Syarhi Hadits Abi Dzar.

44.       Minhatul Mannan fi Ujratil Qadhi was Sajjan.

45.       Risalah fi Hukmil ‘Aul.

46.       Tanbihul Amtsal ‘ala Jawazil Isti’anah min Khalishil Mal.

47.       Qathrul Wali fi Ma’rifatil Wali.

48.       Taudhih fi Tawaturi Ma Ja’a fil Mahdil Muntazhar wad Dajjal wal Masih.

49.       Hukmul Ittishal bis Salathin.

50.       Jayyidu Naqd fi ‘Ibaratil Kasysyaf was Sa’d.

51.       Bughyatul Mustafid fi Raddi ‘ ala Man Ankaral Ijtihad min Ahli Taqlid.

52.       Radhul Wasi’ fid Dalil Mani’ ‘ala Adami Inhishari Ilmil Badi’.

53.       Fathul Khallaq fi Jawabi Masail Abdirrazaq.

54.       Fath al-Qadir




Meninggal dunia


Imam asy-Syaukani meninggal dunia pada malam Rabu 27 Jamadil Akhir 1250 H di Sana’a, Yaman. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan